Showing posts with label India. Show all posts
Showing posts with label India. Show all posts

Ole-ole dari India

Bila kita dah pergi berjalan-jalan ke tempat orang ni, maka pemberian cenderahati kepada keluarga dan rakan-rakan adalah wajib. Walau duit dah nyawa-nyawa ikan dan makan pun ikat perut..tapi bila balik Malaysia tu ada je kan ayat 'hai,beli apa kat sana?..",pastu bos pulak dah approve cuti kenalah hulur pape.(cam tak ikhlas jeee).
So ini adalah cenderahati yang aku sempat beli kat India aritu:

1. Kurta.- Kurta ni beli kat New Market Kolkata.Mahal jugak tau walau simple je untuk lelaki ni!
Harga yang cotton biasa Rs750 (lebih kurang rm42),yang kain coklat cair tu Rupees 1250 (rm70).
Ada yang kurta masih tak berjahit tu harga Rs500 (rm28).Aku beli 5 helai dah Rupees 4000 (rm221). Ni pun kira dah habis bargain tau, grrrr.
Kurta India,wat pakai pi solat jumaat


2. Kashmir Shawl.Yang ni harganya IND145 (rm8) sehelai. Aku beli 20psc. Jumlah semua Rupees 2900.(rm160).Yang buat bagi kat staf pejabat,keluarga dan kawan-kawan. Mahal jugak, ikut hati nak bagi Fridge magnet je tapi takde pulak menatang tu kat India.Yang ni beli kat Pahalgam Kashmir.
Kashmir shawl


3. Sari-benda ni wajib beli bila pi India. Aku beli murah-murah je kain. Takde nak beli sulam bagai.
Ada yang sari berharga Rs850 (rm47),Rs270 (rm15) dan paling murah Rs200 (rm11). Oklah buat bagi kawan-kawan. Tapi kain sari keras sikit sebab kanji dia,pastu lipat dalam kertas. Yang ni aku spend dalam 1500 rupees (rm83).

sari India..cantik tak??cam kain songket pun ada


4. Keychain. Yang ni aku beli kat kashmir Rupees10 je satu tau!dalam rm.50sen je. Rugi tak beli banyak. Beli kat depan Tulip garden. Keychain ni buat dari kayu bentuk houseboat tu. Ada yang bentuk daun maple tu. So total rupees 50je (rm3).


Semua dapat satu je souvenir sorang. Yang dah dapat shwal, no keychain ok.
Jadi total aku spent untuk beli souvenir ni dalam RM500 kebawah. Ok la, dapat banyak juga ole-ole dari India yang lawa-lawa. Kalau pi Ostolia tu nak beli keychain pun tak mampu senah.
Kat Korea pun Fridge magnet dah mahal.
Walau pi Kashmir pun,tempat ni terkenal dengan saffron dan dry fruit tapi semua aku tak beli. Aku beli benda yang sampai mati nampak, hehe buruk perangai.

Bhagirathi Guest House Sudder Street Kolkata

Guest house ni terletak di Sudder street yang terkenal sebagai tempat backpacker berpusat di Kolkata.
Ratenya dalam Rupees 800-1000 (dlm rm40-rm60). sejauh lebih kurang sejam dari airport. Biliknya ada dua katil single, attach bathroom dan selesa. bau je buat aku pening
Disini makanan halal mudah didapati..sebab ramai muslim. Juga ia dekat dgn New Market Kolkata serta banyak kedai yang beroperasi disini. Ada kedai bag,buku,pakaian, DVD,semua keperluan backpacker boleh didapati disini.


nak isi register guest susah tau kt india ni..kena amik gambar,passprt dan visa discan dan semua maklumat perlu lengkap.Tapi mereka yang isi..bukan kita. Bayangkan nak guna internet pun kena tunjuk passport kt kolkata ni?


malam agak meriah

keadaan di sekitar

penjual kurta

service tak perlu bangunan kedai


 Sesapa yang nak beli ole-ole boleh je beli sekitar New market. Harga sari bermula dari Rs200 (rm 12) keatas. Kurta untuk lelaki lebih mahal iaitu sekitar Rs750 (rm 50-60 camtu).
keychain kolkata atau fridge magnet tiada disini. Puas cari.

masak apa tu???

