Posts

Showing posts from August, 2019

Semeliang Village Resort/ Agro Farm Kuala Nerang Kedah

Image
Semeliang Village Resort ini terletak di Kuala Nerang Kedah. Ia merupakan  p enginapan dalam Ladang Rusa, terdapat koleksi 100 jenis burung dan haiwan ternakan dengan persekitaran kampung yang asli dengan suasana resort yang moden. Terletak hanya kira-kira dua kilometer dari Pekan Kuala Nerang, percutian di sini mampu menawarkan ketenangan kepada golongan dewasa dan keceriaan kepada anak-anak kecil. Di sini terdapat kolam renang, tapak bbq, 6 buah chalet, surau, dewan makan, serta ladang ternakan haiwan yang menjadi tarikan kanak-kanak.  Aku berkunjung ke sini untuk buat family day aritu dan book semua chalet.  Bagi aku kawasan dia ok, terjaga. Kolam boleh tahan cuma bila terlalu ramai pengunjung masa peak hour air di dalam chalet akan slow. Contoh pada waktu maghrib bila semua orang nak mandi dan solat. Makanan juga boleh ditempah jika kita nak buat jamuan di samping tambah hidangan bbq kita bakar sendiri. Boleh tgk fb mereka untuk maklumat lanjut. masuk dalam resort

Makan-makan di Hatyai penghujung tahun 2018

Image
Khlong Hae market songkhla lorong imigresen yg baru..lebih luas..kalo naik kereta tak perlu turun, buka tingkap dan bagi pasport je then drive thru ke border Thai jom pi seberang City of Fun sewa van..sorg rm65 sehari parking di The Zone RM15 sehari macam parking kat airport. Jika tinggal keta kat sini byk hari jenuh nk bayaq masjid Taj Mahal jom naik tuk tuk Trip ke Hatyai dan Songkhla ni aku pergi pada Disember 2018. Trip hari je, dari lepas subuh hingga lepas I'syak. Memang trip nak makan dan soping. Jadi jom kita tengok apa yang aku makan kat sana; 1. Chabura Halal Dim Sum di Hatyai: Kedai popular bagi warga Malaysia. Sentiasa penuh meja. Ada 2 lot. nah..puas makan geng melantak bersimpang siur tangan berebut, tu yg nikmat harganya 15 tb yg kecik dan 20tb yg besor (rm 2 dan rm2.7) 2. Street Food@Hatyai: Yang ini dekat Lee Garden tu..city centre ice-cream kelapa wajib try! depan lee garden stall ni..50