Posts

Showing posts from January, 2013

Pinggan Oh Pinggan

Image
Pinggan mangkuk Dinnerware dan kawasan sama waktu dengannya. Hobi utama kaum wanita,surirumah dan makcik-makcik. Mengumpul pinggan mangkuk adalah satu keperluan, malu orang datang dihidang pinggan kedai dua ringgit. Biar beli sikit-sikit,bila dikumpul lama-lama dapat buat kenduri satu kampung an takyah pinjam yang surau punya. Pi Langkawi,beli pinggan. Pi Ayer itam,usha pinggan. Pergilah ke hatta ke England dan penghujung dunia pun, mengintai pinggan adalah kewajipan Perempuan dan pinggan-dua menjadi satu. Oh alangkah ruginya manusia yang tak tahu menghargai makan dalam pinggan yang cantik, hidang dimeja dihiasi  teh berteko corak bunga. Aku rela masuk kutu asal dapat memilikimu. Biar baju tak berganti seminggu,kasut ternganga depan belakang,muka dah serupa mak lampir tak jumpa darah,aku tak peduli. apesal heh?tebiat?nak penampor? hhehe, saja nak tunjuk gambar set pinggan baru.Victoria set RM299 dari Menang Glassware dan pinggan segi empat yang dibeli di Saaka Nilai (memang bers

Pengembara yang sunyi/lonely traveller 1

Image
Pernahkah kita,semasa remaja memikirkan untuk bawa diri?bergaduh dengan parent,fikir untuk merajuk bawa hati.bergaduh dengan kawan-kawan timbul keinginan untuk pindah sekolah,pindah asrama,apatah lagi kalau bergaduh dengan si dia?nak pergi bawa hati yang luka,nak tinggalkn dia supaya dia terasa kehilangan kita dan akan menghargai kita bila kita tiada di sisi?dan dia akan sedih sambil petik gitar lagu ni:  '' Ku jalan sendiri tiada tempat untuk menanti Tiadamu aku menyepi bayanganmu aku mencari.. Kusangka kan hujan tapi taufan datang melanda Ku mencari tanpa pegangan dan tersungkur di ketepian..' dan dibawah pohon dimalam yang sepi dan hanya kesakitan yang bertebaran * kononnya *   Semakin kita dewasa,pekara tersebut menjadi kabur dan kita menjadi dewasa. Tiada lagi terlintas. Kerana itu perangai budak-budak,sikit-sikit merajuk nak lari.  Tetapi,tetapi..membawa hati masa remaja tu ada kaitan juga seorang pengembara. Ok,selain kerana