Showing posts with label Bali trip Nov 2018. Show all posts
Showing posts with label Bali trip Nov 2018. Show all posts

Kos trip ke Bali

Uluwatu sunset
Kuta beach

Assalamualaikum,

Untuk entry last backpack ke Bali, Indonesia kali ni aku akan bentangkan kos sepanjang trip aku ke sana selama 4 hari 3 malam. Itenary taklah pack, aku hanya pergi ke tempat yang memang aku aim/ highlightkan iaitu Uluwatu, Jimbaran, Tanah Lot dan Tegallalang Ubud.

Selingan adalah jenjalan cuci mata di Pantai Kuta dan makan minum takde pulun sgt, breakfast memang dah ada dihotel jadi top up sikit aje. Skip lunch terus ke hi-tea, malam jamah biskut or maggi. . Takde heboh nak try makanan sedap/signature dish kat sana, cuma makan mahal kat Jimbaran jek sekali. 

tegallalang

Royal Palace

Okay, untuk itenary trip ke Bali ni kos nya macam kat bawah:

1. Hari Pertama (16/11/2018):

KL- Bali (3 jam)
Lepak di airport sebab sampai dah jam 9-10 mlm.

 

2. Hari Ke-2 (17/11/2018)
Check in at Kuta Hotel (Dayu Beach resort)
Lepak di Kuta dan assigned tour trip

- Taxi airport -Kuta 100k/2=50k rupiah  (rm 14)
- Hotel Dayu Beach 2 mlm400k/2 =200k (Rm 58)
- Makan minum = 60k  (rm 17)
- Bayar tourguide/supir utk 2 hari full tour 1 juta rupiah/2 =500k (Rm146 )
Jumlah belanja hari kedua: 810k rupiah  (Rm 238 digenapkan)



3. Hari Ke-3 (18/11/2018)

-Garuda Wishnu Kencana Memorial Park
-Pantai Pandawa
-Uluwatu temple
- Jimbaran Beach

 Tiket masuk  GWK Memorial = 60k rupiah  (rm 17)
- Tiket masuk Pantai Pandawa = 35k rupiah (Rm 10)
- Lunch di Pandawa = 35k (rm10)

-Uluwatu Temple = 60k rp  (rm 17)
- Makan di Jimbaran 630k/2=  315k rp  (Rm 92)
Jumlah belanja hari ketiga : 505k (Rm 148 digenapkan)



4. Hari Ke-4 (19/11/2018)

-Tegallalang Ubud 
Royal Palace 
Tanah Lot 
Airport (Bali-KL)

- Tiket masuk Tegallalang dan naik buaian = 10k rupiah + 200k  (rm 3+60)
- Tiket masuk Tanah Lot = 60k rupiah (Rm 17)
- Tip dan masuk airport  = 200k rp  (rm 60)
- Air/buah/snack = 20k rupiah (rm6)

- Souvenir at Krisna = 350k rp (rm100)
Jumlah belanja hari ke-4 dan terakhir : 840k rp (rm 245)



5. Tiket flight KL- Bali - KL : RM 300.00


Jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi seorang backpacker ( tapi pergi berdua boleh share kos hotel&taxi) untuk 4 hari 3 malam di Bali  adalah  2.15 juta rupiah bersamaan RM 631.00 termasuk souvenir (RM100)


Jumlah termasuk flight adalah RM 930.00 keseluruhan belanja di sana.



Apabila belanja hanya dikira ketika menjejakkan kaki di Bali.
Apabila kita bawak periuk nasi ajaib dan makanan segera dari tanahair seperti sardin, kari daging tin dan mee maggi.
Makan kat luar mungkin sekali je sehari.

Bagi memudahkan perjalan untuk 2 orang backpackers kami dah poolkan duit sebanyak 1 juta rupiah seorang (Rm293) dan jika tak cukup tambah lagi sikit dan sama banyak. Jadi takde berkira bab duit, duit tu utk makan, transport dan semua entrance fees. Makan pun menu lebih kurang harga, air dalam botol pun share je. Cuma duit cenderahati je guna duit memasing.

Itu sahaja untuk itenary dan kos trip ke Bali kali ini.
Tahun ni kemana kita??? tunggu..dekat dan tak jauh.





Last Day in Bali - Kuta ke Airport

Hari ni merupakan hari ke-4 di Bali. 2 hari full tour. Penat seh walau ada supir.
Bali ni besar dan luas, jauh nak pergi satu-satu tempat menariknya. Letih membontot dalam kereta.
Jadi selepas ke Tanah Lot kami terus gerak ke airport. Flight jam 5 ptg lebih dan boleh jamak kat airport terus.

