Caj perkhidmatan penumpang airport KLIA dan klia2 yang baru pada 2017
MAVCOM umum kadar baru Caj Perkhidmatan Penumpang Astro Awani | Oktober 31, 2016 18:48 MYT Gambar fail: Foto diambil pada 11 Disember 2014 menunjukkan seorang pelancong sedang melihat papan maklumat di KLIA. - Foto AFP KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) memperkenalkan caj perkhidmatan penumpang (PSC - passenger service charge) yang baharu dan lebih rendah untuk penerbangan ASEAN. Bermula 1 Januari 2017, PSC akan dikurangkan daripada RM65 kepada RM35 untuk setiap penumpang dalam penerbangan ke mana-mana destinasi ASEAN dari semua lapangan terbang utama di Malaysia. Malaysia merupakan negara pertama di ASEAN yang memperkenalkan kategori PSC ASEAN dan pengenalan ini dijangka akan meningkatkan pergerakan trafik keluar dan masuk dari negara-negara serantau. Dalam masa yang sama, MAVCOM akan mengambil langkah secara berperingkat untuk menyelaraskan kadar PSC di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 dalam usaha