Showing posts with label Bulgaria. Show all posts
Showing posts with label Bulgaria. Show all posts

Kembara Bulgaria - Part 4 - Dari Bulgaria ke Romania

Aku melangkah ke stesen keretapi Ruse lebih awal. Keretapi dijadualkan bergerak jam 14:30 dan sampai jam 17:30 di Bucharest Nord dan seterusnya tukar gerabak ke Brasov.
Naik keretapi ke Romania adalah di platform 4.

besar platformnya

ni platform dia
besar dan gah stesen ni

turun bawah ke kaunter tiket

Lepas naik tu, aku lepak je sambil amik gambar. Tetiba ada police border datang,nak cop passport la kan.
Muka ala komunis yang nak tembak orang. Dia mintak passport aku, aku bagi. Tak puas ati dia mintak ID yang lain macam lesen ke apa. Aku cakap aku tak bawak lesen, yang ada myKad. So aku bagi dia. Dia tenung aku macam aku terrorist ok. Dia tanya aku buat apa disini, kenapa semalam je stay dll. Aku jwb aku buat overland tour so memang tight schedule kan. Aku buat selamba senyum,,bukan macam kerang busuk lagi dah tapi kerang yang nak jadi bangkai pun ya. Boleh aku senyum tu dia buat serius? adeh la.
Pastu dia amik passport aku, bawa g check kat pejabat dia kot. Lama jugak nak tunggu dia datang. Aku dok pikir dah le nak masuk pun macam tak direlakan je..nak keluar pun sama?
Kemudian dia datang serah passport yang dah di cop..lega aku. Dan keretapi pun bergerak. Dalam gerabak keretapi tu aku sorang je..apalagi selfie kemain la. Sat lari ke kanan, sat ke kiri bila tengok view cantik sikit. Jakun la katakan.
Inspector datang check tiket dan aku diam la kejap.
dalam keretapi

Sepanjang perjalanan cantik juga view cuma pokok banyak yang dah togel.
Kemudian keretapi melalui jambatan sempadan Bulgaria-Romania iaitu Danube Bridge. Jambatan ini agak terkenal dan dibina pada zaman Soviet Union.
view dari dalam train
ni la bridge nya. pic google
The Danube Bridge (formerly known as the Friendship Bridge;[1][2] Bulgarian: Мост на дружбата, Most na druzhbata or, more commonly, Дунав Mост, Dunav most; Romanian: Podul Prieteniei or Podul de la Giurgiu) is a steel truss bridge over the Danube River connecting the Bulgarian bank to the south with the Romanian bank to the north and the cities of Ruse and Giurgiu respectively. It is one of only two bridges connecting Romania and Bulgaria.

Lepas cross Danube River..you're in Romania baby!

Kembara Bulgaria- Part 3 Hari kedua

Hari ni hari kedua di Ruse. Staf kat reception inform aku..minta kalau boleh aku check-out awal sebab ada booking. Dia takdelah paksa ke apa tapi minta tolong. Aku ok je lah. So pagi dalam pukul 9 camtu aku keluar ke Stesen Keretapi Ruse. Dan merayap kawasan yang terdekat.
Sejuk angin pagi memang terasa..ketar-ketar masa jalan tu.
Aku tukar duit USD100 disini dan dapat 150 Leva. Big mistake sebab aku bukan lama pun disini. Aku guna duit tu untuk beli tiket keretapi ke Romania dan sedikit barang runcit seperti susu, buah dan roti sahaja. Tak luak pun duit tu.
Stesen keretapi Ruse yang dari luar macam muzium ke apa

