Wordless Wed


Three things cannot be long hidden: the sun, the moon, and the truth.

Radiator Gen2 rosak

Bila enjin panas,mungkin radiator problem.Contoh my Gen2,tengh drive tetiba enjin mati.Matikan enjin pastu start balik.Tgh drive dia mati balik.Bila dah mati enjin,bunyi kipas masih berpusing.
Kerana kereta ni bila enjin panas,dia akan automatik stopkan enjin untuk elakkan kerosakan enjin yang teruk.
Sakit jiwa tak?rasa cam nak hantuk kepala 400 kali kat dinding.
Bila bawa ke bengkel,rupanya radiator tank tu dah karat,reput semua ada..dan air pun dah bercampur minyak dalam tank tu.xtau sb dah berzaman tak mentelaah itu radiator.Jadi takleh cuci ye,kena ganti baru.adeh la,baru je overhaul RM2400...nangis darah.Sejak akhir-akhir ni,rasa fobia bila mekanik tepon,sebab masa tu la dia akan habaq berapa kos untuk repair keta dan the number usually increase from time to time.
Harga radiator Gen2 adalah RM470++ campur upah.bela keta lagi teruk dari bela kambing ayam okey.

rupa radiotor ni secara gambaran-images google

Air yg mengalir dr radiator tu dinamakan "water pump" dan terus pi ke mesin (biru) dan menyerap panas dan dia akan rotate pusing semula ke radiator untuk di sejukkan (merah) . Biasa org akan guna air paip, air mineral atau pun coolant. Ada sesetengah coolant berupaya menyejukkan enjin berbanding air paip serta mampu mengelakkan karat berlaku pada tangki radiator sekaligus menjadikan menatang alah ni akan dipenuhi dgn karat yg akan menjadikan enjin xdpt sejuk.

Water Cooling System atau pendingin air ada beberapa komponen. Antaranya:

- Radiator : Berfungsi sebagai tempat menyimpan air serta menyejukkan air yg dtg dr enjin. Cara penyejukkannya dengan menggunakan kipas yg terdapat pada radiator.
- Water pump : fungsi nya circulate air ke dlm cooling system / pendingin
- Penutup Radiator : benda ni pun ada fungsi jugak untuk atur tekanan dan suhu air penyejuk dlm radiator.

Bilnya dari Proton Edar:  RM495.00
 Yang ditukar ialah:
Hose radiator low-RM35
Hose Radiator Upper-RM25
RAD coolant-RM29
Radiator Assy-250
Switch stop lamp-21
Breakdown charge-RM30
Replace radiator-RM95
Tax 6%- RM7.50 ( wth pfttttt)

~copy from kelabprotonsaga.blogspot.TQ

Restoran Bangkok Tomyam Bayan Lepas

Located at Sungai Ara,Bayan Lepas.
Dibuka waktu brunch hingga supper (11pagi cmtu hingga 2,3pagi)
Ala carte order (individual plate price)
Makanan yang sedap dan berpatutan.Memang masakn thai terbaik.
Kedai ni memang ramai pelanggan dan penuh waktu dinner.Bukan sahaja di kalangan orang melayu,cina india pun ramai datang sini.Dekat sini gak ada restoren Mak Long nasi campur.
Range harga-nasi goreng dalam rm5/plate.Ayam kunyit dan lain-lain standard RM4-5.



nasi goreng seafood

nasi goreng tom yam

ayam goreng kunyit,sedap

Jenis-jenis backpacker dan destinasi pilihan

images google

Aku bukanlah backpacker sejati.Yang sanggup habis separuh gaji setiap bulan untuk mengembara.Yang setiap purnama akan ke destinasi yang berbeza dan naik flight setahun 24 kali. Aku backpack/melancong hanya bila ada duit,sama ada dalam dan luar negara. Kebanyakan ayat-ayat backpacker tegar adalah:

-it's not the destination, but the journey

-The road of life twists and turns and no two directions are ever the same. Yet our lessons come from the journey, not the destination.