nasi dan ayam tandoori

banyak restoren halal disini

warna warni India



Layover in Kolkata

No,this is not Anthony Bourdain style layover.
More than 24hrs..kami bermalam 2 malam di Kolkata. Tempat popular bagi bajet backpack di Kolkata adalah di Sudder Street. Agak jauh dari airport,memakan masa lebih kurang sejam dari lapangan terbang. Ditambah dengan kesesakan trafik Kolkata,memang agak memenatkan.
Kolkata memang amat panas dan berbahang. Berdebu dan unik. Ia bandar terbesar di West Bengal, ramai penduduk muslim dari Bihar disini.
Tujuan singgah di sini adalah untuk membeli sehelai dua sari. Tempat popular untuk shopping disini adalah di New Market. Tempat yang luas dan banyak pilihan.
Ramai backpacker yang tertumpu di sini, area Sudder Street. Boleh dok sebelah meja dengan mamat kacak dari German, ataupun awek cute dari Jepun di internet cafe.
Buat hal sendri sudahlah ok, walau kadangkala tu aku menerima pandangan tajam dari backpacker minah saleh berumur 50-an di kafe.Ughh..what the hell?

Dapat juga dengar laungan azan juga berkumandang di Kolkata.
Entahlah mungkin betul kot, orang Malaysia ni jenis mesra dan ramah, sebab tu ramai pelawat suka datang. Dibezakan dengan India, Singapore, pada aku kita jenis suka senyum. Mereka tu kadangkala muka ya Allah.. mahal gila nak senyum. Bila dah mengembara ke tempat orang barulah reti nak hargai kelebihan negara sendiri. Betul?
Kolkata Airport

untuk lebih murah.beli kupon taxi ni.Tapi kira balnce depan petugas kaunter tu sebab mereka selalu pulangkan baki yang tak cukup


Sudder street,tempat tumpuan backpacker seluruh dunia di sini
suasana kolkata

Walau apapun pandangan kita tentang India, ia tetap unik dan menarik minat pengembara dari seluruh dunia.
Kotor, berdebu dan busuk, ia tetap jadi tumpuan. You ain't true traveller if you ain't in India yet..so they say. Bagi yang singgah di Kolkata, boleh shoping kejap sari, kurta dan banyak barang lain di New Market Kolkata. Ia adalah seakan Petaling street campur masjid India.

                                          New Market.



agak-agak apa mamat tu buat..?


Kelihatan penarik roda mengambil penumpang masih menjalankan khidmat mereka. Wanita bersari berjalan kesana kemari..ada yang memasak ditepi jalan. Kanak-kanak yang tidak bersekolah sedang berkerja dikedai-kedai makan.
Selamat datang ke India.


Bila berjalan di bandar Kolkata,panas gila..berbahang rasa. Terdapat jurang sangat ketara kaya dan miskin. Dan sepanjang jalan,bila waktu tengahari,pekerja pejabat memenuhi gerai tepi jalan menikmati makanan. Terpusing jugak kami mencari jalan pulang dan New Market. Dengan lalulintas yang serabut,hah..pandai-pandailah nak lintas jalan. Sekejap-sekejap aku berhenti beli air, tak tahan panas ok, tambah mat saleh tu,lagi tak tahan. Kebanyakan penduduk sini,kurang mahir juga berbahasa Inggeris. Dan bila waktu sarapan,kami makan roti dan dhall, portion sangant besar, so tapau dan beri pada makcik yang duduk tepi jalan tu. Mereka menghargainya. Kanak-kanak bekerja di kedai makan adalah biasa, tak sekolah rasanya. Ada juga yang akan offer untuk service inai.

Orang India agak rude bagi aku...tambahan lagi yang kerja di airport..sakit hati aku dengan perempuan yang jaga kaunter Indigo Airlines.Very rude staff. Senyum susah sangat..berbeza sangat dengan kita.So sekarang aku paham bila pelancong kata orang Malaysia peramah,mesra dan warm, sebab kat sini memang kasar layanan diorang.main baling je borang dan muka masam sentiasa.siap jerit lagi ok..Menyampah pulak aku..tu baru negara miskin, kalo negara kaya memang lagi berlagak. Dan yang berlagak tu konon kasta tinggi la sangat, dapat keje kat airport, heh..heh..macam-macam ragam yang kadangkala buat ko sakit hati di sini.
Tapi itulah keunikannya yang di sebut-sebut oleh ramai pengembara.

Kenapa India pilihan backpacker?

Masa mula nak pergi backpack ke India,reaksi pertama yang kita dapat adalah:

1. India?...world's big toilet. kotor, bingit dan bising. Orang kencing dan melepaskan hajat merata-rata. Geli tengok. Takut nak pijak tepi-tepi jalan dan kawasan rumput tu..eiiiiiii.
2. If you can stand indian smell in (from nepalese, bangla,etc) Malaysia, go for it
3. Panas, berdebu dan tercemar
4. Rakyatnya mentaliti rendah, seperti serangga menghurung pelancong etc. Paksa orang beli sampai tarik baju kau. Rimas la! I ni dah lah bajet diva tapi nak pergi India, boleh???
5. Dwell in corruption dan karenah birokrasi yang melampau dan banyak lagi pekara negatif.

Bagaimanapun, pekara yang membuatkan India tetap termasuk dalam senarai wajib seorang backpaker sejati adalah:
1. Ketamadunan dan warisan serta budaya yang sangat menakjubkan dan kaya
2. Sangat adventurers dan mencabar diri untuk merasai india sebenar
3. Kos hidup murah dan berwarna warni (hostel dan hotel dalam 40 hengget pun ada. Stay sebulan pun no hal.
4. Sangat unik dan none other places compare to India
5. Iklim, cuaca dan rupabumi yang cukup berbeza di setiap wilayah. Rasa seperti di Switzerland tapi sebenarnya di Kashmir. Rasa melihat pantai Gold Coast but you're stand in Goa.

Pepatah mengatakan bahawa kau bukan backpacker sejati jika kau belum ke India, hell yes..true. Kerana India mencabar kau dengan masalah bahasanya, orang-orangnya yang ada putar alam, keadaan sekitar yang mungkin membuatkan kau tak selesa..pengemis merata-rata mencabar kemanusiaan kau..dan kekayaan tamadunnya..budayanya yang berwarna warni..ia mebuatkan kau sentiasa berfikir dan setiap hari ada sahaja pelbagai cubaan...tapi inilah sebenarnya cabaran backpacker sejati.
Yang hanya kau dapat di India. Adakah kau mampu mengharunginya? adakah kau kesian dan beri semua duit kau pada budak yang mengemis tepi jalan? kuatkah minda kau melihat segala kekurangan dan kekayaan rakyatnya yang pada mata kau tidak adil? Its India baby ..and its challenge you to the core.

air jalanan


permandangan biasa
India adalah pilihan backpacker seluruh dunia..kosnya murah dan budayanya unik.
Tiada terdapat dimana-mana. So, memang senang nak jumpa backpacker dari Eropah, US, Jepun dan seluruh dunia disini.
Untuk kos di India..kau boleh mengembara hingga berbulan kerana ia menjimatkan. Kau akan rasa pengalaman sebenar pengembaraan insani. Mengisi roh kemanusiaan kau dan ia kadangkala menginsafkan.
Di mana survive adalah pekara utama..seperti nenek moyang kita yang survive dalam penjajahan dan berebut sumber dengan haiwan..oh apakah yang aku merepek ni..hentikan.

Cara mendapatkan tiket flight murah ke India/Kashmir

Ini adalah sedikit panduan mendapatkan tiket penerbangan yang boleh dikira murah
dari Malaysia ke Utara India. India ni sangat luas,tak larat nak travel by bus or train, so flight menjimatkan masa dan tujuan adalah nak golek-golek atas salji di Kashmir bukan nak jelajah India.
Jika mengambil penerbangan terus KL-Srinagar, harganya mahal iaitu sekitar RM2700 keatas dengan Jet Airways dll. Mahal bagi aku. Masa Air Asia flight ke Delhi memang murah, sekarang takde lagi yang murah.
Jadi ada yang cadangkan alternatif fly ke Singapore dulu, melalui New Delhi dan byk lagi alternatif. Bagaimanapun masih mahal sekitar Rm2200 camtu. Nehi,nehi.
Jadi pilihan yang ada dan paling murah adalah terbang dengan connecting flight atau hop in flight.
Caranya ialah:

1. Cari flight Air Asia dari KL-Kolkata. Harga selalunya dalam RM700-800 return.(termasuk makan,baggage dan semua sekali. Tak ambil food lagi murah dalam rm600)
Delhi from top

2. Dari Kolkatta ke Srinagar, ambil syarikat airlines india. Macam aku, ambil Indigo Airlines.
Ambil Kolkata-Srinagar return, harganya kalau tempah awal dapat murah dalam RM700-800.
Buat tempahan di website makemytrip.com. Senang dan murah dari website lain.

Jadi  untuk kedua-dua airlines dapat lah bawah RM2000.00. Masa aku tempah aku dapat harga dalam RM1700 seorang untuk KL-Kolkata-Srinagar dan return. Masih murah dari ambil direct flight. All in.
Cuma tido di airport sementara menunggu flight seterusnya satu kemestian.
Aku terbang KL-Kolkata petang, sampai ke India jam 5petang cmtu. Kastam dan check-up bagai mau pukul 7 baru siap. Jadi malam tu, tido di airport sebab pagi esok kul 8pagi nak catch flight Kolkata-Srinagar.
Jadi rugi ambil bilik hotel sebab dok kejap je, kul 5pagi kena gerak ke airport dah. So buat cam gelandangan la kan, tido kat airport.Kata nakkan adventure?

3. Masa balik pulak Srinagar-Delhi-Kolkata. transit kat Delhi 2 jam. Ada yang transit atau layover lama di Delhi (22hrs) boleh la nak jenjalan disana. cuma yang lecehnya bila dah keluar airport ni payah nak masuk balik...kastamnya strict sikit (banyakkkk). Jadi aku ambik transit yang 2jam je. Takyah berangan masa transit tu nak pi Taj Mahal ke apa, tak sempat ok. Dgn jln jam, Taj Mahal dah tutup waktu petang pun.
I have to save my ass.

Jadi tiket flight bejumlah RM1700-RM1800 seorang. Berbaloi kan dari ambil direct flight. Ini backpacker style ok,bajet adalah tight dan fight. Sebenarnya kalo tempah awal leh dapat lagi murah dalam Rm1400-1500 tau. Return.

So bajet untuk backpack ke Kashmir dalam RM3000/pax. Tolak flight tiket RM1700 (kalau tempah awal dapat dalam RM1400 je), ada lagi RM1300 belanja. Rm300 sila tolak untuk buat visa (RM170), beli barang keperluan lain dan bas ke KLIA.
Jadi belanja sebenar bila sampai ke India adalah RM1000, ada berani tak?
Pada aku cukup dah tu untuk 2 minggu backpack jika share dgn travelmate hotel, taxi dan servis lain. Yang ni tak temasuk duit shoping. India masih dikira murah kos hidup, dan halal jadi bab makan tu tak perlu ikat perut. Hotel pun masih banyak yang budget hotel. Dan hotel dia rate sekitar 500rp-1000rp  iaitu RM28-600.
Murah, share lah dgn travelmate, memang menguntungkan.
security stampfor hand luggage



Delhi airport

p/s-now i'm at Kashmir..will blog about Kashmir soon..

UPDATE: Malindo Airlines dah buat pernerbangan ke Delhi. Lagi murah dan mudah. Caranya amik tiket KL-Delhi dan di India amik tiket Indigo airlines (boleh tempah di makemytrip web) dari Delhi ke Srinagar. Tempah awal mungkin dalam RM1000-RM1200. Memang jimat.

Cara memohon tourist visa ke India

kashmir valley

Tahun ni, kitaorang akan berbackpack ke Kashmir. Sebagai persediaan,maka visa perlu ada untuk melawat India.
Sebenarnya leceh jugakkan nak pi India ni? kena visa bagai sedangkan kalau pi Europe pun Malaysian tak perlu visa. Dh tu mahal la jugak berbanding negara lain.
Kadangkala geram juga, pelancong atau pelencong (Datang malaysia tak balik-balik) yang datang Malaysia senang-senang je just isi visa on arrival untuk datang sini..Sedangkan kita nak pi negara depa punya payah,kena visa dan bayar mahal.Sebab tu salah satunya Malaysia ni banyak sangat pendatang yang tinggal melebihi tempoh sebab undang-undang kita pada pelawat longgar.tak perlu visa, tak payah bayar dll. (terutama pompuan dari China yg jadi GRO disini,mat afrika rekrut keldai dadah,pengedar dadah timur tengah, call girl dari Eastern Europe).

Tiada satu pun blog yang beri panduan yang betul-betul tepat bagaimana nak buat visa ke india. Semua yang diberi adalah panduan yang semua orang boleh tau dari india visa centre website di sini... http://www.indiavisa.com.my/index1.php .Hazabkan nak cari??

Hasilnya aku kena denda rm20 sebab salah isi borang permohonan. Sebab masa submit tu dia check dan  bagitau kita salah isi form tu,  kalau nk isi sendiri ambil balik.Kalau tak,denda rm20 dan diorg tolong isikan. Jadi dah sampai takkan ko nak patah balik pi internet cafe print? atau nak balik ofis semula dgn jln jam,cari parking susah bagai? Sebagai blogger yang memahami masalah camni, maka aku buat entry pasal cara nak mohon visa ni yang mana ada bahagian nak isi tu buat kita ragu-ragu. Supaya pembaca tak perlu kena denda macam aku sebab salah isi nama dalam form. *sila tepuk tangan dan tabek pd saya*

Untuk visa ni bayarannya dalam RM168 cmtu lebih kurang, campur denda dah nak dekat rm200. Jadi bersedialah.
 Aku apply tourist visa dan masa yang diambil untuk proses lebih dari 3  hari biarpun dlm website ckp proses 3 hari je. Oleh itu mohonlah awal-awal dan jangan last minute.
Proses dan prosedur buat visa ke india seperti kat bawah ni:

1. Buka website www.indiavisacentre.com.my.http://www.indiavisa.com.my/malay.php
Baca panduan untuk malaysia passport holder. Dan buka website https.//indiavisaonline.gov.in/visa/
Di website ni ada form untuk apply online form.
https://indianvisaonline.gov.in/visa/indianVisaReg.jsp

Bila kita dh isi online visa ni, dia akan auto filing borang semasa kita nak cetak borang. So masa hantar ke kaunter tu serah borang permohonan visa ni,passport, gambar dan duit bayaran visa.

ni contoh onlie application

ni borang permohonan visa tu.gambar tak perlu lekat,serah je kat kaunter 2keping dgn borang.Juga tandatangan dibawah gambar dan dibelakang borang
Cara mengisi borang permohonan online:
Seeloknya sediakan semua dokumen sebagai rujukan seperti no.passport, tarikh tamat, alamat di India, alamat rujukan waris siap-siap sebelum mengisi dan lain-lain..dia akan minta alamat ke india nanti. Jika tourist, letak je alamat hotel yang nak menginap.(agak nk pergi Delhi, boh je nama hotel sana..dia bkn check betul-betul)
Banyak detail kena isi dan antaranya tanda lahir (visible birth mark),jika ada letaklah.Jika tak, taip je none.

- Yang buat permohonan ni,selalunya akan salah adalah surname dan given name. Sb kita ragu-ragu nak letak bin ke binti.
Bagi nama,contoh Ali bin Ahmad- cara mengisi  ialah:
Surname : Binti Ahmad
Given Name : Ali
Surname, nama keluarga dan given name nama kita. Masalahnya aku tak letak binti, jadi tu pasal kena denda. Dan tiada satu blog pun terangkan kesalahan ni. Atau adakah aku seorang je yang tak reti isi dan tak pasti binti kena isi ke tak. Ye lah,blogger lain semua dah terrer kot sb selalu pi oversea jadi depa tak highlightkan isu ni.
Tapi, aku rasa ramai yang masih taktau sebab kita selalu pergi ke negara yang tak perlu visa je.

 Kemudian port arrival, port depart. Yang kat airport mana kita tiba di india dan kat airport mana kita berlepas dari India nanti. Kemudian,nationality kita, adakah oleh kelahiran atau naturalization (macam jus soli tu), jd isi yg by birth tu la.

2. Travel itenary. Sediakan roughly itenary.
Contoh,:
Day       Tarikh           Location           places of stay
 1         27/3/ 13        Pahalgam          Beach house pahalgam

Masukkan je sightseeing ke, touring Srinagar ke hapa.
Tapi yang ni sediakan standby, ada yang kaunter tak ambil pun itenary ni.

3. Yang lain-lain tu isi macam biasa, rujukan sedara, nama dan alamat majikan serta nama parent.
Alamat di India guna alamat sedara-mara/kawan yg nak dilawati disana atau guna je alamat hotel disana.
Ni sebagai reference je..tapi dia memang nak alamat lengkap dan no telefon. Aku belasah je amik alamat hotel area yang nak pi tu kt TripAdvisor. padahal bila sampai dok hotel lain.

4. Kemudian hantar borang tu secara online. Permohonan kita akan diproses dan salinannya akan dihantar melalui email kita. Jadi lepas hantar borang tu secara online, ia akan auto generate berserta no.permohonan dan bar code. Download dan print borang tu.

