Showing posts with label Kelantan/Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Kelantan/Terengganu. Show all posts

Pengkalan Kubur- tempat shoping bebas cukai


Pengkalan Kubor ialah sebuah Bandar Sempadan dan Daerah di dalam Jajahan Tumpat . Terletak di Utara Negeri Kelantan Bersempadan dengan Negara Thailand .
Pengkalan Kubor mempunyai kawasan bebas cukai yang menjual barang-barang, terutamanya pakaian, kasut, beg dan peralatan dapur pada harga yang amat berpatutan dan telah menarik banyak pengunjung ke sini. Kawasan bebas cukai ini sebesar padang bola sepak. Ia terletak di tepi muara sungai. Namun kawasan bebas cukai di Rantau Panjang lebih besar , meriah dan lebih murah. Jarak dari Pengkalan Kubor ke Rantau Panjang kira-kira 30 KM (Melalui Jalan KASBAN) sahaja.
Kawasan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor terletak dalam kawasan yang berpagar. Pintu utama hanya dibuka pada pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Jadi jika anda ingin shopping, eloklah datang pada waktu pagi. Pada pukul 5.30 petang semua pembeli akan diarahkan keluar oleh pihak Kastam kerana pintu utama akan ditutup pada waktu tersebut.
Apa yang dijual? Pelbagai barangan buatan Thailand yang sama seperti dijual di Rantau Panjang termasuklah jersi bola, pakaian celoreng, toto, pinggan mangkuk, periuk belanga, barangan dapur dan sebagainya.
Dah datang sini,tak perlu ke Rantau Panjang lagi.

pemeriksaan kastam

kedai pinggan mangkuk,tak byk sgt..periuk belangan banyak

kain baju



 Harga baju disini utk blouse dlm RM25.
Toto Narita RM39 utk yg besar dan tebal tu.Toto jenama Today tu murah sikit RM33.
Cadar 3D dalam RM65 dan include cadar ropol,comforter,sarung bantal 4pcs dan bolster case.
 Selimut dalam RM15 utk yg besar dan tebal tu.
Pinggan mangkuk pun boleh tahan murah cuma pada aku di Langkawi lagi murah.Sama seperti coklat.
Beg utk budak-budak pun ok la,murah dlm Rm20 camtu.
Murah dan ok la jgk nk shoping.
                                cadar dan toto






 Kedai mainan  dan segala motor/keta kanak-kanak...yang bisa buat poket mak ayah bocor.

Stalll takoyaki dan waffle pun ada



Pantai Cahaya Bulan Kelantan

Pantai yang popular dulunya..tapi skrg taktaulah lagi.Sebab telah ditambak batu dan tak boleh nak berjalan atas pasir digigi ombak sambil rambut mengerbang di tiup sang bayu,pakai tube dan pario berjalan ala model..itu hanya zaman dulukala.
Sekarang jangan kata nak berjalan tepi ombak,nak panjat batu pun susah.Batu ditambak tinggi-tinggi dan seksa nak tengok laut pun.Motipp?? sama ada nak kurangkan kematian akibat lemas atau hakisan,lebih baik buat serupa Pantai Merdeka..
Ada kedai makan tepi jalan kat sini,sebelah dgn Perdana Resort je.Kopok lekor dan seafood goreng pun ada..tapi kureng sedap pulak pada aku,tepung salut keras.
Harga: Udang secucuk 3 ketul - RM12
           Sotong seekor secucuk -RM15
           Ikan kembung sekor -RM5
Ketam dan lokan serta fish/seafood ball semua ada cuma harga tak tanya pulak.
Nasi goreng ok,sedap dgn harga reasonable jgk..RM4-RM6
Air kelapa pn ada.



ikan goreng dan sotong-RM18

Pasar Siti Khadijah Kota Bharu

Pasar Siti Khadijah merupakan satu antara tarikan pengunjung ke Kota Bharu.Pasar ni dari luar nampak agak buruk sedikit..dan terletak ditengah bandar.Berhadapan McDonald. Tingkat bawah adalah untuk makanan,barang basah seperti kan,sayur dan barang kering (beras dll)
Tingkat 2 untuk periuk,tembaga,makanan bungkus tradisional dan pakaian.
Meriah diwaktu pagi,banyak makanan tradisi seperti nasi kerabu,nasi dagang,kuih jala mas,taik itik,dan kuih-kuih yang unik colorful yang best untuk dinikmati (ayat skema abissss).
Seriously pada aku,nasi dagang adalah terbaik! cuma tiap kali nasi campur Kelantan,nasinya tak boleh blah.Rasa beras yang agak keras dan seroi pada aku buat aku jadi kurenggg. Tapi nasi goreng semua ok.
Lagi satu uniknya kedai makan di sini,straw dia adalah pendek dari yang biasa kita temui. Aku ingat kedai tu gunting ke apa bagi straw tu pendek tapi rupanya tiap kali makan di  kelantan,memang gitulah kekdahnya.
straw pendek di kelantan
Bagi aku bandar Kota Bharu lebih tersusun dan bersih berbanding Kuala Terengganu.
Terengganu lepas 10 tahun aku tinggalkan pun tak banyak berubah seperti Kota Bharu. Itu pandangan aku la..tak setuju kalu..tampar diri sendiri 40 kali.
Yang best pasal Kota Bharu adalah kain-kain pasang super duper murah!tudung dan segala kegilaan wanita memang murah dan cantik-cantik belaka..terutama di Wakaf Che Yeh  (aloo,ni post pasal Pasar Siti Khadijah ke pasal pasar Che Yeh?)

Bangunan Pasar Siti Khadijah







nasi lemak,nasi dagang,nasi kerabu.Harga RM1.50-RM3

ketupat sotong yang glamer

jala mas,taik itik dan kuih unik org kelantan
Tingkat 2 untuk tembaga,kain dan periuk.

kain baju,mahal dari di Wakaf che yeh


Pasar Payang Kuala Terengganu

Pasar yang terkenal dengan barangan tradisional.Kain pasang,batik,sutera,tudung,songket,kaftan dan byk lagi,termasuk makanan,tapi pada aku setelah lama pasar payang ni masih camtu gak,takde upgrade pun.sadis tengok...Kalo cuti sekolah memang sesak dan ramai manusia.Harga oklah tapi kalo ikut kwn-kwn org Ganu,depa kata sini penjual sikit sombong.
Bagi aku,aku malas nak beli sini sebab memang mahal jgk dan aku rela beli di Kelantan.


ada dua tingkat je kalo tak salah


fridge magnet 3 ketul  RM10.00




batik yang memang lawa dan mahal sampai beratus-ratus,aku hanyan mampu tengok





Bahagian bawah ada jualan makanan kering dan basah termasuk telur penyu.dodol semua ada.
Kedai makanan ada di tingkat dua.






surau kat luar yang luas dan selesa.