Posts

Showing posts from April, 2020

Ramadhan 1441H yang luar biasa dan menu seaadanya

Image
Marhaban ya Ramadhan dan selamat berpuasa. Berikan kami keberkatanmu.. Ramadhan tiba jua dalam segala kemelut dan kekalutan manusia. Dalam perang menentang musuh tersembunyi, ia tetap tiba dengan keadaan yang sama sekali berbeza dan tidak pernah kita bayangkan. Dengan pkpnya..sedih melihat tiada yang berpusu-pusu ke masjid berjemaah terawih..tanpa kemeriahan bazarnya...tidak boleh pulang bersama keluarga..maka kita pun terpaksa berkuarantin dah sebulan lebih ..hilang nikmat berborong juadah dibazar..hilang kepuasan nak cuci mata belek tudung/baju raya dan jadi takde mood nak buat persiapan raya. Namun keberkatan dan kemuliaan Ramadhan tetap seluas  lautan dan setinggi  bintang dilangit walau apapun situasi manusia. Banyak keinsafan yang Mak dapat dalam keadaan Ramadhan kali ni..kurangnya pembaziran dan sesungguhnya tiada apa yang terlalu penting sebenarnya..dunia hanya pinjaman sementara. Tiada yang kekal dengan kehendakNya dan hanya Allah swt tempat kita bergantung.

PKP fasa ke-3 masak seaadanya dan tukar beras rebus Jati (parboiled rice) untuk kesihatan

Image
Salam gais. PKP fasa ke-3 sedang berjalan. Walau jemu dok umah pun pasrah je la kan. Dalam tempoh ni jugak Mak cuba kekalkan senaman brisk walk at least 30 minit sehari..dan tukar beras putih ke beras parboiled (beras rebus). Semuanya sebab takut diabetes atau gula naik. Last year check dia macam border so cubalah sikit ubah gaya hidup. Parboiled rice ni rendah glisemik index..nak tau  lanjut Google la ye. Mak beli beras parboiled jenama Jati ..harga beras ni tak banyak beza dengan beras biasa.. Rm19 utk 5kg . Warna beras ni keruh..bila masak kena lebihkan air. Then rasanya ok dan memang terasa kenyang lepas makan tu walau semangkuk je nasi..sebab serat tinggi. Nasi yang ditanak jadi kurang melekit macam nasi putih biasa. Sebenarnya nak juga beli basmathi tapi mahal jugak sebab bila satu keluarga nak makan nasi setiap hari..memang terasa sikit. Lagipun beras rebus ni lagi rendah GI daripada basmathi. (Bab beli beras ko kemain kedekut dan berkira ye..beli ticket flight tak

MCO second phase..bertabahlah memasak ye

Image
Dah masuk fasa kedua Perintah Kawalan Pengerakan (PKP/MCO). Dah letih rasa duduk rumah tapi bertabahlah untuk beberapa hari/minggu lagi ya selepas dilanjutkan. Baru ko tahu kan nikmat pergi Mr DIY, Eco shop dan sedih woii tengok kedai tu ditutup. Gaji dapat tapi nk menghabihkan duitnya tak berjaya. Beli online pun berkurun baru nk sampai. Lepas ni aku memang lepas geram shopping macam mak datin..makan kt kafe hipster tiap kali lunch dan sapa kata wang boleh beli segalanya. Dulu orang kata gitu ko cebik bibirkan. Tak rasa lagi dok di Gaza kekdahnya. Hmm..nikmat yang mana nak didustakan selama ni. Jadi enjoy dengan apa yang ada, masak dengan apa yang tersedia dan syukur walau apapun yang harus diharungi. Jadi menu apa yang dimasak tu?? masihkah ada kesedaran untuk makan berhemah itu? buaat la jugak dalgona yg viral itu mihun goreng..air lemon minum petang karipap/samosa nasi lemak Nasi goreng. Telur dadar cmpur bayam Brazil Dan ayam goreng..tak berh