MyeongDong Topokki Sunway Putra Mall KL
Tteokbokki ( 떡볶이 ; juga diketahui sebagai teokbokki , ddeokbokki , topokki , dan dukboki ) [1] [2] ialah makanan snek Korea yang popular daripada kek beras yang lembut, kek ikan dan sos cili merah yang manis. [3] Makanan ini amat mudah didapati daripada gerai tepian jalan atau pojangmacha . Asalnya ia dikenali sebagai tteok jjim (떡찜) dan merupakan hidangan hirisan kek beras, daging, telur dan perisa. Sejarah tteokbokki membawa kepada lewat Dinasti Joseon , berdasarkan fakta yang tteok (bahan utamanya, juga dikenali sebagai kek beras) diperkenalkan sebelum zaman Tiga Kerajaan. Tteokbokki juga adalah sebahagian daripada juadah santapan diraja Korea pada zaman Dinasti Joseon. Sementara tteokbokki versi moden adalah kemerahan dan pedas, versi asalnya adalah perang dan rasa biasa. Seperti namanya, gunjeon tteokbokki adalah contoh makanan mewah Korea. Ia terdiri daripada gabungan tteok, daging, sayuran dan pelbagai jenis bahan perasa. Selepas gochujang (pes pedas Kore