Wednesday, April 5, 2017

Backpack Medan- Itenary dan kos backpack ke Medan 4 hari 3 malam

masjid Raya
Danau Toba

Assalamualaikum,

Untuk entry last backpack ke Medan, Indonesia kali ni aku akan bentangkan kos sepanjang backpack aku ke Medan, Indonesia selama 4 hari 3 malam. Itenary taklah pack, aku hanya pergi ke tempat yang memang landmark iaitu Danau Toba dan Berastagi sahaja.

Yang lain-lain tu di bandar Medan seperti Istana Maimon dan masjid Raya. Istana Maimon berbaloi jika masuk, banyak sejarahnya . Bayaran masuk 5,000 rupiah je dan katanya memang lawa kat dalam.
Cuma ritu aku tak sempat sebab last day dan kalut nak beli buah tangan.
Selingan adalah jenjalan cuci mata di Parapat, mall di Medan dan makan minum di restoren Minang.

Tempat menarik yang boleh kita lawat kat Medan ni banyak jugak macam temple-temple tu, mendaki gunung, trekking dan lain-lain. Okay, untuk itenary backpack ke Medan dan kos nya macam kat bawah:

Day 1 : 29/11/2016
Penang- Medan (30 minutes flight)

- Day 2 : 30/11/2016
Medan to Parapat (5 hours)
Parapat to Samosir Island (40minutes)
Check-in Carolina Cottages 

Day 3 : 1/12/2016
 Samosir Island tour (rental scooter)
Samosir- Parapat by ferry
Parapat to Berastagi (3 hours)
Berastagi sightseeing
Berastagi to Medan Centre (3 hours)

- Day 4 : 2/12/2016
Medan tour- Masjid Raya, Istana Maimoon, Zulaikha House
Medan to Kualanamu airport (1 hours)
Medan- Penang (30 minutes)

Dan bagi kos adalah seperti kat bawah yang mana aku genapkan mana yang sen-sen tu:

1. Tiket flight Air Asia, Penang- Medan- Penang = RM 170.00

2. Penginapan - Rp355,000 (rm 118 untuk 3 malam bahagi dua org)
Hostel macam biasa, aku main redah je check-in.
So average hotel semalam dalam Rp100,000-150,000 je semalam

3. Transportation sahred van dan becak/bentor
Untuk transport banyak jugak habis kat becak/bentor dan shared van/minibas

4. Food/ makanan/kenyang perut suka hati - Rp 100,000 (rm33)
Kos makan tak banyak sebab makan sekali dua je sehari. Memang tak lapar sangat pun dan bawak juga roti/maggi dari Malaysia. Kos makan dalam Rp30-50 ribu sehari (rm 10-16) termasuk air mineral

5. Souvenir/ shoping baju,beg dll - Rp200,000 (rm66)
Untuk beli souvenir aku berhabis lebih kurang rm66 jek. Beli bika ambon, bolu meranti dan brownis.
Adalah cenderahati seperti Fridge magnet, key chain, T-shirt, beg kecil dan lain-lain.

Untuk kos detail seperti di bawah:

1.Hari pertama: Rp185,000 (Rm62 digenapkan)

- tambang ketapi dari airport ke bandar Medan : Rp100,000 (rm34)
- Becak dari stasiun keretapi ke hotel : Rp 20,000/2= Rp10,000 ( rm3)
- Hotel Nidia Nughara : Rp150,000/2 = Rp75,000 (rm 25)


2.Hari kedua : Rp175,000 (Rm60 digenapkan)

-Becak dari Medan ke stesen Amplas- Rp50,000/2= Rp25,000 (Rm8)
- Shared van Medan-Parapat : Rp60,000 (Rm 20)
- Makan tengahari : Rp25,000  (Rm 8)
- Feri ke Samosir Rp15,000 (Rm 5)
- Hotel Carolina Samosir Rp 100,000/2 = Rp50,000 (Rm 16)

