Showing posts with label Backpack to Kashmir. Show all posts
Showing posts with label Backpack to Kashmir. Show all posts

Anggaran kos kasar backpack dan itenary ke Kashmir India

images google


Bagi yang teringin nak backpack ke Kashmir, ini ada sedikit panduan untuk anggarkan kos kesana.
Kos yang aku bentang ni adalah untuk  seorang traveler (tapi travel berdua)dan jenis backpack. Ianya bajet..tapi masih selesa untuk sesekali sewa kereta dan tinggal semalam di Houseboat yang mewah. Anggaran ni untuk sepuluh hari pengembaraan termasuk waktu perjalanan.
Jika pergi travel berdua. kos menginap dibayar kongsi, begitu juga sewa kereta, jadi memang lebih jimat disitu.

Dari segi makanan pun, kami dikira masih mewah dimana boleh makan direstoren pelancong dan sesekali makan bubur segera/maggi dari Malaysia.
Tetapi memang beratlah sikit bila usung backpacker bag tu kesana-kemari untuk berjimat. Kami banyak juga berjalan untuk jimat kos teksi, tapi memandangkan disini ada auto, naik auto pun masih jimat lagi. Ini anggaran kasar ok, yang mana lebih kurang seringgit dua tu aku genapkan je.
Dan itenary di India selama 10 hari yang mana 7 hari di Jammu dan Kashmir. 3 hari di Kolkata.

keindahan Pahalgam
Itenari Kashmir adalah di hujung bulan March, awal bulan April dan musim bunga.
Cuaca masih sejuk terutama di kawasan pergunungan iaitu Pahalgam dan Gulmarg. Masih bersalji.

Day 1- Night in Kolkata
KL - Kolkata (tido di airport Kolkatta untuk catch flight pagi esok ke Srinagar)

Day 2- 5  (3 days 2 night in Pahalgam)
Kolkata - New Delhi- Srinagar (4 jam)
Srinagar ke Pahalgam (3 jam dengan prepaid kupon taxi)
Menginap di Pahalgam Beach House - 3 hari 2 malam
Pahalgam sighseeing, shoping dll
Baisaran Peak tour - naik poney
Lidder River

Day 5-6 ( 6 days 5 nights in Srinagar)
Check-out dari Pahalgam
Pahalgam - Anantag - Srinagar (naik sumo tata)
Tour ke Shalimar Garden,  Tulip Garden
Check in hotel di Rajbagh, Srinagar (3 hari 2 malam)
Tour ke Gulmarg -whole day main ski

 Day 7 (Dal Lake Srinagar)
Check-out Rajbagh hotel, check in di House boat di Dal Lake (2 hari 1 malam)
Dal Lake boat tour, shikara ride

Day 8  ( Srinagar)
Check-out House boat, check in Hamburg Hotel di  Boulevard Road Srinagar (2 hari 1 malam)
Pari Mahal Tour
Hazratbal shire dan Jamia mosque

Day 9-10
Check-out Hamburg Hotel
Flight Srinagar - New Delhi - Kolkata
Bermalam di Kolkata (sudder street utk 3 hari 2 malam)
New market
Kolkata Tour

Dan kos adalah seperti berikut:

Kos penerbangan- RM1800
Kos penginapan,makan dan lain-lain- RM1000
Visa- RM200
Jumlah keseluruhan= RM3000

kos purata penginapan semalam- Rs800 (rm40)
Kos purata makan seorang- Rs100-200 (rm5-10)
Kos pengangkutan- auto rs50 (rm3) untuk 1-2 km
Houseboat- Rs1000-2000 (rm50-100)
Shikara ride- Rs300 sejam (rm16)

Pengangkutan:
Taxi kupon from Srinagar to Pahalgam 96km  =Rs2100  (rm116) ,one way
Sumo Tata share Srinagar- Anantnag- Pahalgam 57km = Rs300  (rm16) ,one way
Kereta sewa Srinagar-Gulmarg = Rs1500-2000  (rm80-110)

Jumlah kesemua hanya RM3000. Aku tukar duit RM1400, dapat Rupees 24,000.

