Posts

Showing posts from April, 2013

Lost of my Mojo

Image
~Cinta tidak menyedari kedalamannya, sampai ada saat perpisahan  Kahiji Gibran -(Pudarnya Pesona Cleopatra,Habiburrahman El Shirazy) Kini kau tiada Senafas pun ku perlu mencuba Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga Bersendiri hidup umpama hilang erti Bagaimanakah meneruskan hayat ini Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti Tunjukkan di mana ruang hati untuknya yang masih belum kau huni? Apabila tiba waktu bersemuka Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta Dengan bayangmu di minda Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh Bersendiri masa umpama tak beralih Berapa lama lagi harus ku merintih Malam tidak berpurnama Fajar tiada kejora Aku hilang di dalam gelita kalbu Tanpa dirimu asaku mati -' 'Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia'' - M ojo-The word originally means a charm or a spell. But now its more commonly said mea

Wed Quotes

Image
~  '' Aku rasa seperti sebatang pokok kayu tanpa daun di tengah-tengah padang luas. Sepi.Sendiri, ditemani bunyian burung-burung gagak. Dan di suatu sudut padang luas itu,adalah musang berekor merah sedang memandang pohon tersebut,menanti ia tumbang '' ~  ''Kadang-kadang sejauh mana pun kita melangkah,sejauh mana pun kita pergi,walau macam mana pun akal kita cuba mencari sesuatu yang lain,kalau hati kita tetap pada sesuatu..akhirnya kita akan kembali ke situ juga '' -Aku Kan Novelis,Nurul Syahida

Novel karya Nurul Syahida

Image
Pernahkah anda membaca novel karangan Nurul Syahida? Penngarang novel Soalnya Hati,Plain Jane,Valentina Nervossa dan Akukan Novelis? Walau usia  dah nak masuk zaman gelap,namun aku masih suka baca novel. Bukan novel cinta tanpa pengisian, tetapi novel yang ringan,menghiburkan dan ada terselit falsafah sedikit. Letih okay nak baca novel yang menyesakkan otak, suspen dan novel berat. Tulisan Nurul Syahida lain dari yang lain dan unik dari novel Melayu lain, Ia ada sedikit gaya Helen Fielding dalam Bridget Jones Diary novel.-(dalam Plain jane) Selepas membaca novel Plain Jane kira-kira 3 tahun yang lalu, akhirnya aku dah tak boleh baca novel Melayu lain selain dari pengarangnya bernama Nurul Syahida. Mungkin kerana gayanya dalam tulisan lebih sarkastik dari novel biasa yang membosankan,jalan ceritanya tidak tipikal dan ada falsafah disebaliknya (dia graduan UIA) membuatkan tiada novel lain yang setara dengannya. Novel karangannya tergolong dalam 'kumpulan' lain.Ia leb

Anggaran kos kasar backpack dan itenary ke Kashmir India

Image
images google Bagi yang teringin nak backpack ke Kashmir, ini ada sedikit panduan untuk anggarkan kos kesana. Kos yang aku bentang ni adalah untuk  seorang traveler (tapi travel berdua)dan jenis backpack. Ianya bajet..tapi masih selesa untuk sesekali sewa kereta dan tinggal semalam di Houseboat yang mewah. Anggaran ni untuk sepuluh hari pengembaraan termasuk waktu perjalanan. Jika pergi travel berdua. kos menginap dibayar kongsi, begitu juga sewa kereta, jadi memang lebih jimat disitu. Dari segi makanan pun, kami dikira masih mewah dimana boleh makan direstoren pelancong dan sesekali makan bubur segera/maggi dari Malaysia. Tetapi memang beratlah sikit bila usung backpacker bag tu kesana-kemari untuk berjimat. Kami banyak juga berjalan untuk jimat kos teksi, tapi memandangkan disini ada auto, naik auto pun masih jimat lagi. Ini anggaran kasar ok, yang mana lebih kurang seringgit dua tu aku genapkan je. Dan itenary di India selama 10 hari yang mana 7 hari di Jammu dan Ka

Ole-ole dari India

Image
Bila kita dah pergi berjalan-jalan ke tempat orang ni, maka pemberian cenderahati kepada keluarga dan rakan-rakan adalah wajib. Walau duit dah nyawa-nyawa ikan dan makan pun ikat perut..tapi bila balik Malaysia tu ada je kan ayat 'hai,beli apa kat sana?..",pastu bos pulak dah approve cuti kenalah hulur pape.(cam tak ikhlas jeee). So ini adalah cenderahati yang aku sempat beli kat India aritu: 1. Kurta.- Kurta ni beli kat New Market Kolkata.Mahal jugak tau walau simple je untuk lelaki ni! Harga yang cotton biasa Rs750 (lebih kurang rm42),yang kain coklat cair tu Rupees 1250 (rm70). Ada yang kurta masih tak berjahit tu harga Rs500 (rm28).Aku beli 5 helai dah Rupees 4000 (rm221). Ni pun kira dah habis bargain tau, grrrr. Kurta India,wat pakai pi solat jumaat 2. Kashmir Shawl.Yang ni harganya IND145 (rm8) sehelai. Aku beli 20psc. Jumlah semua Rupees 2900.(rm160).Yang buat bagi kat staf pejabat,keluarga dan kawan-kawan. Mahal jugak, ikut hati nak bagi Fridge magnet j

Bhagirathi Guest House Sudder Street Kolkata

Image
Guest house ni terletak di Sudder street yang terkenal sebagai tempat backpacker berpusat di Kolkata. Ratenya dalam Rupees 800-1000 (dlm rm40-rm60). sejauh lebih kurang sejam dari airport. Biliknya ada dua katil single, attach bathroom dan selesa.  bau je buat aku pening Disini makanan halal mudah didapati..sebab ramai muslim. Juga ia dekat dgn New Market Kolkata serta banyak kedai yang beroperasi disini. Ada kedai bag,buku,pakaian, DVD,semua keperluan backpacker boleh didapati disini. nak isi register guest susah tau kt india ni..kena amik gambar,passprt dan visa discan dan semua maklumat perlu lengkap.Tapi mereka yang isi..bukan kita. Bayangkan nak guna internet pun kena tunjuk passport kt kolkata ni? malam agak meriah keadaan di sekitar penjual kurta service tak perlu bangunan kedai  Sesapa yang nak beli ole-ole boleh je beli sekitar New market. Harga sari bermula dari Rs200 (rm 12) keatas. Kurta untuk lelaki lebih mahal iaitu sekitar Rs750 (rm