Pengalaman buat Intermittent Fasting (IF) 16 jam, 20 jam ,24 jam dan 40 jam berkesan cegah diabetes dan turunkan berat badan

Salam Ogos semua. Sebenarnya malas nak habiskan entry travel ke Chiang Rai aritu. Mood travel dah ke laut dengan Covid-19 nih. Ni first time buat entry baru sejak blogger interface dah berubah wajah..rasa kekok la sikit kan. Ok, jom cerita pasal Intermittent Fasting (IF) ni. IF ni adalah diet yang tengah trend seantero dunia selain Keto diet, popular di Malaysia tambahan sejak Lisa Surihani pun amalkannya. IF ni adalah puasa berselang-seli atau bersela yang kita boleh minum air tanpa kalori (air kosong, black tea/green tea tanpa gula) semasa berpuasa. Kalo puasa sunat tu dry fast yang ni air boleh minum. Ada pelbagai jenis cara buat IF ni..antaranya: - 12 jam makan/12 jam puasa . Stop makan pukul 8 mlm..esok pagi pukul 8 pagi baru buka puasa. Paling senang nak buat dan paling singkat. - 16 jam puasa/8 jam boleh makan- Leagains method - 18 jam puasa/ 6 jam makan- Fasting within a daily window - 23 jam puasa/1 jam makan (satu hidangan sehari/One meal a day (OMAD)-eat stop eat - 5-2 Al