-Focus on the journey, not the destination. Joy is found not in finishing an activity but in doing it.

Allright, maknanya disini,perjalanan ke sesuatu destinasi tu sama penting disamping tempat itu sendiri.
Dan bagi aku, destinasi pun penting dan perlu mengujakan, Sama seperti membaca sebuah novel yang cukup menarik (ini umpama perjalanan) tetapi akan spoil bila ending (ini adalah destinasi) tidak mengkagumkan. Atau membaca novel yang isinya loose tetapi pengakhirannya mengejutkan dan mengujakan.
Jadi, perjalanan dan destinasi sangat penting ketika memilih tempat yang ingin ditujui.

Jenis-jenis bakcpacker adalah berbeza,dan bervariety. Bukan dari kajian tesis secara ilmiah tetapi menerusi pemerhatian jenis backapaker juga menentukan destinasi seseorang pengembara itu. Contoh seperti berikut:

1. Backpacker yang suka adventure- akan pilih Indon,Indo-china,china/korea dgn perjalanan murah melalui keta api.atau tempat yang kurang pelancong dan terpencil. dan ada aktiviti yang diselitkan seperti panjat gunung,skiing atau surfing. Contoh- Kathmandu, Everest, Kinabalu takpun Grand Canyon. Kalo dalam negara haruslah Gua Mulu, Gunung Kinabalu dan Taman Negara.
Tak kisah bau ketiak seharum kasturi asalkan aku bahagia. Adrenaline junkie? hell yes.Terjun bugee dari atas jambatan Sydney? babe, itu aku dah buat 10 tahun yang lalu.

2. Backapacker yang sambil mengembara suka membeli belah- akan pilih destinasi yang terkenal sebagai syurga membeli belah untuk dilawati.samada murah atau mahal tapi bajet mesti ada. Destinasi seperti Bandung, Singapore, Vietnam, London, Paris,atau Istanbul. Kalo Malaysia-Langkawi (pinggan mangkuk)atau Terengganu untuk sutera dan kain-kain mak datin. Aku tak layak masuk grup ni..almaklum kuli batak katakan.
Jenis ni masa pergi bawa ibu beg tapi masa balik beg dia beranak jadi 10 anak. Masa pi amik 30kg luggage, masa balik amik 150kg. Tabekkk!! bawa duit pun dah seguni dan kad kredit macam-macam color.

3. Backpacker yang pilih destinasi kerana iklim dan impian- Ini adalah kategori aku. (tapi pilih pun 10 tahun sekali sebab bajet tarak, hukhuk,sebab negara iklim berbeza ni selalu tiket flight mahal).
Aku akan pilih iklim ke destinasi yang berbeza dari tempat asal. Iklim 4 musim,suasana yang cantik semulajadi dan memberi kepuasan untuk ketenangan bila bercuti.

Jika iklim lebih kurang seperti tempat asal,ya boleh pilih tetapi untuk jangka masa yang pendek.3,4 hari dah cukup.sedangkan kalau ikut konsep backpack ia memerlukan tempoh yang lama untuk merasai budaya tempatan. Ia juga termasuk dalam kategori backpacker yang pilih destinasi kerana impian sedari zaman kanak-kanak lagi.
Contoh- impian den nak golek-golek atas padang rumput dilereng banjaran Alps ala ala Sound Of Music atau Little House on Prairie dan nyanyi lagu hindusstan ditengah ladang tulip. Cuaca sangat lah penting untuk aku. Best woh jalan kaki dalam cuaca 5 darjah celcius,tak perlu risau bau ketiak! Mandi sehari sekali pun rilek je.
Jalan jauh pun tak terasa. Cakap berasap dan jadilah sedara jakun bin jaki. Masa pertama kali jumpa salji, haruslah buat aksi baring sambil pejam mata dan kepakkan tangan dan kaki atas salji. Snow angel katanya.



