Posts

Showing posts from January, 2018

Lapar

Image
Post berkaitan makanan. Yang tengah diet jangan tengok. Bila keluar dengan BFF ginilah jadilah, dah la semua spesis gorilla. Takde jenis nak diet.. kalo tak boleh la aku makan lebih, cehhh. Kes makan kau makan udang terlebih sekor pun bertumbuk tau. mula-mula tom yam capur sampai..masing-masing dah telan air liur dah ada tangan gatal yang sibuk nak korek-korek udang sotong...iskkk okey..telur dadar yang besar dan kembang dah sampai.. daging masak merah pun tiba sekali jugak..nampak best kan..semua dah tambah kebulur yang ke-4 ulam sampai..eh yang ni pun diorg tenung tak kelip mata..hadoiii jadi jom makan buah mangga siam dulu..perut memasing dah mengganas tengok lauk terhidang elok tangan memasing dah naik atas meja..grrrr ngauman dah mula berbunyi lepas tu plak demi nak hilangkan perut bunyi pakat dok teguk air.. sampai nak habis dah air  pun nasi dan mangkuk tom yam dah sampai..adoiiii kena tunggu kangkung plak arghhh..takleh j

Passport Malaysia di kedudukan ke- 4 Asia dan ke-12 dunia pada 2018

Image
jom keliling dunia! (imej google) Berita gembira untuk semua para pengembara Malaysia! Nampaknya kedudukan pasport negara meningkat untuk travel tanpa visa ( visa-free ) pada tahun ini. Terbaharu, Morocco (Maghribi) sudah boleh diakses tanpa visa ya. Ini salah satu negara impian aku selain Algeria dan Tunisia. Dengan budayanya, eksotiknya  dan bangunan batu-bata macam zaman purba memang unik sangat. Dan update jugak untuk Korea Utara, sekatan perjalanan telah berkuatkuasa pada September 2017 sejak kes Kim Jong Nam tu. Kalau tak mesti pasport kita lagi powerr. Yey, jom kita travel!!! ( sambil lompat bintang sejuta kali..tapi terus pengsan dengan air mata bila pikir tabung travel yang sendu ituuuu ). Jadi pemegang passport Malaysia harap lebih berhati-hati kerana dilaporkan passport kita menjadi rebutan pencurik! Jangan tak tau purata 233 passport Malaysia dicuri sehari ya pada tahun lepas dan.. ingat harga passport kita dipasaran boleh mencecah sehingga RM250 ribu

Delta Cenang Resort Langkawi

Image
jom langkawi Pantai Cenang  Chalet yang terletak betul-betul di tepi Pantai Cenang dan paling hujung sekali serta dekat dengan signboard "Langkawi Permata Kedah' ini mempunyai pelbagai jenis penginapan. Ada yang jenis chalet, ada yang jenis family suite apartment. Delta ni terkenal dengan chalet dia yang berbumbung bentuk segitiga tu. Dari Kuah ke sini kena caj RM60 satu van., ok la kan. Jika nak amik tour dari sini ke Kuah, driver tunggu di Idaman Suri, HIG dan pekan Kuah dekat Bayview tu di caj RM160 satu van yang boleh muat 4-5 family. '' Gambaran keseluruhan: Delta Motel And Restaurant adalah tempat bertaraf 2 bintang yang terletak 10 km dari Summer Palace Langkawi. Hartanah ini menawarkan perkhidmatan yang mesra dan kemudahan rekreasi termasuk Jakuzi dan sauna. Tempat ini berjarak 12 km dari Taman Buaya Buaya. Delta Motel And Restaurant dihubungkan dengan bahagian-bahagian lain Langkawi kerana hentian bas terletak berhampiran. Lapangan T