May dump, smart watch/sneakers for briskwalk & musim UPU/Matrik

 Hello May.

Assalamualaikum semua. Harap semua dlm keadaan sihat sejahtera dan ceria gitu.

Kita yg rutin briskwalk dalam 5-7 tahun ..pakai smart watch apa yg best utk tracker?

Kalo dalam fone boleh pakai apps pedometer tracker. Tapi memang kena usung fone kemana saja la walau ke toilet.

Sebelum ni my first smart watch mi band 3/4 memang tahan betul. Masuk kursus Regimental pun lasak cuma hilang sebab strap dia jenis boleh tanggal. 

Sedih masa hilang tu siap pergi cari tempat yang rasa jatuh but tak jumpa. 

Mi Band ni best pakai masa suka cycling dulu, apps pun lawa map dia.

Then pakai la jam hubby Honor band 6..yg ni memang lasak dan tahan dah nk masuk 4 tahun.

Tapi kan kita ni rambang mata, gi la survey smart watch lain mcm Mi Watch, Imilab..Laxa fit.. beli yg takde brand sebab berkenan design dgn watch face dia. 

Jenis suka tukar-tukar sebab cepat jemu.

Cuma memang tak tahan lama dan kecewa sebab asik rosak walaupun apps dia best. 

Last skrg yg tinggal hanya Honor 6. Apps Huawie Health. Dan baru ni sempat grab Mi Band 9..harap tahan lama yg ni. Smooth, sleek and top-tier budget fitness tracker.

Memang buang duit beli jam yg banyak tapi asik rosak. 

Tak rasa nk beli Apple watch, Garmin atau Amazfit lagi sebab syg duit..baik la beli cincin sebentuk gituh kan. Kita bukanlah extreme sport man kan nk pakai yg ribu-riban tu.

Untuk kasut pulak apa yg paling selesa..me sblm ni dah pakai Puma TX3 memang selesa, nike, Under Armour, NB, adidas..skrg setia dgn Under Armour dulu. 

Ada lg 1 sneaker tersadai iaitu Puma purple..model apatah dh lupa..sedap jgk pakai cuma Tx-3 lg best la.

*****************************************************************************

UPU dah keluar 22 hb Mei..mcmana result semua anak-anak/ank fruits/ank kekawan dll?

Ramai jugak kan yg frust..minta lain dpt lain..yg tak dpt matrik pun byk walau cemerlang.

Mungkin ada peluang selepas rayuan..sb youngest pun takmo pi Kolej Matrikulasi. Dia nak pi UiTM..ramai kekawan dia dpt Uitm, Asasi & Politeknik.

Untuk UPU dia dapat pilihan ke-2 UiTM course nursing, memang dia minat..alhamdulillah dpt jgk yg dia suka dan dekat pulak di Bertam. Nanti boleh sambung degree pulak.

Lega mak nya takyah gi jauh..dua-dua ank kat Penang.

IPG tak dapat interview dan tgk nnti July minta KKM nursing jgk. Kita berusaha.. yang memberi tu DIA. 

Tentulah semua parent nk yg terbaik utk anak-anak dan dengan kerja yg sukar utk tembus pasaran maka mestilah nak anak kita dpt kerja yg terjamin.

 Memang kalo boleh nak ank kerja goverment sector atau GLC kan.

Boleh kerja luar swasta dan terbang tinggi yg boleh namun in the end of the day..kita perlukan kerja yang secure dan stability dlm hidup -ada masa utk diri, keluarga dan Allah.

Doa yang terbaik untuk semua anak-anak bangsa kita.

AI imej kita..hehe Apps Huawei Health..Honor Band 6 tracker..mid May already yaa..dapat la brisk walk 4.66 km nak dekat 1 hour jgk.


ni dlm Page PHM utk affordable tracker 2026
Honor Band 6..beli tahun 2023, tahan lasak sampai sekarang..cuma tukar strap je

Apps Huawei Health..beli dalam Rm100++ jek kt Shopiah


Grab Xiomi Smart Band 9 bulan Mei ni..released 2024

MiBand 9 ni lawa..sleek, smooth dan top-tier budget band tracker

Yang ni Mi Band 3, apps zepp/ Mi fit- tahun 2020-23..
lama betul tahan hingga ke akhir cuma hilang pulak masa kursus regimental..feature simple tak banyak tu yg tahan..
jam yg byk feature, banyak face dan lawa tu susah sikit nk tahan lama kecuali yg betul mahal

Upgrade Mi Watch..mhl sikit.apps Mi Fitness- tahun 2025..ni pun tak bertahan lama. Watch face boleh custom dan setting..tp tu la klu jenis complicated watch ni memang tak bertahan lama sgt

Yg ni guna Huawei health apps..connect dgn Honor band 6..tracking dia less than pedometer utk setting yg sama

Ni guna Pedometer setting sama tp dpt extra distant ..cantik tak view ni..ni dekat Kuala Perlis Api-Api Ikan Bakar Restoren


Yg ni Mi Band guna apps Mi Fitness..map dia lg lawa dan byk feature

masih setia dgn Under amour ni..dari tahun 2023

yg ni guna apps Pedometer..kasut New balance..keras sikit cushion dia


Zaman cycling 2021-guna Mi band 3@4..apps Zepp/ Mi Fit 


Sangat la rajin sy ms ni exercise

morning cycling

evening ride..ni pakai Puma TX3..memang best, pakai sampai lunyai

Zaman byk me time..sneakers adidas..selesa jgk lembut cushion dia

Hiking, cycling, brisk walk semua rajin..ni pakai sneakers biasa takde brand

Zaman cycling circa 2021-2023..view sunset dan a piece of broken heart gituh

Musim hujan dh bermula..alhamdulillah lps pns bahang few month

Dinner @ Potlepak

Spaghetti Cabonara

Chicken Maryland Rm15

Pertengahan tahun musim audit la kan...ni tgh audit EKSA

Lunch dgn Geng Onar..bergelak ketawa hilang kejap stress keja

Nasi Goreng Seafood..dapp dan licin nokks

Gi jenjalan kat Mall

Me in flora dress

Late lunch @ Ichiban Ramen..disahkan Halal Jakim @ Aman Central

Order Set senang


banyak jgk choices

Grand menu katanya

Order QR

Dumplings, ramen, fried rice, chicken katsu

Chicken katsu

Beef ramen

Youngest with polka dot dress..puas dia jenjalan time outing tu.. sb susah nk dpt cuti sekali.tengah tunggu UPU..matrik dh dpt..ipg x dpt huhu dan part-time keje kt kedai stationary.

Mula balik briskwalk yg jarang dah buat hihi..tgk tu 2 km dapat bakar sebiji karipap jeee

Bunga berguguran

Morning outdoor walk guna Huawei Health on 7/5//26

Masak nasi lemak on weekend..sambal sotong kering 

Fav hubs dan ank2

Telur rebus ,timun and ikan bilis

Ayam goreng dan sosej utk youngest

Makan sambil lyn Tv

Another dinner gi makan AG Ayam Gepuk


Combo dgn air..air dia pun sedappp manis manjah.

Dengan ini sy isytiharkan AG Ayam gepuk lagi power dari kat Top Global, Ayam Gepuk Sultan, Pak Raden, Pak Gembus dan seangkatan dengannya.
Kobis goreng dia sedap..crispy..bukan di goreng asalkan boleh sajok. Kena selera tekak kita.
Maybe kat sini sedap..cawangan lain lum tentu. Mcm Coffe bean..sini sedap kt Sunway Carnival kurengg.

Sabtu 16 Mei drive g IPG amikbrg eldest yg byk.. tu sblm dia kena clear hostel
after 5 years @IPG Tuanku Bainun Bukit Mertajam..2021-2026

belanja dia n her friend kt Sushi Ya

Ini yg di idamkan-chicken katsu, beef bulgogi, chicken teriyaki ke tempanyaki

ni rasa mcm beef bulgogi

ni dessert mcm tofu fah haha

Chicken Udon...eldest & her friend..bila lg nk mengepau ibunya sblm kerja

 
4 of us..
 
puas makan dan dah tak was-was.. dh ada sijil halal JAKIM

Rezeki anakanda dapat Diploma nursing Uitm..janji dia minat

Tawaran Kolej Matrikulasi Perakaunan..yg ni dia kurang sikit

Lambat lagi nak daftar semua Universiti iaitu pada September, so lama lagi lah dia kerja part-time. Mengadu jugak penat sebab non-stop dia kerja dari lepas abis exam SPM..tapi bila kita suruh resign taknak. mcm tu lah nak ajar ank independent. 

No comments:

Post a Comment