Dan aku spend untuk souvenir lebih kurang Rm500. jadi aku guna untuk belanja disana hanya Rm500 jek.
So kalo tukar Rm1000 pun dah cukup buat belanja 10 hari disana. Sebab bila pool duit dengan travelmate, poolkan sebanyak IND rupees10,000 (rm550), memang dah cukup.
Ingat, kos penerbangan tu jika tempah awal boleh dapat murah lagi,mungkin sampai Rm1400 (AirAsia, Indigo Airlines) menerusi connecting flight. Aku tempah melalui website http://www.makemytrip.com/

Dan jika anda backpacker tegar yang betul-betul bajet, maka mungkin belanja anda disana hanya Rm500. Bila anda sanggup naik bas,makan makanan segera dan sekadar alas perut.
Kos penginapan disini hanya dalam Rm40 saja..cari kawasan yang bukan tourist spot..,Rajbagh area is good choice..masih dalam bandar. Dan untuk masuk ke taman, tempat bersejarah disini masih dikira murah.

Makan berdua direstoren selalunya bil dalam rupees 300-400 (rm15-22). Kalau rs500 tu (rm27) tu kira dah mewah,siap beriani (big portion, boleh tapau utk dinner) dan air segala. Memang puas hati. Malah kami masa nak balik tu,ehh pesal duit banyak lagi ni?? Cuma ko jangan la baik hati sangat takde tawar menawar langsung. Sebab biasalah bila depa tengok kita orang luar,mula la nak sembelih tapi kita bargain la sikit dari segi pengangkutan,penginapan dan cenderahati.
tu yang pergi perabis beli cenderahati. India masih murah..boleh kalo nak travel lelama pun sebab kos hotel masih rendah.

Yang mana risau soal keselamatan tu,jangan ragu-ragu. Kashmir selamat, ramai tentera yang berjaga juga beerti orang takut nak buat jenayah. Ramai yang datang bawa family kesini.
So, jika nak pergi, teruskan niat tu. Dimana pun kita berada kalau sentiasa alert dan berhati-hati,insyallah.

Update: AA dah buat flight KL-Delhi..jadi takyah turun Kolkata dah..direct terus ke Delhi.


Backpack Kashmir- Day 7..hari terakhir di Srinagar


segembala kambing di kaki gunung


basuh winter coat dalam awal musim bunga


Hari terakhir di Kashmir.Penerbangan ke Delhi- Kolkata- KL jam 11.10 pagi dengan Indigo Airlines.
Jam 8.30 pagi dah keluar ke airport.. disambut hujan renyai-renyai membasahi bumi. Dal Lake kelam dan berkabus. Sayu hati melangkah meninggalkan bumi Kashmir ni..dan berhasrat untuk kembali bermain ski dimasa depan semasa musim sejuk..cam duit banyak..
Memang hati terasa sangat tenang dengan keindahan bumi kashmir ni. Adalah sangat tidak adil tanah seindah syurga ini hanya dilawati sedikit pelancong kerana pergolakan.

Hari terakhir kami menginap di Hamburg Hotel, iaitu dalam kawasan Dal Gate.Kawasan ni bertentang Boulevard Road yang merupakan kawasan tumpuan. Kawasan ni adalah tempat mudah mencari restoren, internet cafe dan terdapat banyak guest house disini. Ratenya lebih tinggi daripada guest house di Rajbagh.
Hamburg Hotel berkadar Rs1000/night (rm50-60) dan bilik hotel sangat memuaskan. Hanya di manage oleh jejaka-jejaka dan kacak yang ramah dan terdapat 10 bilik disini.
Kami hanya menyewa auto ke lapangan terbang dan dicaj Rs300.

