Posts

Showing posts from July, 2019

Tanah Lot Bali

Image
map Tanah Lot di wilayah Tabanan Tanah Lot  merupakan tebing tinggi menganjur ke laut di pulau  Bali ,  Indonesia .  Di atasnya telah dibina  kuil   agama Hindu , Pura Tanah Lot dan menjadi tarikan utama para pelancong. Tanah Lot terletak di  Tabanan , kira-kira 20 km daripada  Denpasar . Tebing tinggi ini terbentuk jutaan tahun akibat hakisan semasa pasang surut lautan. Tanah Lot dikatakan dibina oleh sami abad ke-15 bernama  Nirartha .  Semasa dia mengembara sepanjang pantai selatan dia melihat batuan tinggi yang menarik dan berehat di sana. Nelayan-nelayan ada yang memberi hadiah-hadiah kepadanya.  Nirartha memberitahu para nelayan untuk membina sebuah makam, satu tempat suci untuk mengagungkan Tuhan laut Bali. Kuil Tanah Lot adalah satu daripada tujuh kuil laut sekitar pantai Bali. Kuil ini dipercayai mengawal roh-roh jahat dan penceroboh. Kononnya terdapat seekor ular sangat besar yang melindungi kuil, yang dicipta dari  cindai   Nirartha  semasa dia sampai di

Royal Palace Ubud

Image
Selepas ke Tegallalang moh kita gerak ke Royal Palace Ubud. Istana diraja ni dikenali sebagai Puri Saren Agung adalah istana keluarga kerajaan Ubud, menjadikannya salah satu mercu tanda paling terkenal di Ubud.  Ia berfungsi sebagai tempat kebudayaan, tarian dan kesusasteraan yang memaparkan seni bina Bali yang dipelihara dan suasana taman yang menawan, istana itu dibina semasa ketuanan Tjokorda Putu Kandel (1800-1823). Oleh kerana istana ni dalam kawasan Ubud jugak maka taklah jauh sangat dari teres padi tadi tu dan terletak di jalan utama Ubud. Bahagian depan istana terbuka kepada orang ramai, dan boleh masuk percuma. Ini yang den suka sebab payah benor nak dapat masuk free ke mana-mana tempat di Bali hatta pantai pun berbayar. Istana ni cantik pada aku, penuh ukiran seni budaya Bali, terjaga dan mistik dengan patung-patung dewa memenuhi perkarangannya. Pak supir drop kami disana, bagusnya istana  tepi jalan utama dan mudah akses. dari teres padi ke istana ni dalam seten

Teres Padi Tegallalang

Image
Teres padi femes ini terletak di Ubud. Kira-kira 1 jam lebih dari Kuta. Hari ini merupakan hari ke-3 di Bali dan destinasi pertama pagi ini adalah ke Ubud. Teres padi Tegallalang di Ubud terkenal dengan pemandangan sawah yang indah dan sistem pengairan inovatif mereka. Tegallalang membentuk lanskap bertingkat tanaman padi yang paling indah Ubud di kampung-kampung petani. Di sini ada banyak kafe, kedai cenderamata tempatan dan tarikan seperti buaian, photo booth dan nak masuk teres padi kena bayar dalam 10 ribu rupiah seorang (Rm3). Kami pergi dengan supir jadi rilek tak kalut macam backpack biasa tu.  Kat sini bajet masa 2 jam utk amik gambar semua..so campur perjalanan 4 jam jugak return. Kuta ke Tegallalang Ubud makan masa hampir 2 jam teres padi yang terkenal breakfast pagi ni sepanjang jalan penuh kedai ukiran bali bila dah sampai dan nak turun ke teres kena bayar caj masuk 10k luas jgk teresnya ada kafe jom naik swing tempat b