Kampung Wai Kuala Perlis tarikan eco tourism lahir dari tragedi bah

 Assalamualaikum.

Cuti raya Deepavali baru ni sekeluarga berkesempatan ke Kampung Wai Kula Perlis.

Ambil angin dan lepaking.

Signboard untuk aktiviti menyusuri bot melalui terowong 

Kampung Wai di Kuala Perlis merupakan sebuah destinasi pelancongan eco-tourism (pelancongan eko) yang semakin popular di utara Malaysia.
Tarikan Utama & Aktiviti
  • Terowong Air / Terowong Masa (Time Tunnel): Terowong banjir sepanjang 765 meter yang dibina oleh JPS susulan banjir besar 2010. Pengunjung boleh menaiki bot atau kayak menyusuri terowong unik ini yang dihiasi muzik lembut dan kelip-kelip (fireflies).
  • Aktiviti Air: Menaiki bot (dianggarkan RM25 – RM50) atau berkayak (RM10 – RM69) di sepanjang terusan berlatarbelakangkan bukit batu kapur berusia lebih 500 juta tahun
  • Gerai Makan & "Healing": Terdapat lebih daripada 20 gerai makan yang menyediakan tempat berehat dengan konsep healing sambil menikmati pemandangan alam dan matahari terbenam. 
  • Tarikan Lain: Menaiki kereta bugi (RM35), serta kawasan bergambar bertema Jurassic World dan Mini Grand Canyon.

  • Segalanya bermula daripada satu tragedi.

    Banjir besar yang melanda negeri Perlis pada 2010 telah menenggelamkan hampir separuh daripada negeri ini, menyebabkan lebih 63,000 penduduk terjejas dan kerugian mencecah RM200 juta ($66.69).

  • Tragedi itu mendorong pembinaan Terusan Lencongan Banjir Barat (LBB) Timah Tasoh oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sepanjang 22.8 kilometer.

    Antara komponen utama projek ini ialah sebuah terowong sepanjang 765 meter yang menembusi Banjaran Nakawan dan berakhir di Kuala Perlis.

    Namun, siapa sangka, terowong banjir ini akhirnya menjadi tarikan pelancongan luar biasa apabila dijadikan laluan berkayak dan bot menyusuri bukit batu kapur yang berusia lebih 500 juta tahun, dikelilingi kehijauan air dan flora tropika yang asli.

    Terowong yang ditembusi jentera berat suatu ketika dahulu, kini dipenuhi gelak tawa pengunjung dan pancaran lampu yang menggamit rasa kagum. 

  • Aktiviti utama yang ditawarkan di Kampung Wai ialah berkayak melalui terowong yang kini dikenali sebagai Time Tunnel, terowong air terpanjang di Malaysia.

  • Pengalaman ini bukan sekadar kayuhan biasa tetapi merupakan satu pengembaraan visual dan emosi.

    Terowong yang sunyi dan bergema itu dihiasi lampu berwarna-warni dan lagu iringan menjadikan perjalanan seakan-akan berada dalam dunia animasi Disney.

    Sebaik keluar dari terowong, kita akan disambut oleh kawasan yang digelar ‘Jurassic World’, iaitu hutan semula jadi yang masih belum terusik lengkap dengan bunyi burung, monyet dan rumah lama misteri.

    Di bahagian ini juga terdapat tebing batu kapur menjulang yang menyerupai Grand Canyon, lalu dinamakan pengunjung sebagai Mini Grand Canyon Perlis.

Jalan masuk one way dan jem kalo cuti

Ni la terusan banjir 3km

Ada aktiviti kaya, naik bot dan naik beca motor tu

bot

Bugi

Harga RM35 sekali pusing boleh naik la 4-5 org

Terowong nyaa

Aktiviti kayuh reramai

Latar belakang gua batu kapur 500 juta tahun

Ada kiosk kopi

tempat healing

Kempen penghijauan

Bugi yang guna motor yang dihias

Piknik petang bawak KFC dan nasi lemak/kuih

Siap bawa kerusi n meja healing

Lepak tepi canal ni

purple day

Lawa view sini

Cuti sekolah or public holiday dan weekend memang sesak jugak

Nak dekat sunset dah masa ni

Info:

https://www.beritaharian.sg/gaya-hidup/berdamai-alam-di-kampung-wai-perlis

Oktober mendatang dan peralihan monsun

 Assalamualaikum Oktober.

Hi semua blogger. 

Dan pembaca blogger. 