Tempat pilihan selalunya Eropah, Harbin, Korea, Jepun, Siberia, Amerika, Kashmir atau New Zealand. Di Malaysia- Kundasang, Cameron Highland, Bukit Fraser pun cantik.
Ini termasuk backpacker yang terpengaruh dgn apa yang baca/dengar dan tetiba jadi wishlist dia. tengok gambo suasana di Harbin yang bak hamparan permaidani putih, kaki gedik nak pergi.(akulah tu)

gambo tuan tanah yang jakun tahap dewata raya tido atas salji first time jumpa...nk buat snow angel design katakan..kat Gulmarg kashmir ni



4. Backpacker pecinta sejarah dan warisan- jenis ni akan pilih destinasi yang berakarkan kebudayaan. Contoh,nak lawat Piramid, Borobudur,Taj mahal, Machu Picchu, Angkor Wat,Terra Cota Army atau tembok China. Yang dalam negara mungkin akan ke Kampung Budaya Sarawak, muzium-muzium atau Malacca Historical City.
Yang ni dah hafal bape kali mayat firaun dililit kain kapan sebelum disimpan dalam Great piramid.
Bape kah jumlah terra cota army yg tersusun dalam makam Maharaja China serta ukiran Angkor Wat di Cambodia ada berapa kepala devata?.(stressss)
Machu Picchu

5. Backpacker ikut harga dan kos- yang ni bukan dia pilih destinasi tapi promosi/diskaun yang menentukan (selalunya flight ticket). Kalau bulan depan ada promo flight ke Perth,memang sah-sah nama dia ada.
Yang penting dia boleh sempurnakan misi dia yang ini negara ke-100 dia dah pi!
Yang ni sentiasa alert dengan promosi airlines dan hari-hari check flight fare macam orang main saham.
Tapi skrg AirAsia dah mahal, hukhuk sejak pindah klia2, payah nak dapat murah macam dulu. Nak murah buat macam Zahariz Khuzaimah, pergi travel dengan basikal dan tido dalam khemah. Ikut hati, aku pun nak buat macam tu tapi haruslah menuntut silat/taekwando atau kena tukar jantina. Paling kurang kena bawa bodyguard 10 org atas desakan family.

6. Honeymoon backpacker- yang ni jenis pergi berdua,tempat-tempat yang romantik dan..' bulan madu di awan biru...tiada yang menganggu.'
Destinasi pilihan-Bali,NZ atau Venice serta Eropah.
Yang ni kena fahamlah, jangan ko muntah dan stress tengok adegan-adegan yang lovey dovey depan mata. Kalau dah tak tahan nak tengok, amik video depa post dalam Youtube,harus adegan tu dihentikan segera. (tapi kalau dah gila glamer dgn sex tape camno?ala Kim K kan..)


7. Backpacker ikut kawan/keluarga- yang ni pilih destinasi sebab ikut kawan.
Payahkan nak pi seorang diri, jadi pape, mati katak. Sesat ke hapa ke,huh tidak.yang selalu pi dalam grouping dan meriah. takmo susah-susah hadapi sorang diri dan prinsip hidup- berat sama dipikul,ringan sama dijinjing. Best fren forever katanya.

8. Backpacker Suka hati- ya, yang ni pun tak kisah,asal ada duit dan destinasi,semua boleh.
 Jadi semua faktor diatas dia boleh pilih dan laksanakan.tabikkk!!! Janji ada kemahuan dan sanggup tinggalkan home sweet home. Kalau skrg trend backpack ke Korea, dia pun nak ikut jugak!