Dari Tanah Lot ke airport makan masa sejam lebih..tak stop memana pun utk lunch.just beli air dan snack/buah di Tanah Lot.

jom balik

view dalam perjalanan
sooo Bali

Add caption

dlm mpv

byk kedai seni di Bali

not bad harga dia
laluan airport..kelabu asap

Gusti Ngurah Rai airport Denpasar..dah sampai airport

besar dan luas
entrance at departure hall

Add caption


departure hall



musholah kt level atas.
disinilah beg bergelandangan berjam menunggu flight..toilet kat airport Bali ni wangi..bau spices,pandan dan herb

jom kita



Hari ni, lepas breakfast kami terus gerak dari hotel ke Tegallalang, Royal Palace dan Tanah Lot pastu konon plan nak lunch  kat airport... alas perut dgn biskut je. Sudahnya makan dalam flight je dan balas dendam lagi makan bila jejak Klia2.

Selesai sudah trip ke Bali yang hanya gunakan pak supir disebabkan  public transport tak mesra alam dia. Hanya murah jika pergi berjemaah dan boleh kongsi byrn supir/mpv. Jika seorang dua kurang praktikal nak bajet kedekot nih.

Jadi nak tak nak, tak boleh nak berbackpack dan tak dapek berjimat jugak macam kat Vietnam.
Bali, destinasi bulan madu dan trip mewah bagi backpackers bila terpaksa menyewa kenderaan.
Pulau Dewata yang terlalu luas ini sangat menjaga rezeki penduduknya seperti sengaja tidak mahu wujudkan jaringan public transport yang mudah bagi pelancong sengkek seperti kami.

- Tiket masuk Tegallalang dan naik buaian = 10k rupiah + 200k rp  (rm 3+60)
- Tiket masuk Tanah Lot = 60k rupiah (Rm 17)
- Tip dan masuk airport  = 200k rp  (rm 60)
- Air/buah/snack = 20k rupiah (rm6)

- Souvenir at Krisna = 350k rp (rm100)

Jumlah belanja hari ke-4 dan terakhir : 840k rp (rm 245)

Tanah Lot Bali

map Tanah Lot di wilayah Tabanan

Tanah Lot merupakan tebing tinggi menganjur ke laut di pulau BaliIndonesia
Di atasnya telah dibina kuil agama Hindu, Pura Tanah Lot dan menjadi tarikan utama para pelancong.
Tanah Lot terletak di Tabanan, kira-kira 20 km daripada Denpasar. Tebing tinggi ini terbentuk jutaan tahun akibat hakisan semasa pasang surut lautan.
Tanah Lot dikatakan dibina oleh sami abad ke-15 bernama Nirartha
Semasa dia mengembara sepanjang pantai selatan dia melihat batuan tinggi yang menarik dan berehat di sana. Nelayan-nelayan ada yang memberi hadiah-hadiah kepadanya. 
Nirartha memberitahu para nelayan untuk membina sebuah makam, satu tempat suci untuk mengagungkan Tuhan laut Bali.
Kuil Tanah Lot adalah satu daripada tujuh kuil laut sekitar pantai Bali. Kuil ini dipercayai mengawal roh-roh jahat dan penceroboh. Kononnya terdapat seekor ular sangat besar yang melindungi kuil, yang dicipta dari cindai Nirartha semasa dia sampai di pulau itu.
Pada 1980, kerajaan Jepun memberi pinjaman mudah kepada kerajaan Indonesia sebanyak Rp. 800 bilion bagi memelihara kuil bersejarah dan lokasi-lokasi pantai lain sekitar pulau Bali.
Bagi kemudahan pelancong, pelagai kedai dan gerai kraftangan telah disediakan. Pejalan kaki dibina bagi memudahkan para pelancong menikmati dan menyaksikan keindahan mentari merah terbenam di ufuk timur.
Bagi yuran masuk Tanah Lot ni adalah 60k (Rm 17) untuk pelancong asing.

dari Ubud ke Tanah Lot dalam sejam lebih jgk perjalanan


pintu masuk ke Tanah Lot..van akan drop kan kita dan kita masuk bayar fees. Perjalanan dari gate masuk ke Tanah Lot agak jauh..kena lalu kedai-kedai kraf sepanjang laluan
harga not bad kat sini..ada yg memang murah



bila nampak gate ni tanda dah dekat dengan kuil pinggir laut tu


typical Bali gate

dah nampak laut..happy

Add caption
budak ni geram nak mandi

utk upacara suci diorg..yg nk memuja ja dibenarkan

tebing dijaga oleh para agamawan

inilah kuil yang terletak dipinggir lautan hindi, terpisah sedikit dgn daratan
sentiasa penuh dengan pelancong

Add caption

tebing sekitar kuil.

hati-hati panjat utk ambil foto ya
cantik sekitar kwsn ni..macam-macam gaya
air menderu masduk ke celah-celah batu bila dipukul ombak

ombak agak kuat

sb direct dari lautan Hindi

rasa mcm nak mandi..air jernih


ni kwsn bawah kuih..ada gua dlm tu


ombak kuat
Overall Tanah Lot in memang cantik sangat, tambah bila sunset. Atau semasa air pasang namun masa tu ko tak boleh pulak nak pergi dekat ambil gambar.
Pergi tengahari boelh la nak jalan ke tepi guanya..memang panas tapi berangin. Pakai kasut sesuai trekking dan bawak air okeh.
Spen masa sejam dua kat sini dah cukup.