Posts

Showing posts from May, 2019

Lailatul Qadar dan Iftar di penghujung Ramadan

Image
Assalamualaikum wbt. Semoga puasa dan amalan kita mendapat keberkatan dan diterima Allah pada kali ini. Sedikit catatan ceramah Ramadan 1440H oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Ramli Shafie pagi tadi mengatakan bahawa umat Muhamad Rasulullah s.a.w adalah umat yang paling pendek umurnya namun banyak kelebihan yang telah diberikan Allah salah satunya adalah malam Lailatul Qadar. Malam yang bermaksud mulia,sempit/sesak kerana banyaknya para Malaikat turun memenuhi bumi. Malam yang dikatakan petandanya adalah: - matahari ketika terbenam bewarna kemerahan jingga, -suasana malam yang hening,sunyi tanpa kicauan burung. -Masuk isyaknya pula udara menjadi sejuk dan nyaman dan embun besar atau hujan renyai turun pada sepertiga malam. -Matahari pula selepas malam mulia tersebut hanya akan menyinar dalam pukul 11 pagi. Dan tahun ini kita berpuasa pada Isnin, ulama menjangka malam tersebut jatuh pada 23 Ramadan yakni pada malam ganjil sepuluh malam terakhir yakni pada 28/5, wallahualam. Untuk m

Menu berbuka pertengahan Ramadan

Image
Assalamualaikum, Ramadan dah masuk ke pertengahan bulannya pada hari ini. Sebelum kita jamu mata dengan menu berbuka Mak nak berkongsi tazkirah Ramadan oleh Ustaz Mohd Isa Abd Rahman, Imam 1 Masjid Zahir yang mengatakan bahawa bulan puasa adalah bulan mengumpul pahala sebanyak-banyaknya. Beliau memberi contoh bagaimana kita boleh berkreatif dalam mencari pahala. Contohnya disini apabila sang suami balik terawih, duduk di ruang tamu dan kita telah siap sedia hidangkan air. Kita turn situasi katanya. Jangan buat air dulu, waktu tersebut bertanya kepada si suami 'abang nak minum air?'' dan apabila si suami menjawab 'buatlah air panas' -maka suruhan itu yang sunat jika kita sediakan sendiri tanpa bertanya-telah menjadi wajib kerana suruhan suami. Banyak lagi benda kreatif boleh kita fikir utk tambah pahala. Pahala buat benda yang wajib dan sunat tidak sama. Kadangkala pekara kecil begini lah yang akan menjadikan lubuk pahala kita. (tp klu jenis somi nak marah sb

Menu berbuka puasa yang mudah dan senang

Image
Alhamdulillah, Ramadan dah masuk hari ke-9 pada hari ini. Semoga kita lebih baik dari semalam dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus beribadah dan istiqamah. Entry ni mak just nak share menu apa yang dimasak/ada yang beli untuk berbuka puasa tahun ni. Lauk simple, makanan tak meriah mana, ya lah bukan ramai pun kat umah tu. antara menu yg mudah je kembong berlado kurma daging kentang paceri terung kuih yang dibeli yg senang je weekend boleh la mengirai roti jala..berjam berdiri kat dapor tuu sayur kacang buncis..peberet ni sambal telor sotong..bapak besor telornya daging masak merah ni beli je sambal ikan tongkol ni masak tak banyak masak lemak rebung dgn ikan bilis ni je yang ada kuih lopes ni beli