Backpack Hanoi February 2017 intro


Backpack ke Hanoi, Vietnam adalah salah satu impian aku yang dah lama.
Impian kerana selalu negara ASEAN ni ko takdelah nak berimpian sangat nak pergi, tapi sebab bajet sengkek tak mampu nak pergi Eropah maka negara serantau pun jadilah. Tapi Hanoi ni lain dari negara ASEAN yang lain. Kerana apa adik-adik??? cer jawab kalo bijak.

Ya betul, jawapannya kerana CUACA. Iklim Hanoi sejuk, nyaman dan feeling mild winter kat Eropah. Hanoi berdekatan jugak dengan sempadan China jadi angin sejuk dari sana memang dibawak ke sini. Aura Eropah terserlah di celahan bangunan zaman kolonial jajahan Perancis ini. Kalo kat tanahair memang terasa aura British tu bila lalu kat kolonial building di Penang tapi taksama sebab cuaca Hanoi sejuk dan nyaman yang lebih feeling.

Dan impian backpack aku ke Hanoi adalah kerana nak ke Sa Pa, Lao Cai.(sebutan lao gai).
Di Sa Pa ni pernah turun salji dan bandar ni terletak nun di atas awan. Dah lama aku plan nak backpack ke Sa Pa ni cuma tunggu tiket murah datang menjengah dan timing baik.

Jadi sapa nak feeling sejuk tu, bolehlah datang Hanoi ni tapi make sure pada bulan Disember-February. Sejuknya memang mengalahkan Cameron Highlands kuasa seribu. Kalo waktu lain tu baru nak datang, elok ko cium ketiak hangit sendiri je kat KL nun.
Jadi mak pun bolehlah nak bawak sweater sejuk bulu dan mafla tu. Dan pakai boot. Heh.
Konon Kim K.


ini lah SaPa, bandar atas awan di pergunungan
Jadi aku book tiket pada 20 February 2017. Tiap hari check weather sejuk lagi ke tak kat sana, punyalah jakun nak feeling winter sangat. Masa aku dok check tu, suhu dalam 12celcius. Memang sejuk la .dah agak maybe boleh bajet macam kat Istanbul.

Nak pergi bulan Disember tu, aku dah ke Medan. Nak pergi bulan January, anak sibuk nak sekolah. Pilihan yang ada bulan Februari, itupun tiket pergi aku burn kerana ada masalah yang tak dapat
di elakkan. Hangus la Rm200++. Apa nak dikata. Risiko amik tiket awal gitu la.
Jadi amik tiket lain yang di lewatkan sehari, nak tukar tarikh tiket, lagi mahal macam nak pergi Alaska. Baik amik tiket baru. Nasib baik tiket baru ambil one way tu tengah promo..lega.
Cuma kuranglah sehari aku kat sana.

Dan tiket lama tu aku just book seat je, tak amik luggage, meal dan insuran so burn pun takdelah sampai terbakar jiwa raga. Sebab tu kan kalo kita book tiket awal setahun semasa promo AA free seat, amik seat je dulu. Setahun lagi tu taktau apa nak jadi. Tah hidup atau dah mati. Jadi burn pun takdelah rugi sangat. Aku dah serik amik semua all in awal-awal.
Macam-macam masalah nak pergi travel pun. Kucing, hamster, ikan laga, bos dan semua nak kena ambil kira. Dugaan backpacker veteran macam ni lah. Bukan senang nk tinggal ayam itik kat blkng umah tu.
 Tak cukup masalah visa China aritu. (dendam tak abis lagi).

Untuk ke Hanoi ni, aku memang langsung tak study. Redah style. Aku print wikitravel Hanoi, Sa Pa/ Lao Cai dan sedikit maklumat asas. Nak baca pun tak sempat.. jadi guide tu aku baca masa tunggu boarding. Hotel ke, train ke semua nak terjah. Berdoa semoga dipermudahkan.
Travel ikut hati, ikut mr.instinct dan ikut suka.
- '' instinct: the way people or animals naturally react or behave, without having to think or learn about it''

Jadi mari kita backpack ke Vietnam dengan misi menikmati musim dingin di pergunungan.
Ha long bay ke, Dong Xuan market ke semua aku tolak tepi demi Sa Pa valley ni.
Ini kali kedua aku jejak Vietnam selepas memborong di Ho Chi Minh dulu.
Dan aku sangat yakin Hanoi adalah lebih charming dari Ho Chi Minh.
Dan ternyata ramalanku benar belaka.


Comments

  1. AA dah bijak mak... bag or seat lewat... charge dah lain... harommm x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..dia dh baca cheapskate punya trick

      Delete
  2. Mak... Berkabus eh mak... Mcm tak nampak apa...

    ReplyDelete
  3. Bukan ke mak ke halong bay gak? nape tolak tepi plak mak? aduhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha long pergi hehe..cuma masa tu bkn keutamaan..bila sempat baru pergi

      Delete
    2. Propa taw mak nihhh! ha ha ha...

      Delete
  4. wahhhh best nyaaa! Hanoi ni punya lah lama i plan nak pegi, tapi tak jejak2 jugak..adehhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai mada..tempat jauh dh jejak..hanoi sekentut je tak pi lagi?

      Delete
  5. Kalau dari segi suhu JM lebih suka Hanoi tp dari segi org2 dan layanan dorang better ho chi minh...nak shopping pun better pilih ho chi minh

    ReplyDelete
  6. Sib baik Mak pegi Halong Bay..kalau x pegi mcm lom sampai Hanoi tau 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tau la org tu buat aksi lompat katak kat halong nun

      Delete
  7. Jln2 kat hanoi ni berjam2 pun x pe sbb x sakit pale x sempat berpeluh..ce pegi Danang dan Hoi An..adeh! Pana menggigit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..syokk oo sejuk-sejuk jln kat hanoi..

      Delete
  8. mak,

    san pa tu mmg macam europe...

    macam kat italy je dah ghupenya.

    eh ye ke italy,

    tapi ada satu tmpt kt europe tu cam ala-ala gitu ghupe dia

    ReplyDelete
  9. mak apa kontot sangat entri ni.

    picture more plisss....

    #WhileBlowingMyNails.

    #JanganKecamSaya

    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..blow dah kering ker? saja nak perangat

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Negara yang rakyat Malaysia boleh lawati tanpa visa/senarai perlu visa

Langkah demi langkah dan cara nak naik kapal terbang-proses dan prosedur

Shopping dan membeli belah kain pasang,telekung dan tudung di Bandung Indonesia

Ole-ole yang harus dibeli di Langkawi/Koleksi pinggan mangkuk Haji Ismail Group

Vietnam Part 1-Shoping dan membeli belah kain pasang, beg, dan barang dari Ben Thanh Vietnam