Posts

Showing posts from January, 2015

Sarawak trip - Selamat tinggal Kuching

Image
Setelah 5 hari berada di Kuching, tiba masa untuk pulang. Pemeriksaan kastam Kuching agak ketat walau untuk flight domestik , airport international katakan. Hujan membasahai bumi Sarawak tanpa henti. Aku rasa hanya sehari je aku berjalan dalam panas, hari yang lain sepanjang masa hujan..dari pagi hingga malam. Dan dah ada setengah kawasan yang banjir yang memaksa penduduk dipindahkan. Bukan masa yang baik untuk melawat Kuching pada Januari. Banyak tempat berdekatan hotel seperti muzium dan galeri aku batalkan kerana cuaca. Rugi di situ. But someday you win and the other day you lose. Untuk backpackers navigate di Kuching agak susah di luar kawasan kerana tiada public transport. Nak pergi Kampung Budaya, kena chartered taxi atau sewa kenderaan. Jadi banyak kos akan dihabiskan ke transportation, yang mana buat kau end up amik tour. Aku rasa Taib Mahmud mengamalkan polisi seperti di Thailand..di mana tak semua public transport akan ke tempat-tempat yang tertentu. Ini memaksa pel

Ole-ole yang harus di beli dari Sarawak

Image
To all, setiap kali pergi bercuti memang kita akan beli buah tangan untuk orang terdekat. Ole-ole yang ditunggu. Tak kira bos ke, kuli ke yang pergi memana, benda ni ko tetap kena hulur. Souvenir tipikal bagi setiap tempat tentunya Fridge Magnet, key chain, t-shirt statement tempat tu, beg atau makanan. Jika pergi Kuching, benda yang selalu dibawa pulang sebagai ole-ole adalah: 1 . Kek Lapis Dayang Salhah - tak nak yang jenama lain..nak yang ni jugak (mengada sungguh eh). Rm10/pek RM10/pek 2. Gambir Sarawak -sendiri mau ingat..tak tanya rega. Untuk tenaga batin dan sakit gigi. gambir sarawak dan ubt kuat 3. Beg etnik Sarawak -ya, untuk statement bahawa beg ni den boli dokek Kuching nun, yang ado benang  color meriah tu dan terang yakmat. Ada yang Rm15, Rm10 dan ikut size RM50-70 RM10-50 4. T-shirt Sarawa k - ni kat memana pun kena beli..I love NY ke, I love Kuching ke..memang kena bawak lik selai dua. Ada yang Rm30 utk 2 lai, selai Rm10 pun ada ikut gred

Sarawak - Pasar Satok

Image
Pasar Satok lama sudah tidak wujud. Ditukar tempat ke kawasan lain. Lebih jauh dan masih di kawasan Satok. Kat kubah Ria. Sedih? ya. Nostalgia yang pilu? mungkin. Meraung guling-guling 40 ribu kali pun..ada Taib Mahmud kisah?? Kawasan baru lebih banyak ruang dan tidak sesak. Kata pemandu teksi pasar baru ni kurang ramai pengunjung seperti pasar lama. Naik teksi dari waterfront tambang sebanyak Rm12-15. Balik lebih mahal..bergantung. Pasar ni di buka sabtu dan ahad. Hari sabtu pagi hingga  malam dan hari ahad setengah hari. Jom tengok apa yang ada di pasar Satok baru ni. pintu masuk Pasar ni ada beberapa bangunan terpisah..mula masuk akan jumpa orang jual sayur dan hasil hutan, souvenir..then masuk ke building macam kompleks kecil..ada  ATM, kedai baju sikit dan Agro mart. Masuk sikit terus ke pasar basah..ada product yang glamer macam terubuk masin, hasil laut, ayam dan sayur. Ada lorong untuk rempah ratus dan ikan masik ,udang kering serta kuih kering seperti kuih c

Sarawak trip - Kuching Waterfront

Image
Watefront Kuching adalah tempat bersosial bagi masyarakat disini...(dating and mating).  Kawasan ni cantik, tenang dan damai mengadap Sungai Sarawak yang luas dan dalam tuh. Cer agak bape ekor buaya ada dalam ni? Bagaimana pun adalah tidak adil jika aku menyusuri Danube promenade dan feeling Adele's Someone Like You tapi tak buat pekara yang sama di negara sendiri. Aku tidak double standard. Untuk itu semasa menyusuri Sungai Sarawak, yang bergema dalam hati aku adalah lagu Kain Cinta Putih. '' Ku jalan sendiri tiada tempat Untuk menanti Tiada mu aku menyepi Bayanganmu aku mencari... Ku sangkakan hujan Tapi taufan datang melanda Ku mencari tanpa pegangan Dan tersungkur di ketepian '' Suasana sambil menyusuri sungai ini begitu hening. Terasa syahdu.. (dia buat dahhhh). Bersendirian disini..menikmati hembusan angin..merenung dalam diri. Fikiran menerawang dan nostalgia jiwa kembali menjelma. Pedih. Sakit dan perit. Bahagia dan derita. Namun selagi