Showing posts with label Resepi dan masakan. Show all posts
Showing posts with label Resepi dan masakan. Show all posts

PKP fasa ke-3 masak seaadanya dan tukar beras rebus Jati (parboiled rice) untuk kesihatan

Salam gais.

PKP fasa ke-3 sedang berjalan. Walau jemu dok umah pun pasrah je la kan.
Dalam tempoh ni jugak Mak cuba kekalkan senaman brisk walk at least 30 minit sehari..dan tukar beras putih ke beras parboiled (beras rebus).

Semuanya sebab takut diabetes atau gula naik. Last year check dia macam border so cubalah sikit ubah gaya hidup.
Parboiled rice ni rendah glisemik index..nak tau  lanjut Google la ye.

Mak beli beras parboiled jenama Jati ..harga beras ni tak banyak beza dengan beras biasa.. Rm19 utk 5kg . Warna beras ni keruh..bila masak kena lebihkan air. Then rasanya ok dan memang terasa kenyang lepas makan tu walau semangkuk je nasi..sebab serat tinggi.

Nasi yang ditanak jadi kurang melekit macam nasi putih biasa. Sebenarnya nak juga beli basmathi tapi mahal jugak sebab bila satu keluarga nak makan nasi setiap hari..memang terasa sikit. Lagipun beras rebus ni lagi rendah GI daripada basmathi.
(Bab beli beras ko kemain kedekut dan berkira ye..beli ticket flight tak berkira pulak..ciss dasar kutu rayau)

Jom tengok apakah yang dimasak tu..masak seaadanya dan jangan membazir ok.

Kemaskini Jun 2020- Selepas amalkan beras rebus dah 3 bulan, berat turun 3 kg lebih ya. Berkesan tukar beras ni bagi aku..berbaloi dengan harga dan brisk walk tiap hari setengah jam tu membantu.
Kebaikan beras rebus..tinggi serat. Rendah GI..kaya vitamin

Maksud GI 


Sedikit info pasal GI

Ni la rupa parboiled rice..warna keruh..bila masak bentuk sedikit bulat  dan sebiji sebiji

Ni la GI utk jenis beras .parboiled ni paling rendah.aku screenshot je dr Google
Mak guna jati parboiled rice.

ini lah sepinggan kebahagianku..sehari makan sekali nasi. Nasi beras rebus jati, ikan tenggiri bakar dan sayur sawi goreng.

Ini nasi beras rebus ni..Makan dgn sambal sotong petai .perghhh

Jadilah dapat sotong kecik pun buat sambal petai

Nasi dgn asam pedas ikan kembung gemok Serta kangkung goreng


Ni beras parboiled yang dimasak nasi goreng..sedap jugak

Asam pedas

Kangkung goreng belacan

Lauk feveret Kat rumah ni

Kudapan Masa pkp sambil layan movie. Kacang kuda pedas

Masak spaghetti meatball bila dah boring makan nasi

Dapat makan marry brown time pkp ni pun terasa besar rahmat

Terasa ayam goreng marry brown lagi sedap dari KFC pulak


dapur yang sentiasa basah


dapur yang banyak jasa


MCO second phase..bertabahlah memasak ye

Dah masuk fasa kedua Perintah Kawalan Pengerakan (PKP/MCO).

Dah letih rasa duduk rumah tapi bertabahlah untuk beberapa hari/minggu lagi ya selepas dilanjutkan.
Baru ko tahu kan nikmat pergi Mr DIY, Eco shop dan sedih woii tengok kedai tu ditutup.

Gaji dapat tapi nk menghabihkan duitnya tak berjaya. Beli online pun berkurun baru nk sampai. Lepas ni aku memang lepas geram shopping macam mak datin..makan kt kafe hipster tiap kali lunch dan sapa kata wang boleh beli segalanya.
Dulu orang kata gitu ko cebik bibirkan. Tak rasa lagi dok di Gaza kekdahnya.
Hmm..nikmat yang mana nak didustakan selama ni.

Jadi enjoy dengan apa yang ada, masak dengan apa yang tersedia dan syukur walau apapun yang harus diharungi.


Jadi menu apa yang dimasak tu?? masihkah ada kesedaran untuk makan berhemah itu?

buaat la jugak dalgona yg viral itu


mihun goreng..air lemon

minum petang karipap/samosa

nasi lemak
Nasi goreng. Telur dadar cmpur bayam Brazil Dan ayam goreng..tak berhemah pun kn
Masalahnya kalau dpt sambal udang petai ni..punah diet

Sedapnyaaaaa

Syukuri nikmat masih dpt bernafas,masih dpt bangun pagi melihat kecantikan sekeliling..

kawasan rumah
musim bunga

stress ni tengok pokok lega la hati..pokok kesum

bayam brazil yang subur dgn mint leaf sepasu

pokok kunyit

belalai gajah

Dok umh ni buat la aktiviti yg menimbulkn kepuasan..cth ni kemas ruang solat..kemas dan susun  benda yg tak sempat tgk ms asik bekerja tu
Tempat tumpuan 24 jam kecuali masa tido

Cubaan makan berhemah sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pengerakan

Assalamualaikum semua.

Nampaknya pandemic Covid-19 semakin merisaukan kita semua.
Kesian, sedih, geram dan terharu bila baca semua kisah mangsa, barisan hadapan staff yang bertugas dan marah dengan sikap tak endah rakyat.

Itulah sikap manusia yang diluar kawalan kita. Yang kita mampu lakukan hanya berdoa agar semua ni cepat berlalu.. dan buat yang sepatutnya sebagai pencegahan.

Oklah bila dah stay kt rumah ni memang asik masuk dapur je. Jadi Mak cuba tanamkan azam nak eat clean sepanjang tempoh isolate nih. Sebab waktu kerja tentu beli makanan yang sedap.. dah tak tahan godaan kawn-kawan ajak lunch date tu.

Cuba makan nasi semangkuk sekali je sehari. Kurangkan makan bila dah tua ni.

Dok rumah ni sebab malas bolehlah nak masak yang mudah. Jom tengok.

Barulah insaf bila merasa nikmatnya dapat jejak kaki ke pasar yang selama ni Kita take for granted..nikmat kebebasan bergerak. enjoy the little things guys..benda kecik macam dapat pilih sayur/ikan dipasar pn dh rasa bersyukur sekarang

Seronok tgk sayur

Beli ikan buat stok seminggu


Kulihat hijau
Antara sayur pilihan
Masak ikan/ayam bakar

Ni lauk eat clean nya hehe

Sotong kunyit Dan ayam bakar lagi..air lemon jgn lupa

Salad dgn ikan tongkol bakar

Yang ni Tak bopa clean..Kari daging dgn sayur sawi/kobis goreng

Ptg minum lemon tea dgn sepotong marble kek

Lemon tea

Pastikn minum apple cider vinegar tiap pagi

Breakfast roti . wholemeal dah habis pulak..terpaksa guna white bread

Pastu lyn movie non stop..ingat nak exercise ye dak..idok le

Bukan nak kurus buat semua ni..tapi untuk kesihatan.Rasa kena beli basmathi jugak lepas ni.