Showing posts with label Backpack Hanoi February 2017. Show all posts
Showing posts with label Backpack Hanoi February 2017. Show all posts

Itenary dan Kos Backpack ke Hanoi

The Beauty of Sa Pa town in winter

etnik minoriti


Assalamualaikum,

Untuk entry last backpack ke Hanoi, Vietnam kali ni aku akan bentangkan kos sepanjang backpack aku ke sana selama 5 hari 4 malam. Itenary taklah pack, aku hanya pergi ke tempat yang memang aku aim/ highlightkan iaitu Sa Pa dan Halong Bay sahaja.

Selingan adalah jenjalan cuci mata di Tasik Hoan Kiem, shoping di Old Quater dan makan minum masak sendiri. Takde masa nak carik kedai halal dan belasah je apa yang ada asalkan kenyang.

Okay, untuk itenary backpack ke Hanoi dan kos nya macam kat bawah:

1. Hari Pertama (24/2/17):
KL-Hanoi (3jam)
Ronda Old Quater
Sleepers train dari Hanoi-Lao Cai-Sapa (9-12hrs)

 -Tiket bas airport - Old Quater = 40k vd ( Rm 8)
- Tiket ketapi Hanoi- Lao Cai = 385k vd (Rm 71)
- Kasut but+stoking = 190k vd (Rm 35)
- Coffee/teh = 50k vd (Rm 9)
- Hotel day use ( 400vd/2) = 200vd (rm 37)
Total : 865k vd (rm 160)


2. Hari Ke-2 (25/2/17):
Sapa town market
Ronda/shoping di Sapa

- Minibus Lao Cai-Sapa = 26k vd  (rm4.6)
- Hotel 500k vd/2 = 250k vd  (rm 45)
- Makan (masak sendiri), beli sayur buah = 50k vd  (rm 9 )
Jumlah belanja hari kedua : 326k vd (Rm58.7 digenapkan)


3. Hari Ke-3 (26/2/17):
Cat Cat Village
Bas dari Sapa-Hanoi
Ronda Old Quater

- Tiket masuk Cat Cat Village  = 50k vd  (rm 8)
- Tiket bas Sapa- Hanoi = 250k vd (Rm 45)
- Hotel 400k vd/2 = 200k vd  (rm 35)
- Sewa motor 150k vd/2  = 75k vd  (Rm 13)
Jumlah belanja hari ketiga : 575k vd (Rm 103 digenapkan)


4. Hari Ke-4 (27/2/17):
Halong bay trip
Shoping di Old Quater
Lepak di tasik Hoan Kiem

- Trip ke Halong Bay  = 700k vd  (rm 125)
- Air Mineral = 45k (Rm8 )
- Shoping di Old Quater 305k vd (RM 53-55), seperti list kat bawah:
  ~beli Waterproof Dry Bag Outdoor 2ltr 100k vd (Rm 17)
~Key chain 100k vd (Rm 17)
~ Kopi 55k vd (Rm 10)
~ tali pinggang 50k vd (Rm 9)
 Jumlah belanja hari keempat : 1050 k vd (Rm 188 digenapkan)


5. Hari ke-5 (28/2/17)
Dari Old Quater ke airport (flight awal pagi)

Teksi ke airport = 220k vd  (rm40/2)
Jumlah belanja hari kelima : 110k vd (Rm20)


6. Tiket flight KL-Hanoi-KL = RM 400.00

Jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi seorang backpacker ( tapi pergi berdua boleh share kos hotel&taxi) untuk 5 hari 4 malam di Hanoi adalah 2926k dong bersamaan RM530.00 termasuk souvenir/belanja peribadi.  Campur flight Rm400 semua kos termasuk flight adalah RM930.00.

Apabila belanja hanya dikira ketika menjejakkan kaki di Hanoi.
Apabila kita bawak periuk nasi ajaib dan makanan segera dari tanahair seperti sardin, kari daging tin dan mee maggi.

Dan untuk malam terakhir tu aku melepak di tasik sampai pukul 4 pagi sebelum ambil taxi ke airport. Jimat duit hotel sebab masa tu balik dari Halong dah lewat. soping lagi kat Old Quater jadi rugi amik hotel. Namun tak jimat jugak sebab hari pertama sampai Hanoi kami ambil hotel untuk day use kerana train ke Lao Cai tu bertolak malam. Dan amik taxi pulak ke airport.

