Sunday, March 5, 2017

Backpack Medan- Dari Berastagi ke Bandar Medan


bye Berastagi
 Tiba masa untuk pulang ke bandar Medan. Perjalanan dari Berastagi mengambil masa lebih kurang 2-3 jam ke Medan. Jarak takdelah jauh mana..dalam 70km je. Naik minibas yang meriah tu dan tambang adalah sebanyak Rp20,000 (Rm6) kalo tak salah. Dah lupa .
Jalan masyallah jem teruk..jalan melalui ladang, kebun dan kampung-kampung.
Sepanjang jalan jantung pun berdetak dengan lagu dangdut dipasang kuat-kuat. Waduh..rasa nak goyang pinggung kat dalam van tuh.
ini yang dinamakan bas ke Medan tapi van la bagi kita..minibas kekdahnya

peramah konduktor bas nih..dah amik duit aku siap cium cakap wanginya duit kamu..

dalam minibus..berhenti-henti ambil dan turunkan penumpang

ni tempat ambil penumpang ke Medan..dekat tugu roundbout tu
Sayugia diingatkan walau van ni ke bandar Medan, ia berhenti di Padang Bulan Medan, bukan di kawasan pusat bandar. Jadi, dari Padang Bulan naik becak ke Masjid Raya untuk cari hotel menginap di sana malam ni. Nak ke pusat bandar Medan dalam 30 minit jugak. Aku naik becak tu yang di caj dalam Rp50,000 (Rm15). Jauh la naik bentor dok berhimpit lama.
naik bentor sampai maj\sjid raya

murah la harga hotel kat sini..Rp70k baru berapa? Rm24 je nokk


di belakang masjid ni banyak jugak hotel dan guesthouse
ni hotel Residence
serba hijau macam pejabat PAS

rate hotel..yg bukan suami isteri tak boleh check-in sekali di Medan ni

lobi dan restoren. Aku perhatikan ramai homeless datang sewa bilik kejap mandi kat sini..sambil bawak brg-brg jualan
luar hotel

keadaan bilik..ok la buat tidor


bilik air..macam kat umah kampung je
So, check in kat sini, amik bilik Rp105,000 (Rm35 lebih kurang). Azan memang dengar dari sini, memang sangat dekat dengan masjid. Kat luar hotel ada gerai-gerai makanan.
gerai nasi campur depan hotel

makan nasi ni..boleh lah. ..

begedil, ikan goreng, sayur

makan sambil baca paper

ni gerainya
Kos bagi seorang backpacker hari ni ialah:

- Sewa sepeda motor jelajah Samosir : Rp35,000/2 = Rp17,500 (rm5)
- Feri Samosir - Parapat : Rp15,000 (rm5)
- Share van Parapat- Berastagi : Rp60,000 (rm19)
- Makan di Berastagi (bakso,jagung, air mineral) : Rp25,000 (rm8)
- Tambang minibas Berastagi- Medan : Rp20,000 (rm6)
- Tambang bentor Padang Bulan ke pusat bandar Medan : Rp50,000/2= Rp25,000 (rm8)
- Hotel Residence: Rp105,000/2=  Rp52,500 (rm18)

Jumlah belanja hari ketiga : Rp215,000 (Rm72 digenapkan)

13 comments:

  1. wah..bagus kat Medan ni.mencegah maksiat

    ReplyDelete
  2. "siap cium cakap wanginya duit kamu" Kalu SS... SS kenakan dia... letak kat bontot memang wangi... ha ha ha...

    ReplyDelete
  3. Murahnya hotel... Kalu stay area masjid... Insyallah senang dptkan kedai makan halal...

    ReplyDelete
  4. Pasang lagi dangdut? Wahh barulah x mengantuk..kalau JM mesti ikut memekak nyanyi ��

    ReplyDelete
  5. Duit wangi? Tgk lah siapa yang pegang duit tu ��

    ReplyDelete
  6. Rm24 per night dgn fasiliti mcm tu mmg murah la nok! Ehehe

    ReplyDelete
  7. meriah betul lukisan kat minibus tu.

    hihihi.

    ni kalau tercalar pun tak nampak ni.

    ReplyDelete
  8. mak kenapa duit mak wangi?

    ter tumpah perfume ke mak?

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete