Trip to Universal Studio Singapore Part 1-kos dan bajet-Part 1

 Percutian  ke Universal Studio Singapore adalah trip yang dirancang awal.Kota hiburan yang dibina oleh Genting Group ni ada 7 zon tema utama-Far Far Away Shrek,New York,Sci-fi city,Ancient Egypt,The Lost World (Jurassic Park dan Waterworld) dan Madagascar.
Ia terletak di Sentosa Resort dan dibina diatas tanah yang ditambak.Dari Woodlands agak jauh  dan akan melalui kesesakan jalan sikit.

Keseluruhan trip ini,hanya ke Singapura seharian dan balik tido di hotel JB.
Lagipun memang costly nak stay disana,setakat nak pergi USS dan jenjalan saja.Bukan nak shoping bagai sebab tukaran wang kurang menjimatkan(.*kurang?kurang jimat?hello,memang langsung tak jimat!hukhuk kalo ai ni spesies mak Datins takpelah kan..*)
Tetapi demi Shrek,demi Prince Charming yang tercinta maka aku pun pi lah jugak.Nak merasa jugak tengok  Far Far Away castle.
Pertama:Kalau ikut rate currency sekarang $1 dollar Singapore bersamaan dengan RM2.49.Jadi aku tukar RM100 je,dapat le SGD40.Cukup buat makan dan beli keychain.Misis utama adalah shoping pinggan mangkuk di Ayer Hitam,Johor bukan di Singapore.Tu pu ada hati nak pi London nun?baru pi Singapore dah tension pasal duit seratus jadi SGD40 saja.
Ko ni kalo cuti asik la cakap bab duit...ye lah sebab aku nak mudahkan pembaca bajet dan plan their trip dgn senang (*sila tepuk tangan,kaki dan tabik spring pd saya*)

Ini adalah kos nak masuk ke USS:
Ticket Type
Adult
(Ages 13 to 64)

Child
(Ages 4 to 12)

Senior
(Age 65 and above)
One Day Non-Peak Pass1
68
50
32
One Day Peak Pass1
74
54
36
Two Day Pass1
118
88
58
Annual Pass-
Fun Pass2
338
258
208
Annual Pass-
Action Pass
488408358
Annual Pass-
Superstar Pass
638
558
508


Ticket Type
Off- Peak1

Peak2

Universal Express
(In addition to your admission ticket)
30
50

Jadi harga tiket untuk masuk ke USS ni dalam RM170.00 lebih kurang.(non peak pass)

Kedua: Untuk itu apa kata kita buat bajet untuk kos makan jenjalan di Singapura..Yang ni kena bajet betul-betul sebab nak kena kira makan anak bini lagi dan makan tu bukan depa kira-tengok semua makanan dia nak beli.Jangan bermimpi ada nuget ayam 3 ketul seringgit atau goreng pisang dua hingget yang nak dibeli untuk diamkan anak-anak.Ni hanya harga purata,lebih kurang bukan tepat dan sama disemua tempat .

Purata kos makanan berat disini *nota-dikedai biasa atau restoren saja tau,bukan di fancy food outlet*:
Nasi ayam-$3-4
Nasi Beriani-$5-7
Murtabak Singapore yang terfamous tu-$8-$12
Air standard kedai kopi-$1.2-$2

Baik,kita tengok pulak harga makanan ringan disini:
Keropok twisties-$2
Roti dan satu spesies dengannya-$2
Air mineral-$1.90
Air kotak dan tin-$3

Kali kan semua tu dgn 2.5,tengok berapa harganya.Ada yg kata Singapore ni murah,air sirap leh dapat .80sen,tak mcm Malaysia yg dah beringgit.baik, cuba kau tengok 80sen depa tu dah nak dekat RM2.50 kita tau!Jadi air sirap depa tu dah dua hingget tau?
tip untuk melancong pada aku,kita kena kira berapa harga disana bila convert dgn RM.Baru kita tau mahal ke tak.Ni ko belasah beli sebab eh,sedolar je?tengok la..kejap je duit ko dah kena tukar lagi.
Padahal sedolar dia kita dah berapa rm?Takkan ko sanggup beli benda tah pape yg kat Malaysai boleh dapat seratus biji?sebab ko convert,ko rasa murah la.
Mengikut cerita air singapura agak mahal kerana mereka kan kekurangan air dan kena beli dari kita.Pastu dah le kita ni dgn Singapore ni ada love-hate relationship..jadi sebab tu gak mereka buat jugak kilang suling air laut dan guna sedikit air kitar semula *air longkang* utk maximize resources.

Then,harga souvenir di Bugis Street,Arab Street*hoho aku mampu beli fridge magnet je kot,hatiku tertinggal diMalaysia yang super murah*..huh baru tau hargai cost of living di Malaysia.Kalau aku ni Singaporean mungkin tak merasa nak drive kesana kemari sesuka hati dengan keta yer,sebab hanya orang super-duper kaya je mampu memiliki kereta kat sini.Ko mampu ke kalo parking je beribu sebulan?atau nak bayar cukai keta dah beratus ribu lemon?tu pun kecoh kat Malaysia nak suh Gov turunkan kadar cukai keta.Gaji depa yg tinggi pun tak mampu nak pakai keta.Kita?opis boy pun mampu pakai Honda.Bersyukurlah jadi rakyat Malaysia.Jgn beza dgn Thai atau Indon,depa harga keta import murah tapi gula dan brg keperluan mahal,petrol mahal-mana de subsidi cam kita,sebab tu asik seludup je gula kita pi sana.Dah,patriotik pulak..
ok jom sambung harga souvenir:

Frigde magnet-SGD10 utk 4
Keychain-$10 utk 18
T-shirt biasa I love Singapore tu-$10 for 3pcs (kain tak elok)

Nak lagi jimat,maka aku janji dengan kengkawan yang sibuk nak souvenir made in Singapura,bahawa aku akan bawa baik air muntah singa tu sorang sebotol,bulehh?kot minum boleh jadi Badang.(cam mampu nak tadah air muntah singa tu kat tengah laut nun.)
Memang bila dah beli dan melancong kesini,duit rasa cepat je abis.Sebab?RM100 tu dapat SGD40 je pastu dapat beli brg pun tak byk.Kalo kita disini,RM100 tu macam-macam boleh beli dan makan.So pandailah bajet yer.
Ok jom layan picture disini.
on the way ke sentosa ni akan melalui eye on singapore ni dulu


singapura antara pelabuhan tersibuk dunia
parking utk semua terletak di basement.Banyak tour bas waktu drop dan fetch penumpang.Disini ada tour agent booth.

berhadapan entrance USS

kat luar USS


Ia dibuka jam 10pagi -7 ptg setiap hari.No outside food/beverage allowed.Tapi aku bawa je air mineral,pandailah letak dlm beg..dia tak check pun.Diorg check tiket shj.
zon USS
pintu masuk USS.Check tiket dan exit pun disini
rules and regulations

 Dalam USS



 NY library


ewww..siap peluk tu


Studio ni memang mengkagumkan.Seni binanya,susun atur dan memang puas ati byr mahal masuk sini.
Lepas ni sambung part 2 lak ye.Byk sgt picture jadi pasni kita buat siri ala sinetron.Bulehhh?Sampai part berapa nak?(ada ke org layan blog dia)
Tunggu entry selanjutnya.

No comments:

Post a Comment