Oleh itu, adalah terlebih dan ter kurang di mana-mana. Ada ke backpacker yang perfect segala kos dan itenary nya? tak kan. Jadi travel la ikut cara dan kesesuaian masing-masing.
Do it your way.



Ha Long Bay

Hari ke-5 dan Malam terakhir di Hanoi

Selepas balik dari Halong Bay, dah maghrib masa tu dalam pukul 7 malam lebih kurang. Kami memang dah check-out sebelum pergi ke Halong tadi, cuma tinggalkan mak tapir di reception. Balik tu pun terus cakap kat budak reception tu kami nak gerak pukul 4 pagi ke airport dan dia kata boleh tinggalkan beg kat hotel tu dan cab pun dia akan uruskan. Then lepas setel apa yang patut kami terus pergi meronda kat pasar malam yang meriah dekat Old Quater tu.

harga utk Halong Bay day trip: 25-30 USD..yang aku amik 700k dong (Rm124) lebih kurang

meronda.. area kawasan backpakcer di sini

boleh shoping last minit

memang tourist area ni

kopi sobenir vietnam yang harus dibeli

macam-macam jenis ada

tepi jalan je display nya

byk kedai sobenir kat sini

kedai fabrik utk cenderahati

ni dekat restoren India..staf dia dok pujuk kami masuk dinner

ni restorennya..tapi kami tak masuk pun

ni lorong dekat hotel kami
menikmati keindahan tasik pada malam terakhir..sejuk gigil ok...

Jadi sementara mennunggu pukul 4 pagi untuk ke airport kami meronda Old Quater, lepak di tepi tasik Hoan Kiem dan beli-belah apa yang patut. Ambil teksi ke airport dicaj sebanyak 220k dong untuk 2 org. Pukul 4 pagi, teksi datang dan kami ambil backpack dari hotel dan terus gerak ke airport.

Bye-bye Hanoi, ada jodoh bersua lagi.

Kos bagi seorang backpacker hari ni ialah:
- Teksi ke airport = 220k vd  (rm40/2)

Jumlah belanja hari kelima : 2225k vd (Rm 396 digenapkan)

Halong Bay one day cruise part 2

Salam Oktober dan apa khabaq semua pembaca..minta maaf sb busy sgt2 lately dan memang byk komen masuk esp. berkenaan visa Australia yang sekarang ni makin ketat/sukar lulus bagi rakyat Malaysia. Ini adalah salah satu sebab kerana kawan-kawan travel kita jugak yang buat hal.. dah masuk Aussie tak reti nak keluar..Jadi menyusahkan semua orang.
Dah ko nak koreje petik buah kat sana nun ko menyusahkan warga sendiri.  Semoga hidup ko sebagai pendatang haram tak seindah yang dibayangkan.
Itulah risiko traveler macam kita..kalau lulus alhamdulillah..kalo tak..pakat merasa macamana mak direjek visa china dulu.

Entry ni memang dah ada draf jadi mak publish jea..nak lepak lelama kat blog pun tak terdaya dah..maafkan mak SS..JM dan rakan-rakan blogger yang tetap setia menjenguk mak. Esp SS atas ingatan kad raya kreatip mu itu. Nanti ada masa mak akan bom blog SS okeh..muah ciket. Jom sambung entry Hanoi..sakit mata pulak tengok lama sangat terperap entry ni.

*************************************************
Selepas makan, boleh lah pergi naik atas dek dan menikmati hembusan bayu teluk Halong.
Amik gambar segala dan cuaca mendung berawan. Perjalanan kapal menuju ke Gua Thien Cung.

Kapal berlabuh dan sila lah berjalan kaki nak masuk ke gua ni. Agak jauh jugak nak panjat tangga tu dan masa entry sila tunjuk tiket cruise tu jugak.
Penting supaya bawak air mineral secukupnya ya, beli la yang 2 liter seorang tu. Dah trip pun sehari suntuk.