Boulevard road Srinagar

ni area boulevard..byk bajet hotel kwsn ni

Bila sampai di pondok pemeriksaan tentera,harus berjalan ke sendiri kerana auto tidak boleh memasuki kawasan ini. Kereta boleh tetapi perlu menunggu.
Untuk masuk ke airport terdapat 3 lapisan keselamatan. Oleh itu, keluar awal sebelum 2-3 jam penerbangan memang sangat perlu. Lapisan pertama adalah diluar airport iaitu sejauh lebih kurang 400m lagi ke airport.

Kemudian setelah discan beg dan badan,masuk ke airport dengan menunjukkan tiket@pass flight. Dipintu airport pula, sekali lagi pemeriksaan dibuat. Setelah memasuki airport, pelancong luar perlu mengisi borang tourist departure dikaunter. Kemudian timbang beg dan baggage drop di syarikat airlines. Pada ketika ini boleh makan dan minum dulu di kafe atau berehat.
Kemudian,sebelum memasuki boarding gate, sekali lagi pemeriksaan keselamatan dibuat.Yang ini lebih ketat dan semua barang dalam hand luggage perlu dikeluarkan, sama ada sezarah habuk dan pefume. Aku lak masuk perfume dlm hand luggage, so staf imigresen tu suruh aku pakai perfume tu depan dia..utk buktikan ia bkn bahan berbahaya.
So,pakai je la. Kali ni abis semua badan kena raba dan bra-bra semua dia picit (bukan 18sx..sekadar peringatan).
Lepas abis tu, kena g check laptop dan dapatkan cop verify laptop kita dah selamat utk bawa dlm flight. Kamera aku pun dia buka dan check. Buka dan tengok..bukan check satu-satu gambar.

Delhi airport..kena naik shuttle bas ke aircraft
Selepas selesai semua pemeriksaan badan, sila pergi sahkan baggage yang kita drop di kaunter flight tadi (baggage identification). Dia akan minta kita tunjuk bag kita dan pastu pangkah kat bag kita kemudian bag tu akn dihantar ke cargo nanti.
Dah selesai semua tunggu ke untuk boarding gate.
Memang kawalan kastam sangat ketat di India, berbeza di Malaysia. Dan TAMBAH ketat lagi di Kashmir.
Kat airport ni,gambar tak dibenarkan ambil ye. Dari kita arrive atau masa depart.


srinagar airport
dlm Indigo aircraft
Jam 11 pagi..kapal terbang pun berlepas. Dari atas,sayup terlihat ladang mustard yang kekuningan..dan rumah-rumah yang semakin mengecil. Gunung ganang yang gagah dilitupi salji.

laluan terakhir disini..laluan dari Dal Gate guesthouse

penjual buah-buahan kashmir..epal kashmir berwarna kuning,orennya sangat manis.

keadaan bandar kecil Srinagar

tipikal roti kashmir.

biskut kashmir,sedap..ada rasa kelapa dan manis
Kashmir meninggalkan seribu kenangan..insyallah jika ada rezeki aku pasti akan menjengah lagi.
Moga-moga bumi seindah ini akan bertambah aman dan makmur. Semoga nasib umat Islam di sini akan terbela dan syiar islam akan makin menyinar. Ada cerita Kashmir yang kita akan dapat bila berkongsi dengan penduduk tempatan-tentang pergolakan,keganasan dan tindakan ketenteraan India, namun setiap warga kashmir ada pandangan tersendiri. Ada yang ingin merdeka sebagai sebuah negara,ada yang masih merasakan Kashmir tidak mampu lagi berdiri sendiri dan masih perlu berada di bawah India bukannya Pakistan, dan ada pula yang tak ingin mengakui bahawa India adalah mereka. Satu-satunya sebab mereka menyokong pakistan dalam kriket match pun,adalah kerana mereka seagama. Dan bila tau kita islam,mereka sangat teruja berjumpa dengan insan seagama. Betapa mereka menghargai ikatan seagama, kita  pun mungkin patut begitu.

