Posts

Showing posts from June, 2020

Pakej Tour ke tempat menarik di Chiang Rai

Image
Hari ni hari ke-2 di Chiang Rai. Semalam lepas sampai, check-in hotel, masak, ronda pasar malam dekat station bas tu dan booking pakej tour untuk ke tempat menarik sekitar Chiang Rai ni. Pakej ni berharga 900 baht seorang (RM 124) dan akan pergi ke 9 tempat. Selalunya tempat-tempat yang akan dilawati di Chiang Rai ini adalah: - White Temple (Kuil Putih) -Blue Temple -Black Museum -Long Neck Karen Village (suku kaum berleher panjang) -Golden Triangle (pertemuan sungai sempadan Thai, Myanmar dan Laos, tak naik bot ya, hanya pi tengok je dari tebing sungai, perjalanan dalam 1-2 jam, ugh kecewa aku sebab target nak jejak Laos/Myanmar tu-kalo nak amik pakej mahal sikit yang termasuk semua) -Opium museum (muzium candu di Golden Triangle) -Mae Sai (sempadan Thai/Myanmar, ada pasar dan hanya tengok je, tak masuk Myanmar) -Ladang Teh - Monkey Cave Selalunya tour pakej ini bermula jam 7.00 pagi hingga 9@10 malam. Solat jamak la yer. Full day tour lah kiranya. Makanan disediaka

Cat n' A CUP Cafe- Mengopi sambil belai kucing gemok Chiang Rai

Image
Jom sambung trip Chiang Rai November 2019 ritu. Selepas booking tour untuk esok dan beli sayur semua maka jom lah kita mengopi dulu. So kami singgah di Cup n A Cup Cafe terletak dipersimpangan jalan bandar Chiang Rai ni. Keistimewaan cafe ni ialah kita boleh minum sambil layan kucing-kucing comel yang bebas merayap dalam kafe tu. Kafe ni style duduk bersila dan boleh beli makanan kucing untuk bagi si purr ni manja makan dekat kita.  Aku ni taklah minat kucing-kucing ni semua. Anak 2 orang pun tak terlarat nak melayan..lagikan nak melayan si comel nih. Boleh lah takat tengok dan pegang sikit-sikit. Ramai orang dalam kafe ni, mostly awek korea/China yang suka benda-benda cute nak boh dalam insta. ini kafenya si comel yang manja kafe secute secomel penghuni di dalamnya ada kek dan kopi antara slice kek yang ada nak masuk buka kasut dulu tau harga menu..makanan kucing pun dijual suasana dalam kafe ni..minum duduk bersila dan jangan kacau ku

Sushi King Aman Central Alor Setar

Image
Salam semua. Masih beraya ke tu?? Jemu dah makan juadah raya jom tukar selera jepun pulak . Semalam Mak pergi celeb birthday anak dara jadi decided nak makan kat Sushi King. Ada cawangan Sushi King yang dah guna kaedah order kat tab (area KL la yang byk) dan ada yang masih guna manual. Mak ni dah berkurun tak jejak Sushi King ni..asik pergi restoren Korea je..jadi teringin jugak sesekali. Sushi King Aman Central ni terletak di tingkat 4 yer. Sebelah Mr Dalgakbi. Yang si anak nama je duduk kat Sushi King tapi mata dok tengok skrin TV kat Mr Dalgakbi yang dok tayang BTS Blackpink semua tu. Memang tu lah yang depa minat. So cawangan Sushi King kat Alor Setar ni guna kaedah biasa je ye. Staff  datang amik order cuma kita tekanlah button call tu bila dah ready nak order. Menu Sushi King ni banyak..ada set meal, ada DIY combo dan kids meal pun ada. Pinau mata nak pilih. Harga bagi Mak ok, murah dan berbaloi. Tambah kalau pilih set meal atau DIY combo. Staf pun baik, sopan sa