9. Backpacker jiwa lara/lonely traveller- akan ke destinasi yang mengimbau kenangan silam atau tempat yang nowhere,tranquility. Down memory lane atau ke destinasi yang sunyi dan mencari ketenangan diri. Tempat adalah-tempat study dolu-dolu kat london/mrsm,imbau kenangan bersama sidia yang kini tinggal kenangan atau tempat remote,tranquility places seperti pergunungan dan kawasan tasik/ desa. Contoh- tasik di NZ atau pergunungan di Kathmandu.

Yang ni bila kembali ketempat kenangan akan terasa bahang dan kepedihan.atau bila merenung langit biru atas puncak bukit tu..rasa sayu sebab teringat seseorang. Jenis ni tak kisah kembara seorang diri..lagi senang dia nak menyelami segala takdir yang telah tertulis untuknya.Tagline 'helaian daunan yang gugur dari pohon..mengingatkan daku saat dikau berlalu'.

Dalam kes ni..mungkin dia nak pergi ke tempat yang semua orang tak kenal. Yang dia boleh berjalan tanpa perlu nak tegur sesiapa atau mesra alam dengan sesiapa. Nak ekspresi muka sedih atau ketat bila-bila masa. Nak sembuhkan hati dan cari ketenangan hati bersendirian.

''Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini"


Loneliness is an integral part of travelling. I used to think it was the downside to travelling, but now I realise it is a necessary educative part of it to be embraced.” - David Mitchell 




10. Backpacker nak enjoy/party- boleh pilih tempat yang lively/suasana malam yang hidup dan rancak-contoh seperti Danok. Krabi, Phuket, Ibiza (hamboihh,kemain) , Belize, Singapore, Bali atau Jakarta saja. Nak enjoy dan menikmati keseronokan didestinasi yang dipilih. Enjoy selagi terdaya..yang ni kalo tanya dia,sah-sah dia tau hottest club in town. Dia rasa dia pun hot jugak. kau mampu??

11. Backpacker pecinta pantai/beach person - yang ni suka ke pulau-pulau, pantai dan laut yang dia syok sgt.
Suka tunggu sunset dan sunrise nak abadikan momen terindah tu. Jenis hobi snorkeling atau diving. Wajib pergi diving kat Sipadan, Perhentiaan atau Tioman. Kalo obersea mesti gi Gili, Fiji, Bahamas, Carribean, Belize takpun Maldives.
Jenis rentung kuasa seribu pun takde hal beb. Dlm beg tak perlu BB cream tapi sunblok wajib carry 24hrs. Cer try gi usha almari dia, tgk apa ada. Seluar bunga-bunga dan baju lukisan pokok kepala..diving/swim suit seharusnya ada..tak pun seluar raggae Bob Marley. Jenis rileks dan santai. Sambil berjalan pun rasa nk goyang-goyang kepala.

Okey, banyak lagi sebenarnya jenis-jenis backpacker yang boleh kita huraikan.

Bagi aku, destinasi pilihan aku, cuaca adalah faktor utama. Jika aku nak habiskan duit RM1k keatas, maka tempat haruslah bercuaca empat musim. Tapi jika bajet ciput, maka pi negara Asean je la..tapi aku tak minat sangat, Sebab tu jugak,aku sanggup kumpul duit lebih dan tunggu lama sikit.

 Tak perlu nak kira aku dah pi 20 negara tapi semuanya macam Thai,Vietnam atau Indon, sebab tiket flight murah. Bagi aku la kan, biarpun  tiket ke Manila murah, ke Taiwan murah,aku tak tergoda.
Aku lebih rela backpack 5 tahun  sekali, asalkan tempat tu berbeza cuaca dari Malaysia.

Bagaimana pun aku teringin jugak nak pi ke Sa Pa Valley, di Vietnam yang bercuaca sejuk, pernah turun salji disini. Di utara Vietnam, berdekatan border China. Aim pada tahun 2015.
Wishlist aku untuk major backpack adalah seperti berikut. Dan yang paling atas tu, itu adalah destinasi tegar yang akan diusahakan untuk direalisasikan. Insyallah.

