Posts

Showing posts from July, 2014

Berbuka puasa @ Menara Alor Setar Revolving Restaurant

Image
Menara Alor Setar yang terletak di Alor Setar ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Kedah . Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang popular di Alor Setar, yang tersergam di kaki langit bandar setinggi 165.5 meter. Menara perhubungan ini merupakan yang ke 19 tertinggi di dunia, dan yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur . Ia berkhidmat sebagai menara telekomunikasi, ia juga bertindak sebagai destinasi pelancongan di bandar. Menara ini dapat melihat permandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata. Menara ini juga digunakan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kalendar Islam iaitu pada bulan Ramadhan , Syawal , dan Zulhijjah , untuk menyambut bulan Ramadhan , Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha . Malas kan, siap copy dari Wikipedia. Ok, tahun ni berbuka buat kali pertama kat Restoren Berputar Alor Setar. Nak call untuk tempahan, hubungi 04-7202

In Grieved MH17

Image

Menu berbuka Ramadhan 18

Image
Beli lauuk sikit dan masak tambah pape yang patut. Mood malas dah merasuk. Ok,tahun ni rajin lebih ye sebab rajin pergi Terawikh. Bacaan masa sunat terawikh dari Ustaz  Kolej Insaniah sangat merdu dan menusuk kalbu...(nama dirahsiakan,nanti hangpa mengorat..bila orang dah tak kisah jadi bini no 2,3 dan 4.. janji dapat ustaz, ko ado?) Dah mula nak terkeluaq tajuk dan berleter nii, jom tengok menu apa sambil telan ayaq liur saja. rendang daging, beli ikan goreng-goreng sendiri.ikan kena ada,org kampung katakan kangkung belacan-beli jer ni tom yam campur-masak sendiri sambal bilis dan kacang kuih muih kena ada sikit menu senang lenang Sekian.

Die Mannschaft

Image
Germany triumphed over Argentina 1-0 in the final of the FIFA World Cup 2014 to be crowned World Champions for the fourth time in history. This win came after a huge gap of twenty four years for Die Mannschaft. They were deserving winners, having been the most consistent team throughout the tornament.

Mahathir Mohamad 89 tahun

Image
dipetik dari: http://parpukari.blogspot.com/ Tun Dr. Mahathir Mohamad mungkin boleh dikatakan sebagai antara figur dunia yang paling banyak diperkatakan. Meskipun dia tidak memimpin bala tentera dan berperang seperti Stalin, Kar Marx, Hitler, Churcill mahupun Patton atau Arthur, malah banyak pula pihak yang mempertikaikan agama dan amalannya, namun lelaki yang dilahirkan dari kalangan keluarga bekas Menteri Besar Kedah yang terkenal dengan pembinaan Terusan Wan Mat Saman selain hubung kait dengan keluarga Mahsuri, tetap terkenal di seluruh dunia walaupun dia telah lama meninggalkan perkhidmatan dan pentadbiran awam.   Walaupun pemujanya meletakkan namanya begitu sayup tinggi mencecah awan, namun sepanjang pentadbirannya, Mahathir sama seperti manusia yang lain tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Namun kesilapan tersebut ditebusnya dengan banyak kaedah bagi menambahbaik keadaan dalam negara ini. Daripada orang Melayu bertangga gaji puratanya RM180 sebulan, han

Menu berbuka semalam

Image
Tengah rajin nak update blog. Tapi takde cerita yang best pun nak dikongsi. So cerita bab makan masa berbuka paling senang, janji blog tak bersawang. Orang baca ke idok, belakang kira. Gambar adalah kelabu asap sebab guna henpon cikai. Jangan tanya insta, agen CIA seperti aku takde makna nak perlukan benda alah tu. murtabak menu wajib kurma ayam asam pedas melaka ikan ketul,taktau ikan apa..not bad jus oren

Hello Burget set

Image
Murah je, RM8.90. Hello Burger franchaise, bukan Fizo Omar tu punya ok. Satu set adalah burger daging/crispy chicken/portabello, sekotak milo dan secawan aiskrim yang banyak pada aku. Berbaloilah, Yang best sebab burger dia ada cheese meleleh tu. Kalau beli ala carte pun dah bape sebiji yang cheese punya. Tapi ni kids meal. set dgn aiskrim cheese fries pilih bun dan vege dan ingredient