Posts

Showing posts from January, 2019

Bento box/bekal minggu ini yang mudah dan senang

Image
Walau ada orang kata bekal sekolah biasa tak setaraf bento..jadi kalau nak buat bento kena la buat makanan yang banyak variety/lengkap ddengan carb, protein, sayur jeruk dll serta cantik/berseni/berhias elok-elok macam kat Jepun nun.. tapi disini sebab aku sebut bento jugak kerana dah jadi biasa. ' Bento (弁 当 bentō) adalah satu hidangan makan tengahari atau makan tengah hari yang lazim digunakan dalam masakan Jepun. Bento tradisional terdiri daripada nasi atau mi, ikan atau daging, dengan sayur-sayuran jeruk dan masak, dalam kotak. Bento tersedia di banyak tempat di seluruh Jepun, termasuk kedai serbaneka, kedai bento (弁 当 屋 bentō-ya), stesen keretapi, dan kedai serbaneka. Walau bagaimanapun, suri rumah Jepun sering menghabiskan masa dan tenaga dengan mencantikkan bekal yang disediakan dengan teliti untuk pasangan, anak, atau mereka sendiri. Bento boleh disusun secara terperinci dalam gaya yang dipanggil "kyaraben" ("bento aksara"). Kyaraben biasanya di

Bento box tahun 2019

Image
Sekolah dah dibuka dekat sebulan. Pastu mak hang tak reti lagi ke nak hapdet bento box anak-anak dalam blog. Baiklah..untuk entry ni mak hapdet bekal anak-anak bagi tahun baru yang menjadikan mak makin muda. (rupa macam mak tiri garang tapi sebenarnya I is ibu mithali) Bekal ni menu ringkas, sederhana dan takde nak hias bagai sebab anak bukan lagi darjah 1..kalau anak kecik mungkin kena hias nak bagi depa seronok makan sekarang ni.. tak hias pun memanjang kena masak sebab perut budak tengah membesar macam gorilla, kejap-kejap lapor. Jadi takyah susahkan diri, buat bekal simple sudah. Menu buat untuk sarapan satu pastu untuk lunch satu. Kalau tak sempat satu menu makan dua kali. Menu simple je anak aku nak, janji dia takyah beratur tolak menolak kat kantin sekolah untuk makan. Bila dapat beli terus loceng dah bunyi..kesian kan? masa ni anak sakit tekak dan demam jadi sebagai ibu mithali aku masak bubur untuk bekal kutiew goreng dengan roti telur campur tuna bakar s

Chabura Halal Dim Sum Hatyai

Image
Restoren ni memang terkenal dikalangan rakyat Malaysia. Menyajikan pelbagai dimsum halal dan penuh dengan manusia ketika sarapan pagi. Kedai ni ada 2 lot, kalau lot utama dah penuh dan takde meja maka kena pi lot selangnya..sebelah je cuma pilihan tak banyak macam kat lot utama tu. Masa aku pi memang kena pi lot kedua tu jadi tiram kupang tu semua takde macam kat kedai utama yang aku tengok tadi. Sini banyak dim sum, bun-bun, pau segala mak nenek seafood dan meat. Hidangan utama macam bubur nasi, nasi goreng pun semua ada. Walau sesak tapi servis pun not bad, tunggu tak lama mana. Cara nak makan kat sini, order je dulu menu utama yang nk dimakan..aku order nasi goreng seafood dan teh ais. Pastu pi kat kaunter dimsum, amik tray dan sauk semua dim sum yang ko berkenan. Bagi tray tu kt staf dia dan staf tu akan bagi nombor meja untuk kita. Nombor tu ko letak atau sangkut la kat meja ko duduk tu. Sandar kat botol kicap gena, pepandailah. Staf tu akan stim dim sum tu then hantar k