Dalamannya agak lengang dan ada bilik menunggu yang ada heater.
besar gila stesen ni tapi lengang je..orang tak ramai
nampak gah
Di sini aku beli tiket keretapi ke Brasov. Mulanya aku nak beli ke Bucharest tapi sebab dekat sangat, rasa tak berbaloi pulak. Harga tiket 33leva (Rm73) dan perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam.
Lepas beli tiket aku berjalan dikawasan sekitar sebelum check-out.
kedai runcit Ruse


semua fresh

Aku jumpa budak gipsi ni depan station keretapi.
Depan stesen keretapi ni juga aku berbual dengan seorang perempuan Bulgaria. Baik sangat dan siap temankan aku beli tiket, dan juga ada budak gipsi yang kejap-kejap datang kat aku. Taktau apa motif mereka tapi diorang suruh aku amik gambar diorg, aku amik. Diaorang blah lepas tu datang balik. Nasib ada perempuan Bulgaria tu yang selamatkan aku. Siap tunjuk kat aku nak naik platform mana nanti.
banyak gereja sini padahal inilah jajahan takluk empayar ottoman sekian lama..islam tak masuk dalam hati mereka

Dari train station belah kanan, naik tangga ni terus jumpa stesen bas..suasana usang dan buruk tak terjaga
sejuk gila pepagi ni

daun berguguran

warga tua Ruse

Apa dia tulis? tolong baca sat
warga Ruse yang berehat dalam kebekuan pagi
bagi makan merpati..kasih sayang dimana-mana

klasik

intai umah orang kaya

kedai di Ruse


Balik hotel, aku pun bersiap check-out dan berjalan kaki ke stesen keretapi.
Cukuplah semalam di Bulgaria dan sampai masa untuk meneruskan perjalanan. Ruse hanya satu persinggahan semalaman.

Bulgaria - Part 2 Hari pertama di Ruse


Bulgria adalah sebuah negara yang tergolong dalam Central Eastern Europe.

Central and Eastern Europe, abbreviated CEE, is a generic term for the group of countries in Central Europe, Southeast Europe, and Eastern Europe, usually meaning former communist states in Europe. It is in use after the collapse of the Iron Curtain in 1989–90. In scholarly literature the abbreviations CEE or CEEC are often used for this concept. Kadangkala ia termasuk Austria.
CEE includes the following former socialist countries, which extend east from the border of Germany and south from the Baltic Sea to the border with Greece.
https://en.wikipedia.org/wiki/Central_and_Eastern_Europe

Negara yang berfahaman sosialis ini digantikan dengan sistem parlimen berdemokrasi selepas runtuhnya tirai besi pada1989-1990.
Ruse atau Pyce dalam cyrilic- Heritage trail

Ruse adalah Bandar ke-5  terbesar di Bulgaria dan teletak di sempadan Romania. Ia adalah di utara Bulgaria dan berdiri di tebing sungai  Danube. Ruse terkenal kerana senibina bangunannya yang berkonsep neo-boroque ( senibina kurun ke-19  dan noe-Rococo yang gunakan hiasan penuh ukiran, cermin hiasan yang elegan.
Dikatakan asal nama Ruse adalah dari perkataan ‘Rusa’ dalam bahasa Russia yang bermaksud ‘blond hair’. Bandar ini adalah bandar industri dan di gelar  'little Vienna' kerana banyaknya bangunan yang mirip seperti di Vienna.


Tulisan Cyrilllic
lengang pada ahad

berseni dan agak terbiar
masjid lama
bangunan apakah



Hari pertama disini, aku hanya jalan di kawasan sekitar.. tengok bangunan yang cantik dan tak pergi sangat pun tempat famous yang lain.
Nak melawat muziumnya..di tutup pulak. Aku tak naik tram dan pengangkutan awam yang lain di sini..hanya berjalan kaki.. terjumpa sebuah masjid yang agak usang.
kucing gemuk comel


ni nak naik ke stesen bas dari depan jalan



depan train station


gambaq kelabu asap sebab kamera pun sejuk woo
Lepas puas jalan aku balik hotel...cuci mata kat balkoni tengok warga Ruse yang cantik bergaya tu.
stylish depa ni