1. Kashmir- atas sebab mukabumi yang sangat cantik,iklim 4 musim dan berada dibanjaran Himalaya yang mengkagumkan. Wilayah empat musim yang digelar Switzerland Asia. Syurga dunia.
Banjaran puncak gunung memutih diliputi salji. Tasik Dal yang indah dan peninggalan ketamadunan Munghal yang sangat menghargai para pengukir, pemuisi dan tukang-tukang hebat.

2. Turki-Istanbul- atas sebab ketamadunannya. Bak kata pelawat yang pernah ke Turki,berada disini seolah-olah kita berdiri dalam cerita 1001 malam dan zaman Ali Baba 40 penyamun. Unik dan perasaan yang sukar digambarkan. Dari Turki konon merancang naik kereta api ke Bulgaria...dalam perancangan. Kemegahan Hagia Sofia dan peninggalan Empayar Ottoman yang sangat menakjubkan. Pertemuan dua benua Asia dan Eropah, laluan sutera yang berkurun lama. (ini subjek sejarahkah? grrrrrr)
Hagia Sophia

Blue Mosque

3. United Kingdom- Perancis-Switzerland-atau kedestinasi dalam lingkungan yang sama. Kerana terpegun dengan cerita bangsawan Inggeris dan suasana desa inggeris seperti cottages, old castle atau sekadar hamparan padang rumput menghijau berpagar cat putih. Juga iklim 4 musim yang teringin nak dirasai.
Yang paling aku nak pergi adalah Cotswold area. Tempat  rumah comel macam Anne Of Green Gables.
Oh dan Mr. Darcy...

4. Syria-Jordan-Mesir- Destinasi timur tengah yang berkait rapat dengan ketamadunan Islam dan manusia kuno. Sejarah yang mengkagumkan.Lagi pulak mamat Jordan adalah antara terkacak didunia. Cuci mata okey sambil dukung mak tapir 40liter. Ya,sekurang-kurangnya ada jugak permandangan yang tak jemu selain unta-unta (heee...lawak sempit)

Insyallah moga-moga tercapai.
Bagaimanapun...yang selalu berlaku adalah:
  “When you’re safe at home you wish you were having an adventure; when you’re having an adventure you wish you were safe at home.” - Thornton Wilder


 

wordless

~Life is a dream for the wise, a game for the fool, a comedy for the rich, a tragedy for the poor.
Location,Langkawi 

Jejaka Kacak Dari Timur Tengah aka the Arabs


Lebonan guy-Youssef

There is such a thing as being too handsome / pretty for your own good: just ask Omar Borkan Al Gala, a model, photographer, and poet from Dubai. After being deported from Saudi Arabia for his good looks, he’s also being kicked out of Facebook.

And to think that, out of all places, Facebook would be the one where he’d be most embraced.

Al Gala’s Facebook page is now offline, showing just the note that the link might be broken or the page has been deleted. Apparently, handsomeness can do that.

On another page that he must have set up after this one was deleted, Al Gala explains that he wasn’t the one to take such action, which totally makes sense considering he had almost 800,000 followers.
As we informed you in April, Al Gala caught the ever-watching eye of the authorities in Saudi Arabia (the Commission for the Promotion of Virtue and Prevention of Vices, to be more exact), who had him deported because he was considered a real threat to women’s virtue.
meet the man who got deported from Saudi Arabia for being illegally handsome
sami yusuf and the gang
 Ok,siapa mamat arab ni?Namanya Omar Borkan Al Gala,salah seorang lelaki Arab yang diusir dari Dubai kerana terlalu kacak,dan dikhuatiri boleh menyebabkan wanita terangsang melihat mereka! (3 orang semuanya mamat kacak nak mampusss)... huh,tak menahan ok (mamat yg kt atas tu dia gak)..hehe nasional threat tu.Siap birthday daapt merz sebijik dari admirer,,haiyoo
*Caution-ini post takde ilmiah,post ngada-ngada dan post tah pape,post baru jumpa deals dgn Jordanians,hehe*

