Posts

Showing posts from June, 2017

Menu berbuka Ramadhan 18,19,20

Image
Kadang-kadang bila masa nak berbuka tu, set meja rasa sayang jugak kalo tak amik gambar. So kita tayang gambar makanan berbuka ok. Takde nak set macam makan kat hotel ke apa..just set macam orang kampung berbuka. Guna tangan je..takde placemat ke goblet ke. Kita ni yang dah tua, makan ringkas pun tak apa. Kurangkan pembaziran. Tapi bila ada ank yang baru nak belajar berpuasa penuh, kenalah jugak reward dia.. keinginan dia nak makan apa. Jadi bila ada anak yang masih bersekolah rendah normal menu meriah sikit..ada nasi dan lauk, kuih muih dan air manis. atau menu peberet macam burger tu. Jom cuci mata. Menu Ahad..ada yg dimasak,ada yg dibeli semua portion sikit tapi bervariety keria roti jala ni beli je sayur takde jadi ganti dgn buah utk serat ni peberet anak..retak seribu masak lemak...sedap woi sambal tempe dan kacang ayam goreng 2 ketul je..utk ank je ni menu isnin ank request burger..ye la nak kuih sikit dah ada burge

Iftar dan menu-menu nya

Image
Antara menu-menu berbuka tahun ni. Lebih sederhana, lebih kurang pembaziran. Mungkin dah tua jadi nafsu tu takde mengganaz sangat. Rutin bulan puasa ni.. still berkaitan makan-makan jugak. Kali ni bulan puasa boleh kata 90% masak kat rumah. Simple menu. Yang dibeli kuih-muih dan ada rezeki dapat bubur dari masjid. Menu wajib nasi lah. Balik kerja boleh lelap sekejap dan pukul 6 petang baru masuk dapur. Siap masak boleh layan tv sambil lipat kain. Then berbuka, solat maghrib dan pergi terawikh. Terawikh kat sini buat 8 rakaat + 3 solat witir. Setiap malam satu juzuk. Jadi walaupun 8 rakaat terawikh selalu selesai dalam pukul 10.30 jgk la. Balik rumah, makan ringan-ringan. Sahur? setakat ni tak penah lagi makan nasi campur untuk sahur. Selalu nasi goreng. makaroni goreng, bihun goreng atau cereal. Serta kek potong, yogurt atau buah. Alhamdulillah. Nikmat manakah yang mahu aku dustakan?? Selamat menjamu mata ye. Nasi lemak, roti jala, kuih-muih nasi lemak ni guna s