kerutan wajah 

Mereka ada cerita pahit dan sedih sepanjang menempuh pergolakan di tempat berpijak. Betapa bersyukurnya kita lahir di bumi Malaysia yang serba aman. Insaf seketika melihat perjuangan hidup penduduk disini. Di mana survival adalah prinsip hidup utama.
Setiap orang berjuang untuk meneruskan hidup hari demi hari,mungkin di intip oleh perisik-perisik,siapa tahu? namun,mereka tetap menikmati hidup seadaanya..mencuri waktu senggang bermain kriket ditengah jalan laluan tepi masjid. Menghirup teh panas ditengah kesejukan pagi membeku.
sekolah kashmir
anak-anak kashmir

Jika diperhatikan, wajah mereka lebih tua dari usia sebenar. Kerana musim dan suhu sejuk yang mengeringkan dan mengecutkan kulit salah satunya..namun yang pasti kelangsungan hidup yang mencengkam dibawah tekanan keselamatan juga penyebabnya. Mereka memang teramat kacak/cantik meniti usia remaja,20-an,30-an namun menjelang 40-an,ia memakan sebahagian dari mereka dengan rakus. Kerut dan kedut muncul begitu dalam dan jelas.Itu adalah pemerhatian aku.
Kaum lelaki masih mendominasi kerja dan perniagaan dihotel, kedai-kedai dari semua segi.

Sekolah ada yang masih berumahkan teres dua tingkat, masih banyak pembinaan infrastruktur sedang dijalankan disini. Mereka sedang membangun. Namun anehnya dibalik semua itu,jarang sangat ternampak pengemis di lorong-lorong. Tiada kanak-kanak datang minta duit tepi jalan.Tiada yang menggendong anak menadah tangan merayu simpati. Yang ada hanya seorang dua warga emas duduk ditepi masjid lama menadah tangan. Itu sahaja.Tiada yang homeless disini..yang setakat aku lihat. Memang sepanjang backpack kesini selama 7 hari,aku amat berpuas hati. Cantik buminya bagai dikisahkan.
Maruah mereka diletakkan ditempat teratas.
Selamat tinggal Kashmir, ada kesempatan kita bersua lagi.
generasi masa hadapan Kashmir


Pahalgam

keindahan tulip di banjaran 

Backpack Kashmir-Day 6-Jamia Mosque,Hazratbal Shrine and Pari Mahal

Pari Mahal
Hari ke-6 di Kashmir. Nak pergi Sonmarg tapi bajet dah lari. So lepak je kat Srinagar ni..melawat Pari Mahal, Jamia Mosque dan Hazratbal Shrine. Pari Mahal ni ada 7 tingkat..penat woo nak panjat.Ia merupakan tapak arkeologi yang mana dulunya adalah tempat pemerhatian astronomi/astrologi  semasa zaman kerajaan Mungal.

images-google

Jamia Mosque..banyak burung merpati disini.Mempunya 4 penjuru kubah dan ditengah-tengah adalah  kolam ambil air sembahyang.

Dari Pari Mahal boleh nampak semua permandangan tasik Dal dan Srinagar
Kami menggunakan auto untuk kesemua tempat ni..murah dan mudah.Rs700 je, siap pakcik auto tu tunggu lama semasa kami di Pari Mahal. Jalan di Srinagar adalah sibuk dan hon memang bising. Di Pari Mahal, kami je 2 org yang dtg naik auto, sebab teruk juga nak panjat bukit.Yang lain semua datang dgn kereta. Tapi pakcik auto tu sangat sporting..boleh je guna auto dia naik bukit tu.
mudah dan murah dgn Auto ni