I've been dealing with international people or foreigner almost everyday.
Younger generation.Mamat afrika ke,arab ke,ubzek ke atau mat saleh.
Frankly speaking,manusia Arab tak kira lelaki perempuan memang satu bangsa yang kacak,tampan,cantik dan jelita.Keturunan Parsi atau suku-suku Arab ni memang sangatlah menyedapkan mata memandang.
(mestilah nak cakap psl mamat kan?takkan psl pompuan ,kng lesbian pulak orang kata tp kalo pompuan tu tgk biji mata dia pun dah tau betapa kejelitaan dia tu mengalahkan Jennifer Lopez)
Think Sami Yusuf.(iranian which most of them are persian prince,hehe).Dan mereka bagi aku lebih kacak dari mat saleh,brad pitt ke hapa sebab lebih  authentic.Kulit kemerahan dan bersih tapi tak nipis cam mat saleh yg terbakar tu dan raut wajah lebih masculin.

Undian mengikut pemerhatian:-
Mamat Arab paling kacak *macho dan masculin*- Jejaka Jordan,Syria dan Lebanon
Jejaka cool,charming dan good looks- Iran dan Yemen
Mamat cute dan handsome ngalahkan mat saleh-Ubzekistan,Turmenkistan,dan Pakistan,kawasan stan stan tuh
Mamat kacak,mature dan look older -Palestian,Libya (gaddafi not include hokeyy) dan Oman

Seterusnya aku pernah mengatakan bahawa lelaki Itali adalah lelaki paling kacak di dunia,yes mungkin..tetapi boleh di katakan bahawa jejaka Jordan berada dalam kedudukan yan sama.Selain mereka ni beragama Islam,kulit tanned,rambut keperangan,mata coklat cair atau hazel,pendek kata semuanya indah serba serbi.
Adakah bergetar hati nurani dan tengok sepuluh kali pun tak cukup bila berhadapan dengan golongan ini?
Ya,sangat.
Jadi,tiada hairannya bila terbaca diakhbar didada akhbar ada perempuan sanggup jadi keldai dadah untuk mereka,atau menjalankan perniagaan haram kerana teman lelakinya adalah dari timur tengah.
Tengok hidung jejaka dari Timur Tengah ni juga biasa membuat wanita Melayu rebah.Tengok,rebah,tenung,rebah.Berapa ramaikah yang telah rebah ke tangan lelaki dari sana?
(hati-hati fahaman syiah ok)
Bagaimanapun,bangsa Arab ni sangatlah bangga diri dan memuliakan bangsanya.Beranggapan bangsanyalah yang terbaik dan bangsa Melayu ni low-standard,kitakan hidung kembang,muka orang asli dan fizikal tak seindah mereka.Melayu totok katanya..kategori akulah ni.
(orang keturunan syed,syarifah di Malaysia pun ada yang begini-menganggap keturunan merekalah paling suci sedangkan Allah dah peringatkan sesapa paling betaqwalah dia paling mulia).
Banggakan sangat keturunan dia walau kita ni sakit hati perangai depa tu kekadang mengalahkan jin ifrit.
Dan aku telah melihat banyak kes gadis melayu yang berpendidikan (IPTA),gadis cina pun ada yang couple dengan mamat arabs ni.Sedihnya,banyak cerita yang terbukti adalah mamat arab ni akan meninggalkan gf-gf ni dan berkahwin dengan bangsanya sendiri bila tamat pengajian.
Dan dikalangan group-group mereka ni yg aku perasan,bila cakap dengan kawan-kawan dia siap tentang mata,pegang peluk cium kengkawan,kira mesra abislah.bila dlm class room ada yg letak tangan kt paha kwn sambil bual-bual.adat dia kot.cakap dekat-dekat,bisik-bisik tu.intimate.dengan bini dia pun dia romantik abis gak.tapi bukan gay,its just their gestures

