Senja di Pura Luhur Uluwatu Temple Bali

senja di Uluwatu


''Pura Luhur Uluwatu atau Kuil Uluwatu adalah candi laut Bali yang terkenal di Bali. Ia adalah salah satu dari sembilan kuil-kuil yang dikatakan untuk melindungi Bali dari roh-roh jahat.

Candi yang menakjubkan ini adalah satu keajaiban kerana ia bertenggek di tepi batu yang menghadap ke laut seolah-olah mengawal/menjaga.

Nama Luhur bermaksud "sesuatu asal ilahi" dan ulu "tanah akhir" dan watu "batu" dalam bahasa lama. Nama itu sendiri telah menerangkan dengan tepat candi istimewa ini. Pura Luhur Uluwatu dianggap sebagai salah satu dari enam candi paling penting di Bali bersama Pura Besakih.

Tempat suci pura (kuil) terletak di pinggir tebing curam menara di atas pantai legenda Bali di selatan. Kebanyakan pelancong menikmati pemandangan kuil ini dari dua sudut pandangan yang berbeza, dari bahagian utara dan selatan kawasan tersebut.''

Aku memang customize tour ni agar dapat lihat sunset di bayangi rupa bumbung kuil ni. So aku tak pergi kecak dance walau orang kata best sangat. Aku tunggu kat atas area kuil nun untuk ambik gambar.
Untuk yuran masuk ke Uluwatu ni adalah 60k rupiah (Rm17) dan kawasannya luas. 

Tip ke sini:
-Bawak air mineral, kawasan luas
-Monyet pencuri banyak jadi jaga barang dan jangan cuai, kamera/hp pun pernah kena ragut ok
-Pilih nak tengok sunset atau tengok tarian kecak, kalau nak kecak tu kena blei tiket cepat sebab dia laris..nanti habis
-Pakai selendang oren/purple semasa nak masuk dan ia disediakan di kaunter tiket, lepas keluar temple tu pulang balik
-jaga kelakuan jangan menjerit/ketawa terlampau, ni kawasan suci bagi diorg


gambar ni dari google, jadi bila tengok sebelum pergi Uluwatu tu nampak besarkan imej kuil tu..jadi happy la... tiber sampai kecik gila bumbung tu..entah berapa juta zooming nih

parking untuk masuk dalam kuil

notis

masuk kuil ambil selendang purple/oren ni dan ikat kat pinggang

pintu masuk.. selendang oren/purple ikat kat pinggang sbg tanda hormat masuk ke pura yang suci ni..yg oren tu kecik sikit, yg purple tu bbesar jadi yang pakai sexy boleh la tutup dgn selendang purple tu
suasana di dalam nya

jalan keliling trek ni..dan akan pusing balik..kalau nak naik ke kuil untuk ambil gambar lawa kena naik tangga banyakkk

tangga

view dia lawa gila

ngadap lautan hindi

depa bina trek ni panjang oii..tak larat jalan

lawa kan

stunning view

lama lepak sini

tunggu sunset
tunggu sambil layan view

kalau rajin boleh ikut trekking ni

i suka cliff cenggini, rasa macam kat Scotland

Sebenarnya sebelum pi tu aku ingat temple tu besar la imej bumbungnya.. utk ambil gambar sunset tu. Sebab dalam google imej semua nampak sunset Uluwatu tu gah je kuilnya.
Rupanya kecik yakmat..kena zoom untuk bagi nampak fokus dia dengan sunset. Hadoiii kecewa tengok. tu tak kira pokok tepi tu yang lindung bentuk bumbung lagi..jadi memang tak nampak cantik sangat la.

Aku ni bukanlah minat kuil-kuil ni semua tapi sebab landskap Uluwatu ni cantik sangat, terletak tepi cliff laut jadi terpesona terus. Lanscape ialah benda utama untuk bagi gambar cantik dan bumbung kuil tu sebagai titik fokus. 
Masa sampai kat situ utk ambil gambar kuil tu kenalah naik tangga..pusing-pusing then what???
Eh takkan yang ni kot?? secoet je..biar betul..rupanya memang kalau kita tengok gambar uluwatu temple memang yang nilah titik fokus dia. Tak sangka kecik gitu.
Tapi takpe..usahakan bagi nampak besar jugak rupa paras bumbung kuil tu agar orang lain pun terpedaya lepas ni hehe.
jalan kaki dan panjat tangga utk tengok bumbung kuil tu (yg dibulatkan)..kecik kan bumbungnya???

bila lautan biru dan kaki langit bertemu

lepak sini..tenang je rasa
mati-mati aku ingt bumbung kuil ni besar..rupanya kecik tet
jadi kena fokus
dah sunset..zoom jangan tak zoom


kena zoom bagi nampak bumbungnya besar

serene..

tranquillity

Lepas sunset aku turun, kecak dance pun dah abis. Jadi ko pilihlah nak tengok kecak atau nak tengok sunset berlatar bumbung pura luhur uluwatu tu??
Kecak dance agak mahal jugak lah..dalam 100k gitu.(Rm30++).
Overall puas hati dapat tengok sunset dan ambil gambar yang rasa kebalian sangat.


Comments

  1. Lawa giler kalu tembak kat sini... Mmg awesome...

    ReplyDelete
  2. SS serik nak pegi kuil kuil ni... Dah terkena sekali dulu... Taubat... Tapi... SS macam mak jugak... Kalu dah landscape lawa... ske tak ske redah jek laaa...

    ReplyDelete
  3. kecik betul bumbung kuil tu..tahi hidung JM kalau di gumpal lagi beo kah kah kah

    ReplyDelete
  4. JM dah tak terpedaya dgn size bumbung kuil tu..sbb dah baca entri Mak ni...kih kih kih

    ReplyDelete
  5. Omak ko!! jauh betul track nak ke kuil tu....berapa KM agaknya ehh..mahu berpeluh tiak..bau masyammmm!

    ReplyDelete
  6. Makkkk ogenkidesuka.

    Hahahaha terhibur kita baca entri ni:
    1) sebab - yeay kita dah "virtually sampai" Bali
    2) lawanya view dia mak - macam kat great ocean road pula

    tapi kan mak, sebenarnya ap expectation gambar kuil tu ea?

    ReplyDelete
  7. Tengok lautan hindi tu teringat 2 perkara:
    1) tsunami yang tercetus gara2 earthquake dalam hindi oceace pada December 2004

    2) MH307 yang bersemadi di Hindi Ocean katanya

    Laut adalah misteri alam yang menggerunkan.
    Subhanallah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Negara yang rakyat Malaysia boleh lawati tanpa visa/senarai perlu visa- update Oktober 2018

Vietnam Part 1-Shoping dan membeli belah kain pasang, beg, dan barang dari Ben Thanh Vietnam

Langkah demi langkah dan cara nak naik kapal terbang-proses dan prosedur