3. Hari ketiga : Rp215,000 (Rm72 digenapkan)

- Sewa sepeda motor jelajah Samosir : Rp35,000/2 = Rp17,500 (rm5)
- Feri Samosir - Parapat : Rp15,000 (rm5)
- Share van Parapat- Berastagi : Rp60,000 (rm19)
- Makan di Berastagi (bakso,jagung, air mineral) : Rp25,000 (rm8)
- Tambang minibas Berastagi- Medan : Rp20,000 (rm6)
- Tambang bentor Padang Bulan ke pusat bandar Medan : Rp50,000/2= Rp25,000 (rm8)
- Hotel Residence: Rp105,000/2=  Rp52,500 (rm18)

4. Hari keempat : Rp 355,000 (rm118 digenapkan)

- Bentor ke Mojopahit/Masjid Raya : Rp60,000/2 =  Rp30,000 (rm10)
- Makan sarapan/tengahari : Rp50,000 (rm 16)
- Van ke airport : Rp150,000/2 =Rp75,000 (rm25)
- Souvenir : Rp200,000 (rm66)

Jumlah keseluruhan bagi seorang backpacker 4 hari 3 malam di Medan campur tiket flight :
Rp 930,000 (Rm 310.00 ground) + Rm170 (flight) = RM 480.00

Ok, amacam, murah ke tak? Ko kena ingat jugak bahawa duit Malaysia masa ni sangat rendah tukarannya..jadi jika sebelum ni ada backpacker claim dia boleh dapat murah, untung dia lah.
Mak tak merasa lah semurah tu.
Bersedialah ye jika nak tukar currency sekarang ni, even negara yang tak mahal macam Indonesia pun kita terasa bila pergi tukar duit. Nasib den dah poie Australia dan Europe masa duit Malaysia
 1 USD baru Rm3.50.
Kalau sekarang nak pergi lagi memang pikir banyak kali la, even pergi Thailand pun dah terasa, 100 bath dah Rm 12 hengget. Rasa nak pencen travel bila ekonomi merudum macam ni. Aci dak??




21 comments:

  1. murahnyaaa... janji makan kenyang. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha betul, bkn nak mkn tp nk travel kan

      Delete
  2. Bestnyaaaa boleh travel macmani, nanti boleh refer dekat sini.
    btw saya singgah dan follow blog ni ya. jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    ReplyDelete
  3. Penang medan 30min je? Dekat ye! Kl - Jay Bee pun 45 min tau..kentut x sempat nak ilang bau..bab mkn mmg x perlu order laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat...ni pilot bwk aircraft ala F1 hehe

      Delete
  4. Adeh! perjalanan 5 jam, 40min dan 3 jam tu...adoiiii part tu x tahan jauh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena letak bg readers boleh bajet masa utk plan itenary..kot la JM bertiga nak terjah medan nanti

      Delete
  5. Murah!!!! X sampai rm500 all in..sape ckp perlu ada duit byk baru leh travel...nak murah camne lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni travel ke Medan paling murah di obersi

      Delete
  6. Skrg jgn mimpi la leh dpt 1ussd rm3.50..skrg dah cecah rm5! Huuhhu pegi negara guna USD..pitam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pitammm tapi takkan nak mereput je kan kat sini..terpaksa huhu

      Delete
  7. Mak. THB saya tgk kelmarin dulu 100THB =RM14 dah mak.

    cancel trip hatyai n krabi.
    hahahaha

    cheapskate betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadoi nhhas..nak tunggu RM naik taktau bila laaa..klu gitu gi Tioman je lah hehe

      Delete
  8. masjid tu cantik.

    kalau tak sebab dia tak de kubah kaler kuning.
    mesti dah nampak adik beradi ngan masjid ubudiah kat kole kangso tu mak

    ReplyDelete
  9. Salam..nk tnya kalau domestik flight liquid lebih 100ml and mknan macam roti ke maggi lepas je kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu lepas je kalo roti..cuma liquid tu takut jgk sb scan jgk

      Delete