Backpack Medan- Masjid Raya, Istana Maimoon dan Zulaika house
Hari ni dah hari yang ke empat di bandar Medan. Hari terakhir, flight petang nanti. Pukul 6 pagi dah cerah di Medan dan waktu solat pun lebih awal. Jadi hari ni misi aku hanya nak bersiar-siar sekitar kota Medan dan beli ole-ole untuk di bawa pulang. Kami berjalan kaki ke Masjid Raya dan Istana Maimon yang dekat je dengan hotel. Masjid Raya..berhadapan mall dan terletak antara jalan tersibuk di Medan menunggu solat jumaat..aku tengok di masjid ni ramai jemaah perempuan bersolat jumaat sekali dengan lelaki berjemaah dalam masjid..agak rare jugak la masjid Raya dalam gerimis sesuai namanya, masjid ini memang besar dan gah di bina pada tahun 1906 koridor jendela kaca berlukis ada majlis pada pagi itu majlis pernikahan yang syahdu Masa aku masuk ke Masjid Raya, ada majlis pernikahan di adakan. Dan bagus budak-budak lelaki yang jaga masjid ni, siap susun kasut tetamu masjid dalam hujan rintik-rintik tu. Mereka ni seumpama sukarela