Kelebihan lelaki arab:-
1.Good looks
2.Kacak,gorgeous,masculin yada yada
3.Good looks.good looks..(ulang 40 kali)
4.Mungkin pengetahuan agama lebih mendalam
5.Rajin solat jemaah 
6.Hubungan kekeluargaan sangat rapat
7.Ada yang gentlement dan speak through their mind
8.Sangat menjaga saudara perempuan mereka samada adik,kakak or ibu

Perangai buruk mereka:- (mungkin yg kurang educated,tak semua)
1.Ada yang bawa keluarga sambil belajar tu dok sekali satu perumahan dgn locals,bini dia boleh pi petik cili ke,bendi ke kat halaman orang tanpa keizinan,bolehh?balik masak sesuka hati dia,pastu nanti mai petik lagi.

2.Bawa kereta macam orang gila-migrain aku.Suka hati dia keluar simpang,masuk simpang tak bagi signal.Sesapa yang sewakan kereta kepada geng ni,harap mandi ais batu lama-lama masa check keta pas depa guna.caj lebih sikit cover tayar botak nanti.Pemandu yang kasar dan jenis tak sayang kereta.

3.Persistence-selagi tak dapat apa yang sepatutnya,selagi tu la dia tiap ari mai pejabat tanya kita.tak faham keadaan atau sengaja buat tak faham

4.Ayat sangat manis,sweet pada permulaan bicara.assalamualaikum,how are you dll.Pastu tak dapat apa dia hendak,siaplah angin ribut semua masuk!*peringatan-pakai perisai romanian 40 lapis kt telinga*

5.Suka fikir 18sx.-penah gk ter'baik'kejap dgn jejaka kacak arab yang tengah further study kt USM.
sikit-sikit horny..ckp dalam tepon pun leh naik nafsu pdhal cakap hal-hal biasa,gatai dan cemburu gilos.
.ada yang melampau tu dgn indon ke, chinese ke semua dia belasah.yang ni dah american style.

6.Suami arab yg bawa family ni,kat pasar malam dia beli durian.Makan kat situ gak,bedal sorang-sorang.Balik rumah bawa perut je,sedangkan bini dia ada kat umah.and we know his wife not allergic to durian.Bolehhh???

7.Kalau ada keraian ke apa ke,dia dok sebelah ko,tetiba je bontot dia melebihi kerusi ko.tanpa minta izin ke apa,alih-alih dok buat-buat mengesot ambil tempat duduk kita (perempuan,wife dia la).Memang kurang ajar sikit,dan anak dia walau comel ya amat tapi takde budi bahasa cam kita,main pijak kaki ko la,letak air tepi kerusi kita la,huh rasa nak panggggg je.no excuse me,i'm sorry so on and so forth.

8.Tah apa hukum dia pakai,masa bulan posa leh dok makan McD kat Genting selamba?sekeluarga lagi tu.
Pakai tudung sume dan jam kul 2 petang.bukan satu dua keluarga camtu,banyak hokeyyy.

9.Kedekut senyuman dan kurang mesra alam.Tak kira laki pompuan.Serius dan straight.

10.Suka tawar menawar tak ingat.Katakan dah murah,dia nak tawar lagi sampai boleh bertekak.sedangkan masa urusniaga dah ditetapkan harga camtu.Mungkin yang ni bukan keturunan pak arab jutawan.
sekali lembut dan mengalah dgn depa ni,memang dia cam melampau.suka desak selagi tak dapat.

Entahlah,rasa pasal tu le kekadang mat saleh ni tak leh blah dengan depa ni.Dan mat saleh tu kdgkala skeptic dgn orang islam atas unsur-unsur di atas.Bukan mat saleh je,kita ni pun kadangkala menyampah.
Bangsa tak menentukan sikap dan peribadi,bagaimana pun sedikit sebanyak ia memang mempengaruhi.
Bagaimanapun,ini hanyalah pendapat peribadi secara kasar.Tak kenal maka tak cinta,dah cinta kenalah angkut beg pi mastautin di Jordan.bolehhh?

