Backpack Medan- Masjid Raya, Istana Maimoon dan Zulaika house

Hari ni dah hari yang ke empat di bandar Medan. Hari terakhir, flight petang nanti.
Pukul 6 pagi dah cerah di Medan dan waktu solat pun lebih awal.
Jadi hari ni misi aku hanya nak bersiar-siar sekitar kota Medan dan beli ole-ole untuk di bawa pulang.
Kami berjalan kaki ke Masjid Raya dan Istana Maimon yang dekat je dengan hotel.

Masjid Raya..berhadapan mall dan terletak antara jalan tersibuk di Medan

menunggu solat jumaat..aku tengok di masjid ni ramai jemaah perempuan bersolat jumaat sekali dengan lelaki berjemaah dalam masjid..agak rare jugak la

masjid Raya dalam gerimis

sesuai namanya, masjid ini memang besar dan gah

di bina pada tahun 1906

koridor


jendela kaca berlukis
ada majlis pada pagi itu


majlis pernikahan yang syahdu
Masa aku masuk ke Masjid Raya, ada majlis pernikahan di adakan. Dan bagus budak-budak lelaki yang jaga masjid ni, siap susun kasut tetamu masjid dalam hujan rintik-rintik tu. Mereka ni seumpama sukarelawan atau murid yang menuntut ilmu kat masjid tu. Kemudian berjalan kaki ke Istana Maimon.
mendung


pintu masuk


waktu melawat
Di Istana Maimoon ni kami tak masuk pun, hanya tengok dari luar je. Bayaran masuk 5,000 ke 10,000 rupiah (dah lupa) dan ada jugak persembahan kat dalam.
Istana ni binaannya berunsurkan Timur tengah, Sepanyol dan Itali. Arkitek pun Itali mari.
Katanya waris Putera keturunan ni masih hidup dan ada gambarnya dalam istana ni (lahir 2005) dan keturunan raja ni tinggal kat kawasan dalam tu jugak. Cuma diorg ni takde elaun macam Sultan kita jadi nak preserve istana tu susah la sikit. Dan diorg ni taklah kaya raya macam keturunan sultan kita yang banyak dapat keistimewaan dari kerajaan. Dah negara republik kan, sapa peduli ko raja ke rakyat? ko rajin, bijak dapat la habuan.
Jadi sapa kata kita je untung jadi rakyat Malaysia? Sultan dan Raja pun untung banyak tau.
Jadi PM Malaysia lagi banyakkkk untung.

Seperti biasa di mana-manakawasan pelancongan, mesti ada orang yang berjualan sobenir-sobenir mendekati kita. Jadi beli jugak dari mereka ni FM, keychain, beg telekung dan lain-lain di kawasan istana ni.
Lepas dah meronda kawasan istana, amik becak (Rp30,000 -rm 10)untuk pergi ke Zulaikha house. Tujuannya nak borong bika ambon, bolu meranti dan benda-benda yang sewaktu dengannya.

Ini Zulaikha House di Jalan Mojopahit

takleh amik gambar dalam ni
Selepas semua dah selesai, barulah dapat makan dengan tenang.
Balik tu pun naik becak jugak, jauh la jugak Zulaikha house ni dengan Masjid Raya.

makan kat kedai minang

makan lontong..sedapnyeee..

memang sedap dari yang ada kat Malaysia
singgah mall dulu beli stoking


suasana semasa solat jumaat di hadapan masjid raya


Comments

  1. Kalu kita rasa down... Rasa nak dekat dengan tuhan... Pegilah masjid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul..ketenangan tu ada disana

      Delete
  2. Masuk mesjid tu mesti sejuk je kan...

    ReplyDelete
  3. Nape tak masuk istana tu mak? bayo berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bopa minat nak masuk SS, rs bayaran dalam 5k rupiah

      Delete
  4. Lontong kat Indonesia memang lagi sedap dari Malaysia... Tak dinafikan dari segi rasa... SS pernah makan lontong Padang... Siap sayurnya diletakkan pucuk paku... Nampak pelik tapi rasa dia sedap giler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul kan..masa mak makan lontong ni siap ada letak sayur terung belanda

      Delete
  5. Replies
    1. Sedap lagi yg sini dari yg ada kat malaysia

      Delete
  6. subhanAllah, cantik masjid tu. teringat plak zaman skola menengah dulu, wajib utk kami yg pompuan ni join solat jumaat sebab warden nak elak org dr escape solat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya..tak pernah lagi merasa solat jumaat mcm tu

      Delete
  7. Replies
    1. Cantik..masih utuh dan elok walau dah lama

      Delete
  8. nampak sedap bangat lontong itu mak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap sgt..eksotik tak macam lontong kita..kuah cair pun sedap

      Delete
  9. Masjid beso cantik dan bersih baru syok nk solat..paling best tu bila sunyi jek baru khusyuk! 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syahdu tau masuk masjid ni..terasa zaman dulu2 masa islam kuat kat nusantara

      Delete
  10. Mak x masuk istana tu? X sempat eh..kalau kami 3 stooges pegi sana kami share ngan mak eh..bila tu x tahu but in shaa allah nk pegi tgk dgn mata sendiri 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak masuk..pergi JM..nanti share gambo dgn Mak..mesti lawa dalamnya

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Negara yang rakyat Malaysia boleh lawati tanpa visa/senarai perlu visa

Langkah demi langkah dan cara nak naik kapal terbang-proses dan prosedur

Shopping dan membeli belah kain pasang,telekung dan tudung di Bandung Indonesia

Ole-ole yang harus dibeli di Langkawi/Koleksi pinggan mangkuk Haji Ismail Group

Vietnam Part 1-Shoping dan membeli belah kain pasang, beg, dan barang dari Ben Thanh Vietnam