Wednesday, April 19, 2017

Dari KL ke Vietnam dan Noi Bai ke Old Quater Hanoi

Permulaan backpack Hanoi dengan boarding flight dari klia2 ke Noi Bai airport yang mengambil masa lebih kurang 3 jam pada jam 6 pagi dan sampai jam 8 pagi di Vietnam.
Untuk flight ni, aku takde amik seat ke apa, amik meal dan luggage share. Harga tiket dalam Rm200 seorang.
prepare utk landing di Noi Bai..berkabus

airport besar dan luas jugak
 Sampai je airport terus pergi cek imigresen, tak payah isi borang apa. Pergi dekat fast kaunter yang ASEAN Pass punya. Senang je prosesnya. Lepas cop pasport, turun eskalator untuk collect beg.
Then ko akan nampak macam barrier yang tertulis declare barang larangan atau yang bawak duit lebih USD30k.

Jadi ko lalu terus keluar airport je, tak payah nak beratur cek kastam macam kat Malaysia. Maknanya lepas collect luggage boleh terus keluar. Senang dan mudah.. tak ketat macam klia2.
Noi Bai ni ada 2 terminal- satu untuk domestik di Terminal 1 dan antarabangsa di Terminal 2.
Keluar airport je cuaca sejuk terus menyapa. Suhu masa tu adalah lebih kurang 18 celcius. Sejuk dan best.

sebelum cop pasport lalu sini dari aerobridge

dah sampai..alhamdulillah
Lepas keluar dari airport, dok pikir jugak nak naik apa ke bandar. Taxi semua ada dan kalo tgk wikitravel ada bas tapi macam lambat pulak. Then, aku nampak ada shuttle bas airport yang bergerak dari terminal 2 ke terminal 1 (domestik) dan dari sana banyak transport untuk ke bandar Hanoi yang berada dalam 45 kilometer dari airport.
Jadi aku naik shuttle bas free dari terminal 2 ke terminal 1. Sampai terminal 1, turun tangga sebelah kiri ikut orang reramai tu, dan kat bawah ada minibas menunggu penumpang untuk ke Hanoi.
Driver akan tanya ko nak turun kat mana, dan cakaplah nak turun kat Old Quater.
Tambang minibas ni dalam 40k dong (Rm8) seorang dan perjalanan dalam sejam jugak dengan kesesakan jalanraya.

yang ni dekat terminal 1..turun bas depan terminal 1 dan terus turun tangga ke bawah

turun tangga ni untuk amik minibas ke Old Quater

ini rupa minibas nya..tambang 40k vd.

seat gila sempit..depa semua kurus tak gemok macam kita

kesesakan jalanraya Hanoi


Sampai je di kawasan Old Quater, minibas tu akan drop tepi jalan. Dekat kedai jual lukisan dan barang seni. Dah nama jajahan Perancis, jadi kota Hanoi seharusnya ada pelbagai hasil seni untuk pelancong bak Paris katanya.

ni lah jalan yang minibas akan drop di Old Quater

banyak kedai lukisan, ukiran dan memang di jalan utama

7 comments:

  1. "kurus tak gemok macam kita"... hi hi hi...

    ReplyDelete
  2. Dah drop situ berapa jauh pulak mak menapak tu?

    ReplyDelete
  3. Mmg mudah kan sbb waktu sblm arrival pun kami tertanya2 pesal dorang x bagi arrival card utk di isi..rupanya x perlu dan imigresen proses jgk lancar

    ReplyDelete
  4. Itew pegi bulan april pun still sejuk!

    ReplyDelete
  5. Bas tu drop mak kat kat 'Hang' mana mak? Sbb aea old quarter tu semua nama jalan bermula dgn 'Hang'...Hang Ma..Hang Boi..Hang Quat...Hang Tuah Hang Jebat dan Hang Tu je x de ahaahh

    ReplyDelete