Bagaimana pun, selayaknya arab berperangai macam tu..kalau tak satu Palestin dah jadi Yahudi.
Kerana kedegilan merekalah, tak mudah mengalah jadikan mereka pejuang agama yang tegar.
Bak kata Raja Petra Kamarudin:

-I even once joked that God sent down Islam to the Arabs because they are an extremely stubborn and quarrelsome race and hence would be able to Islamise the whole region. If Islam had been sent down to the Malays instead, the Malays would have gone to Thailand to try to Islamise the Thais but would have returned to Malaysia as Buddhists. (In other words, the Malays are too weak compared to the very ‘tough’ Arabs).
http://www.malaysia-today.net/when-religion-means-taboo/ 

Tetapi..haruslah kita semua berfikir begini:

Menyebarkan syiah melalui perkahwinan

Orang Iran cantik-cantik parasnya. Antara modus operandi mereka juga adalah melalui wanita dan lelaki Iran, seks dan perkahwinan. Mereka hantar lelaki-lelaki Iran belajar di negara kita, hidung mancung bak seludang, janggut elok, rambut cantik, setakat Sami Yusuf dan Maher Zain tidak ada apa. Siapa tidak bangga kalau dapat menantu paling handsome di kampung. Tetapi padahal mereka membawa ideologi syiah.
Di sebelah Afrika mereka menghantar perempuan-perempuan Parsi. Perempuan Parsi ini cantik, Allah berikan keindahan dan kecantikan kepada mereka sebagaimana kata Umar ketika Umar menghantar seorang lelaki di zamannya ke sana, di mana lelaki tersebut sangat kacak sampai semua orang lelaki dan perempuan terpegun melihatnya. Kemudian Umar menyuruhnya mencukur rambutnya, apabila dicukur semua rambutnya bertambah kacak, kemudian Umar menyuruhnya berhijrah ke negeri di belakang 2 sungai (Tigris dan Furat) iaitu Parsi kerana orang Parsi semuanya cantik-cantik belaka.
Itu sedikit sebanya cara mereka menyebarkan syiah. Yang paling jelas adalah mereka banyak mempopularkan ilmuan-ilmuan mereka seperti Khomeini, Hasan Nasrallah, dan sikit-sikit akan merujuk kepada Iran, mengangkat Iran sebagai negara Islam. Sedangkan negara Islam diiktiraf berdasarkan nama atau akidah?
Hal ini bukan hal yang kecil, hal ini serius. Dulu ada usaha tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin, antaranya nama-nama seperti Mustafa as-Siba’i, beliau antara tokoh terawal yang hendak taqrib (mendekatkan) Ahlus sunnah dengan Syiah. Beliau pergi duduk di Lubnan untuk beberapa tempoh, akhirnya mengaku usaha taqrib ini tidak boleh diteruskan kerana sumber agama syiah dan ahlus sunnah berlainan.
Syiah memiliki kitab hadis mereka sendiri, ahlus sunnah ada hadis kita sendiri. Syiah mengkafirkan sahabat Nabi, sedangkan kita membawa hadis dari para sahabat yang mereka kafirkan. Al Quran mereka mengandungi 17 ribu ayat, Al-Quran kita didakwa tidak cukup, ada surah-surah tertinggal. Hal ini disebut dalam kitab-kitab hadis mereka; Usulul Kaafi al-Kulaini. Al-Quran kita mengandungi 6236 ayat sedangkan Al-Quran mereka 17,000 ayat bererti Al Quran kita baru suku daripada Al Quran mereka.

-salin dari page Ustaz Fathul Bari

p/s-next post is african men,anyone interested?