Saturday, March 18, 2017

Kedudukan terkini passport Malaysia 2017


Kedudukan terkini passport Malaysia yang  di keluarkan oleh Henley pada tahun 2017 menunjukkan passport Malaysia berada di tempat ke 13, keluar dari senarai 10 passport terbaik dunia. Bagaimanapun kalau dikira ranking, tahun lepas kedudukan kita di tangga ke-12, tahun ni di tangga ke-13 walaupun masih boleh akses visa-free ke 164 negara. Kedudukan jatuh bukan kerana visa-free berkurang tapi kerana passport negara lain yang mendahului.

Pada 1 Januari 2017, rakyat Malaysia mempunyai akses tanpa visa (visa-free) atau visa akses ketibaan (VOA) untuk 164 buah negara dan wilayah, berkedudukan ke-13 pasport di dunia (diikat dengan pasport Estonian) mengikut Henley- indeks sekatan visa, dan merupakan passport yang paling tinggi kedudukannya di negara membangun dan di kalangan negara-negara Islam.

Yang terbaru ni, nak masuk Serbia dan Ukraine tak payah visa dah.
Jika ikut Henley Index, kita boleh akses 164 negara tapi ikut ARTON kita boleh akses ke 151 negara.

'' SINGAPURA: Pasport Malaysia telah menduduki tempat kedua di Asia Tenggara selepas Singapura dari segi kebebasan perjalanan, menurut Indeks Sekatan Henley & Partners Visa 2017.

Pemegang pasport Malaysia kini boleh mengembara ke 164 negara tanpa visa.
Secara keseluruhan, Malaysia berada di kedudukan ke-13 di peringkat global dan Singapura ditangga ke-4.

Pemegang passport Singapura boleh akses ke173 negara dengan bebas. Brunei Darussalam, berada pada tempat ketiga di SEA, mempunyai akses visa percuma kepada 151 negara.

Bagi negara-negara lain di Asia Tenggara, Timor Leste mempunyai akses visa percuma untuk 83 negara, Thailand 71, Filipina 61, Indonesia 57, Kemboja 48, Laos 48, Vietnam 45 dan Myanmar 41.

Sejak tahun 2006, indeks telah dihasilkan dengan kerjasama Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), yang mengekalkan pangkalan data terbesar di dunia bagi maklumat perjalanan.

Dalam menyusun indeks, ranking global metodologi oleh Henley & Partners digunakan untuk data yang disediakan oleh pangkalan data pasport dan visa proprietari IATA.

Menurut Henley & Partners, kerana dunia menjadi semakin global, individu semakin bebas bergerak dan menjalankan perniagaan pada skala antarabangsa, dengan mempunyai kediaman kedua atau ketiga atau dual-kewarganegaraan menjadi pilihan yang semakin menarik.

Bagi individu dari negara yang mempunyai beberapa perjanjian pengecualian visa, pasport kedua boleh membuka perjalanan ke negara-negara yang dahulunya terhad oleh syarat-syarat permohonan visa yang memakan masa dan proses.

"Pasport kedua ini memberi ahli perniagaan akses kepada pasaran global, yang seterusnya mewujudkan peluang-peluang untuk pertumbuhan," Henley & Partners berkata di laman webnya.

Jerman menduduki tempat pertama dan mereka yang memegang pasport ini dapat mengakses 
ke 177 negara tanpa visa, manakala Afghanistan kedudukan terendah pada 104, dengan akses visa percuma kepada hanya 24.''


Senarai kedudukan 20 pasport  paling berkuasa untuk tahun 2017 adalah seperti berikut :

Visa Restrictions Index 2017
Rank
Ordinary Passport country or territory
Number of territories allowing
entry without a visa or
issuing a visa on arrival
1
176
2
175
3
 Denmark  Finland  Italy,
 Spain  United States
174
4
173
5
172
6
 Canada  Greece  Portugal,
  Switzerland
171
7
170
8
169
9
168
10
 Hungary  Malta
167
11
166
12
165
13
164
14
162
15
160
16
158
17
157
18
156
19
155
20

Jadi pack your bag dan pergi travel okey.


26 comments:

  1. Kalau malaysia ni visa free masuk china kan best..adeh! Tp malaysia di kenalan bayaran visa mahal plak tu kalaunk masuk china ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini tak mungkin terjadi... SS ni pon smpi gegado dgn agent nak pi china... borink dah... buat masa ni tak de plan nak pi negara pakai visa bagai... nak yg free2 jek... byk tmpt lain leh pegi...

      Delete
    2. haha..samalah kita SS.malas fikir visa-visa nilah.setakat ETA tu xpe lagi

      Delete
    3. Hai..SS nak gi China lagik ke?? Mak dah give-up dgn visa komunis tuh

      Delete
    4. Setakat ni belum lg mak... Pi tmpt lain laa plak...

      Delete
  2. Assalamualaikum ...

    hyde odie mak...

    ogenkidesuka.

    osashiburidesune.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikummusalam Ya aci Jepun...pekabor??
      den tak paham apa aci ckp la..

      Delete
  3. wahhh never know that this ranking exist in this world...

    ReplyDelete
  4. alaaaa malaysia ni apa ranking pun menurun sekarang.

    kesian betul.

    kalah ngan Lithuania lak tu.

    hahahahaadoiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. ranking kemiskinan kalau menurun takpelah kan..huhu

      Delete
    2. Hehe..apa nak dikata..semua ranking menurun cuma ranking rasuah menaik

      Delete
    3. hahaha... ranking kemiskinan on paper menurun ... hahaha

      Delete
  5. germany tu apa pun best.

    belajo pun free ...

    huhuhu...

    bila lah nak dapat g germany ni.

    so far mampu kumpu jersey germany je mak...

    mak kalau g german... hadiahkan lah anak angkat mak ni jersey ye.

    ehhhhh sungguh bercirikan tetiba budak ni.
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh...pandai main jersey sekarang.dah cakap dah, jangan baca blog Sal banyak sangat

      Delete
    2. Iskk, mak ni bayang German pun lum nampak lagi..nak beli tiket pun ketar-ketar dah ni dengan ekonomoney skrg ni

      Delete
    3. hihihi... sal - saya memang pengumpul jersey cantik - tp jersey world cup je.

      lain tak.

      kelab ke apa ke mmg tak kumpul.

      tp jangan tanya jersey malaysia k.

      sbb tak masuk world cup - maka blom kumpul.

      hahaha

      Delete
  6. Kita nak pi amerika sesuka hatik... macam tak nmpk bayang... sembunyi balik tudung yuna boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik sembunyi dalam jubah Yuna hehe

      Delete
  7. Replies
    1. Padanlah muka dia SS, kejam sgt dgn rakyat minoriti sendiri

      Delete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perhhhh zahid hamidi tu.

      hahaha...

      sebentuk apakah komen yang tersebut di atas

      Delete