Halong Bay one day cruise part 1
sila lah naik kapal ye Jom sambung citer Hanoi... Setelah melalui perjalanan dari lebih kurang 3 jam dengan minibus dari Hanoi ke Tuan Chau Marina, kami sampai dan terus ke kapal yang sedia menunggu untuk belayar ke teluk Halong. Pakej termasuk lunch so just bawak air. (bawak 2-3 botol pun takpe atau sebotol 1.5 liter seorang sebab pakej ni tak termasuk air dan one day trip jadi memang dahaga sebab ada trip masuk gua panjat tangga dan banyak jalan kaki, nak beli atas kapal memang le mahal) Halong Bay adalah teluk semula jadi di Vietnam utara berhampiran sempadan China. Teluk ini dipenuhi dengan 1,600 pulau-pulau batu kapur dan meliputi kawasan lebih daripada 1,500 kaki persegi. Kawasan luar biasa ini diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1994. Ha Long Bay ("Naga Turun ke laut"), adalah teluk di pantai barat laut Teluk Tonkin, berhampiran bandar Ha Long (Hong Gai), wilayah Quang Ninh, Vietnam utara. Terletak 102 batu (164 km) tenggara Hanoi,