Cuaca memasuki peralihan monsun bulan Oktober ni dan petang di sertai hujan dan ribut petir. Memang ada tempat yang dah banjir kilat. Cuaca pepagi memang sejuk dalam 23 darjah celcius. Syok tarik selimut. Nasib kena kerja klu tak kemang keja tido jeee.

Blog pun sendu sikit sekarang..tak rancak macam dulu.

Rasanya geng GenZ dah tak baca blog kot..yg masih ada maybe GenX dan Millenia.

Tahun 2026 masih ramai kah yang aktif menulis atau dah bertukar jadi silent reader sahaja?

Menulis blog ni sebenarnya adalah terapi..dulu orang tulis blog untuk jana income..tapi bagi yang memang suka dan minat menulis, blog adalah sesuatu yang mampu divert kita from stress. 

Dengan syarat jangan harap apa-apa return kecuali curahan perasaan dan sharing medium.

Kitonya dah blogging lama.

Lagipun banyaknya kenangan dalam blog ni dari anak-anak kecik sampai dah bekerja.

Blog since August 2010. 16 years.. 16 years typing my heart out.

Dari post pasal kehidupan, kerjaya, travel, family dan daily updates.

So whats up October? .Jom tengok

Rainy days call for blankets and books

Hujan almost everyday in the end of October

Jalan menuju kejayaan brisk walk ..dapat 5km alhamdulillah

View Gunung Medan Kangar

Briskwalk di Kompleks Sukan Kangar bila ada peluang

Briskwalk awal October

Sanah helwah kakanda tersayang pada 5 Oktober

Dinner kt kedai viral tiktok Daud Grill

Hadiah serba sederhana

Semoga dipanjangkan usia, murah rezeki diberi kesihatan dan dipermudahkan urusan dunia akhirat dlm rahmatNYA

Sukiya platter RM 17 ada daging, tomato, timun, salad, brokoli, carrot dan sos

Yang di order-Sang kaya, Chicken grill mushroom, ayam penyet, fish n cips, sukiya platter

Nasi goereng seafood pn ada

Chicken grill

Fish n cips

Muka bahagia dpt mkn

Order banyak bagi puas makan..total dalam RM71. Tak termasuk Nasi Goreng Seafood dari kedai Tomyam sebelah.

Hadiah jambangan bunga dan duit, smart watch Huawei dan dinner 

The other day keluar dgn Geng Onar lunch date sb ada bestie keluar keta baru
Mix salad-boiled brocolli, salmon, carrot with egg
                                                
Kekadang dinner mkn berdua dgn hubby-ni la kata empty nest syndrome

Kucing eldest..kita la terpaksa jaga sb tuan dia seberang laut China selatan

Hadiah utk bff..bunga sabun

Birthday Hubs 20.10.26..yang ke-??

Bagi money bouquet je la sng

Masak paprik dan goreng karipap untuk staf kat kedai dia lunch..sbg tanda kesyukuran hari lahir dia

Paprik ayam

Dapat berzumba pagi tu dgn kwn-kwn

Tarikh 20 Oktober tu jugak ada dinner tema Retro night

Pakai dress polka dot navy blue..beli headband polka dot dan simple je

Dgn BFF

Team office

Team gegirl

Team pejabat dapat hadiah team paling sporting

Kita hepi-hepi je mlm ni dgn kengkawan

Menu malam tu nasi biryani, lauk-pauk dan dessert

Ada gak kambing golek

Dessert counter

Dengan emcee

Sunglasess cat eyes dgn clutch silver

Ai mode

Alhamdulillah semua dapat hepi dan enjoy malam tu

Brisk walk hujung Oktober..dpt 5km

Sekarang ada rasa sakit-sakit badan dan mengah jgk kalo brisk walk lelama

Dating berdua saja..birthday boy nak makan nasi kandar je

Busy kerja non stop kt kedai takde cuti langsung..malam je boleh luangkan masa dinner

Sesekali keluar lunch dengan bff

Ikan berlado, telur dadar..makan lauk simple mcm ni dah nikmat

Nasi campur bff..gulai daging rebung, sup sayur bebola, sayur kobis/kangkung

Ngopi dgn birthday boy lagi

Order Bawal Gepuk kat Kayu Kitchen

Jalan redup pagi hari semasa brisk walk

The other day brisk walk dgn kekawan

Dgn student sekali

Cuaca redup elokk

Bff dari tahun 2010..bersama susah senang

Gloomy days..alhamdulillah for today

Jalan menuju 5km

Semua pepohon dan pepokok hijau dapat hujan yang berlebihan

Apps Mi Fitness rekod 5.08 km

Selesai cabaran Oktober group Brisk walk Malaysia dgn 292,548 steps .. cabaran cuma 130,000 steps sahaja