5. Then,gambar. Sediakan gambar 2x2 inci dan latarbelakang putih. Senang je kan. Bagi yang nak guna kekdah upload photo ke dalam form pun boleh (hardcopy kena ada gak). Tapi kalau tak, sediakan hardcopy je.

Seterusnya serahkan borang permohonan tu, gambar 2 keping,passport , salinan passport (diorg boleh buat tapi kena caj) dan wang bayaran visa dikaunter . Perlu sign dibawah gambar dalam borang dan bahagian paling  bawah borang macam biasa. Dah selesai.

Kaunter permohonan visa India di Malaysia ada 3 tempat iaitu di :
-Kuala Lumpur
-Pulau Pinang
-Johor

Di Penang, India Visa Centre terletak di Lebuh Chulia. Kalau jalan di Little india tu, jalan terus je melalui kuil tu akan nampak Kapitan Restaurant dan situlah Lebuh Chulia. Dekat nasi kandar Kassim Mustafa tu.
Kalau tak bawa gambar, boleh je amik gambar dikiosk dalam pejabat India visa ni.(caj RM10 for 4pcs)
Petugas kaunter akan bagi tarikh bila boleh collect visa ni berserta resit. Serahkan resit masa nak collect passport tu.
So bila datang collect, visa tu kita tengok telah ditampal dalam passport kita.
contoh visa india
IVS di Lebuh Chulia Penang
Oleh itu, selamat memohon visa dan bila dah selesai..lega....

- Update Disember 2015: 
Sekarang dah tak perlu apply visa India macam kat atas..boleh buat eTV (e-travel visa) macam visa Australia tu. Bagaimana pun yang masih nak gunakan cara diatas masih boleh.
Cara untuk mohon eTV ni adalah:

= mohon online, bayar guna kad kredit, terima online dan boleh print sebelum berlepas ke India. tak perlu hantar by hand dah. Bila dah print tu, bawak e-visa tu untuk ke India, staf imigrasen India akan semak permohonan online kita di pintu masuk India. 
eTV ni nanti bawak ke mana saja bersama passport setiap masa hatta dalam jamban sekalipun!

Semak dan mohon dari SINI 

proses eTV..semua online jer

e-Tourist Visa Facility is available for nationals of following countries/territories: Andorra, Anguilla, Antigua & Barbuda, Argentina, Armenia, Aruba, Australia, Bahamas, Barbados, Belgium, Belize, Bolivia, Brazil, Cambodia, Canada, Cayman Island,Chile, China, China- SAR Hongkong, China- SAR Macau, Colombia, Cook Islands, Costa Rica, Cuba, Djibouti, Dominica, Dominican Republic, East Timor, Ecuador, El Salvador, Estonia, Fiji, Finland, France, Georgia, Germany, Grenada, Guatemala, Guyana, Haiti, Honduras, Hungary, Indonesia, Ireland, Israel, Jamaica, Japan, Jordan, Kenya, Kiribati, Laos, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Malta, Malaysia, Marshall Islands, Mauritius, Mexico, Micronesia, Monaco, Mongolia, Montenegro, Montserrat, Mozambique, Myanmar, Nauru, Netherlands, New Zealand,Nicaragua, Niue Island, Norway, Oman, Palau, Palestine, Panama, Papua New Guinea, Paraguay, Peru, Philippines, Poland, Portugal, Republic of Korea, Republic of Macedonia, Russia, Saint Christopher and Nevis, Saint Lucia, Saint Vincent & the Grenadines, Samoa, Seychelles, Singapore, Slovenia, Solomon Islands, Spain, Sri Lanka, Suriname, Sweden, Taiwan, Tanzania, Thailand, Tonga, Turks & Caicos Island, Tuvalu, UAE, Ukraine, United Kingdom, USA, Uruguay, Vanuatu, Vatican City-Holy See, Venezuela, Vietnam. 
Eligibility
  • International Travellers whose sole objective of visiting India is recreation , sight seeing , casual visit to meet friends or relatives, short duration medical treatment or casual business visit.
  • Passport should have at least six months validity from the date of arrival in India. The passport should have at least two blank pages for stamping by the Immigration Officer.
  • International Travellers should have return ticket or onward journey ticket,with sufficient money to spend during his/her stay in India.
  • International Travellers having Pakistani Passport or Pakistani origin may please apply for regular Visa at Indian Mission.
  • Not available to Diplomatic/Official Passport Holders.
  • Not available to individuals endorsed on Parent’s/Spouse’s Passport i.e. each individual should have a separate passport.
  • Not available to International Travel Document Holders.