Di Pari Mahal , ramai pasangan sedang dating..macam zaman dulu-dulu,dating kat Taman Bunga. Patut la kat area Srinagar tak pernah tengok lagi tengok couple Kashmir berdating..rupanya port mereka adalah Taman..romantik abis.Tiket masuk kesini dalam Rs10 je.
Masa ni, Hazratbal Shrine sedang dalam baikpulih..dom dia dah pecah. Kamera aku pula tertinggal dalam kapalterbang Indigo..so takde gambar yang banyak boleh kongsi. Dari sini pun ada shikara yang boleh dinaiki. Upah shikara sejam adalah Rs300 (rm15). Disini juga banyak burung merpati dan tentera yang berjaga.
Memang terasa sedih sangat-sangat sebab dalam tu semua gambar di Kashmir tersimpan..adeh la...nangis air mata darah pun tak guna.
Itulah cabaran terhebat dalam backpack ni..mau sakit jiwa dibuatnya.


Backpack ke Kashmir-Day 5-Houseboat dan Dal Lake

Tasik Dal dan deretan Houseboat
Kashmir..bumi yang mempunyai kecantikan bak syurga..dikelilingi taman dan tasik Dal. Srinagar diasaskan oleh Asoka, pernah diperintah oleh pemerintah Hindu dan akhirnya menjadi tempat kegemaran Kerajaan Mogul. Ketika pemerintahan kerajaan Mogul inilah, keindahannya ditambah dengan pokok chinar, willow,taman-taman diraja serta lanskapnya berkembang menerusi unsur-unsur Parsi yang merupakan keturunan Mogul.
Ia telah menarik penyair, penyajak, pengukir dan pecinta seni kraf bertapak disini dek kerana keindahannya yang mampu memberi ilham. Kerana itu ramai tukang-tukang seni yang menetap disini.
tasik sebagai penjana ekonomi tempatan

tasik dal dan ikonnya


hasil seni

Dal Lake terkenal kerana penginapan rumah atas airnya,dan merupakan ikon Kashmir. Ia mempunyai 2-5 bilik, dilengkapi bilik air setiap bilik dan water heater.
Ia dihampari karpet mewah parsi, ukiran kayu walnut sebagai hiasan dinding dan mempunyai butler yang melayan tetamu sepanjang penginapan. Houseboat wujud kerana pada zaman kolonial, pihak ekspatriat seperti British tak dibenarkan membeli tanah tempatan, jadi mereka yang suka sangat dengan bumi syurga ini mencipta houseboat agar mereka masih boleh menikmati keindahan Kashmir seolah berada dirumah atau dihotel. Dan boleh tinggal selama mana yang mereka inginkan.

Tasik Dal
shikara ride at hazratbal shrine
Houseboat di tasik Dal

Lanskap semulajadi Kashmir


Kami bermalam di Coronation HB..rate Rs2000 semalam.(rm100), untuk merasa tidur dalam HB semalam walau mahal bagi bajet backpaker seperti kami.

HB ni terletak di Gate 3, Boulevard road yang terkenal sebagai pusat pelancong. Kalo nak HB yang murah, boleh pilih kawasan HB di Jhelum River..tapi agak usang dan tak happening kawasannya. Untuk reach HB ni kena melalui shikara. So kalo dh check-in Hb,baik dok diam-diam dan makan je di HB tu.

Sebab nanti kena bayar kat Shikara guy tu bila nk kesana kemari. Dan disini juga memberi tip adalah satu kewajipan. Sama ada kepada budak jaga bilik hotel kita tu ke,teksi ke..memang dah jd tabiat depa.
Ada juga floating market disini.Penjual bunga, shawl dan saffron akan menghampiri shiraka untuk jualan.





Bilik di HB..penuh ukiran dari kayu walnut
Butler houseboat
shikara
makanan atas houseboat
Ruang tamu Hb...sangat mewah ukiran
Rate Hb boleh mencecah Rs4000 semasa peak season..iaitu May-September.