One day cruise Halong Bay ni akan singgah 2 tempat je- Gua Thien Cung dan jeti terapung tempat berkayak tu. Aku tak tau kat area mana jeti tu, just ikut je mana kapal berlabuh.
Trip ni ikut harga jugak, jika harga lebih mahal banyaklah tempat yang disinggah, seperti singgah di perkampungan nelayan kat teluk ni.
Yang naik junk untuk bermalam dalam kapal pun ada. Den tak mampulah nak try yang tu.
 Sebab aku amik yang basic cruise, dia singgah 2 tempat je la.

kapal berlabuh di sini


jom berjalan masuk gua

ni la budak jepun tu..yang kena marah..end up aku semeja dgn dia dalam kapal..baik je budak ni..sian dah menangis awal pagi lagi

nasib dia sporting jugak..kena marah pun dia nangis kejap je pastu cool dan enjoy the trip.

bawah gua

byk kapal mai sini dulu

panjat masuk gua
bagi tiket cruise kat sini sebelum masuk gua
penerangan mengenai grotto ni yang terletak di Dau Go. Telah terbentuk lebih dari 7 ratus ribu tahun yang lalu dan berkeluasan 3 ribu kaki persegi serta 20 meter dari aras laut.

dalam gua

unik dan pelbagai bentuk

cerita lucah pun ada bila dah masuk gua ni..antaranya usap tangan kat batu yang berbentuk kemaluan untuk membesarkan terung sendiri  hehe..aku dah lupa


jalan keluar gua

sila bersenam

seterusnya jom berkayak pulak 
Perlayaran diteruskan selepas semua penumpang boarding. So penting ya ingat nombor bot dan geng sekapal. Kapal akan belayar untuk ke jeti terapung bagi aktiviti berkayak dan bamboo boat.
Kalau tak salah jeti ni terletak di kampung Ba Hang. (bukan baq hang tau)

basic cruise lebih kurang mcm ni..depend kpd harga

''Ba Hang Village adalah sebuah kampung terapung kecil yang terletak berdekatan dengan Thien Cung Grotto (gua) dan gua Dau Go. Kampung ini adalah salah satu tempat yang dikenali kerana penduduknya  merupakan pengemudi sampan pelancong di  Halong Bay.

Kampung Ba Hang mempunyai kira-kira 50 keluarga dan telah hidup di atas memancing dan  menyediakan perkhidmatan berkayak, bot dayung/buluh, dan lain-lain hasil pendapatan dari Halong Bay sebagai destinasi pelancongan. Kampung terapung ini adalah rumah warisan bergenerasi dan kebanyakan penduduknya menetap, membesar dan tinggal di sini, di mana mereka dilahirkan. Kanak-kanak dilahirkan, belajar berenang dan membantu ibu bapa mereka. Kehidupan harian mereka bergantung pada air pasang surut dan berlindung di balik gugusan batu kapur di teluk.
Kampung terapung adalah kehidupan berasaskan kebergantungan pada teluk  dan penduduk  mempunyai gaya hidup yang unik.''



pelayaran diteruskan

dah sampai ke jeti terapung untuk berkayak/bamboo boat ni

kapal berlabuh

inilah jetinya

drink and food pun ada

tak besar mana jeti terapung ni
boleh la nk tertonggeng ke berposing
bagi yang amik kayak dan bamboo bot beratur masuk


di urus oleh tourism vietman tempat ni
pendayung bamboo bot syok bergosip

kecik-kecik cili api

bot menunggu penumpang

kayak menunggu pendayungnya

nak berkayak pun ada guide so jgn risau

yang tak ambil apa-apa aktiviti silalah menunggu atas bot, melepak,solat ke hapa. mau dua tiga jam nak tunggu diorg nih balik ke bot

Selepas 2-3 jam menunggu orang pergi berkayak dan naik bot, maka kapal pun akan teruskan perjalanan bali ke Tuan Chau Marina.
Naik minivan balik Hanoi dan sampai dalam pukul 7 malam di hotel.
Sempat shoping sekejap di Old Quater.

Kos bagi seorang backpacker hari ni ialah:

- Trip ke Halong Bay  = 700k vd  (rm 125)
- Air Mineral = 45k (Rm8 )
- Shoping di Old Quater 305k vd (RM 53-55, seperti list kat bawah:
  beli Waterproof Dry Bag Outdoor 2ltr 100k vd (Rm 17)
Key chain 100k vd (Rm 17)
Kopi 55k vd (Rm 10)
tali pinggang 50k vd (Rm 9)
  
Jumlah belanja hari keempat : 1050 k vd (Rm 188 digenapkan)