Summary of 2015



Untuk tahun ni, adalah beberapa tempat yang aku berpeluang menjejakkan kaki.

Sejak tukar tempat kerja ni, memang makan hati, bos susah sangat nak lepas cuti lebih dari seminggu.
Aku cuti 2-3 hari pun dia dah macam kucing nak beranak..trip ke Perth itupun nyaris-nyaris je.. dia lepas pun sebab aku dah book tiket awal. Dan itupun sebab aku apply cuti sebelum dia supervisor aku. Grrrrrrr.

Mona Ikan Bakar


Restoren Mona Ikan Bakar Kuala Perlis lagik..dah takde kedai lain ke ko nak promote??
Dah restoren tu je paling sodap kat tekak aku nih..lagipun kali ni menunya lain dari menu yang aku makan kecuali kan dan sayur.
Maybe last jamuan makan-makan kat sini untuk 2015.

Perth - Part 6 Hari Ketiga di The London Court, Perth Mint dan Barrack Jetty


Pintu masuk
London Court ialah pusat membeli-belah terbuka berbumbung tiga/empat tingkat dan arked yang terletak di kawasan pusat perniagaan di Perth, Australia Barat. Ia dibina pada tahun 1937 oleh pembiaya emas yang kaya dan ahli perniagaan, Claude de Bernales bagi tujuan kediaman dan komersil . Arked ini terletak antara Hay Street dan St Georges Terrace dan dianggap satu tarikan pelancongan yang penting di Bandar Perth.

Ole - ole dari Perth Australia

Kalau dah pergi ke mana-mana mestilah beli souvenir untuk kengkawan, sedara, atok nenek dan semua yang berkaitan.
Jadi entry ni adalah ole-ole yang sering dibeli di Perth, Australia untuk bawak balik. Harga terkini November 2015. Bawak duhet berkoyan-koyan nak pergi sana okeh??
Bulu kangaroo pun kalau boleh amik, aku nak bawak balik jadikan ole-ole bagi free.
Ini harga lebih kurang..rate $1 Aud bersamaan Rm3.1.

Cicerello's Fremantle

Restoren seafood yang musti ko try kalo pergi Perth atau Fremantle.
Kalo tak makan kat sini, tak payah nek kapai terbang mahai tu, pi makan je kat Kola Perlis nun.
Dah glamer sangat maka Mak redho makan cekik darah kat sini. Tapi berbaloi sebab memang sedap Fish n cipnya. Ikan fresh dan big portion.

Periuk ajaib dan beg backpack cara kedekot

Entry ni adalah untuk geng marhaen dan mungkin takde makna bagi uolls.
Aku tujukan entry ni untuk SS dan beberapa pembaca yang pernah tanya pasal benda yang aku bawak masa backpack. Nak tunjuk periuk/beg kena post entry hehe.

Perth - Part 5 di King's Park

Hari kedua di Perth.
Plan hari ni nak ke King's Park. Kena naik Blue CAT ke Esplanade Busport dan tukar ke Green CAT.
Cara untuk ke King's Park ni:

-Amik Green CAT
-Turun di stop no. 5 iaitu di Havelock Street. Jangan turun di stop King's Park road sebab nanti kena jalan jauh.
- Dari Havelock Street turun bas tu jalan ke kiri. Sebelah itulah King's Park
- Untuk balik pulak lintas jalan dari point Havelock street tadi, tunggu di situ (point no. 17, Havelock Street jugak namanya). Bas Green CAT ni akan pusing dua kali di jalan yang sama.

Semak SINI untuk semua jadual CAT Perth.