Showing posts with label Thailand Krabi. Show all posts
Showing posts with label Thailand Krabi. Show all posts

Kad Raya dari SS dan Rajamangala Aquarium Trang

Selamat hari raya Aidilfitri untuk semua..walau dah agak terlewat..
So tahun ni apa yang best?? Salah satunya..dapat kad raya dari blogger fofular http://scdhaseinphoto.blogspot.com/

Rajin dia bagi mak kad sedangkan mak ni tergolong dalam golongan caveman dan tak bopa nak bersosial. The lone ranger..tapi terharu masih ada yang sudi mengirim kad. Terima kasih SS..nanti akan ku balas semua kasih sayangmu itu. (ayat cover..nanti Mak balas yek..maklumlah Mak bukan bundemu )
kad secantik tuannya

Ayat tak semacho empunya pengirim..hihi
Okeh setelah lama menyepi mari kita sambung trip ke Krabi hari tu.
Kita ke Aquarium yang less popular than Songkla Aquarium yakni Rajamangala Aquarium.

Aquarium ni terletak di kawasan Trang, selatan Thianlad dekat Krabi dan satu garisan pantai dengan laut Andaman. Dekat Rajamangala Universiti Teknologi Srivijaya. Ia di bawah Jabatan natural Resources dan Enviroment Institute Rajamangala University.
Yuran masuk adalah 50 bath dewasa dan 30 bath kanak-kanak. Kalo grup lebih 20 orang dapat 20bath.

Pintu masuk

cantik jugak entrance nya


agak luas kawasannya

dalaman
kat kaunter


ikan apakah..

ikan comel


antara yang ada

ada show singa laut jugak

star fish

ikan boleh la tahan banyak

Ikan-ikan yg ada
Overall, boleh tahan aquarium dengan harga yang di bayar. Kawasan ni dekat dengan pantai Rajamangala dan Viva beach. Dalam kawasan ni jugak ada mini zoo iaitu taman burung, monyet, buaya dan haiwan-haiwan Asia. Ada aktiviti beri makan haiwan, jalan di paya bakau dan sewaktu dengannya.

Alamat :
Natural Resources and Enviroment Institute
Rajamangala University of Technology Srivijaya Trang Campus
179 M.3 Mai Fad Sub-district, District Trang 92150 Thailand.
email : nrei.ticket@gmail.com

Ao Nang beach sunset dan mak nyah Krabi

Pantai terletak di Krabi yang luas dan terkenal ni memang happening pada malam hari.
Banyak kedai souvenir..thai massage dan hotel backpackers di sini.
Juga lelaki berpakaian wanita aka pondan bermekap tebal mencari duit poket.

Restoren terapung Krabi

Restoren ni terletak ditengah paya bakau..kena pergi dengan bot untuk sampai dan makanannya sangat sedap pada tekak aku! Aku taktau nama restoren ni..so belasah je kan?
Tom yam sangat marveles dengan udang besaq.
Harga jangan tanya sebab ikut pakej.
jeti nya

jeti naik bot kat kawasan ni
redah kegelapan malam utk dinner

jetinya


restorennya


nasi brown

sweet sour seabass

tom yam putih seafood

telur dadar

sayur campur


tom yam ni dihirup ke titisan terakhir


Palm Paradise Krabi

Hotel yang terletak agak dalam masuk lorong-lorong ni berkadar Rm100 ke atas di Agoda website.
Bilik luas dan selesa, ada kolam renang, gym, cafe dan sangat puas ati sebab bathtub besar.
Hotelnya


reception


kafe

breakfast

kolam

gym
Dan ini biliknya..gambo tak cun..guna henpon cikai.



bilik air luas dan selesa




balkoni

Island Hopping Krabi

pakej berharga 400 bath ke 1000 bath (RM50-100)

Pakej untuk lompatan ke 4 pulau ni memang acara wajib ke Krabi.
Lawatan ke Krabi Thailand ni my ex-boss offer..diskaun byk utk boss pet la katakan
Pakej ni bermula dari 400bath hingga 1000 bath (Rm40-100) dan boleh pilih nak naik speed bot ke sampan kayu untuk golongan marhean macam aku. Long tail boat katanya.

sampan orang miskin aka long tail boat

Dan berbaloi jugak naik bot. pakej ni termasuk lunch, normally nasi goreng dan air mineral. Jangan risau pasal sesak, pantai di gugusan pulau Krabi ni cukup untuk menampung ratusan pelancong yang terdampar rela disitu menayangkan sixty packs.
Krabi terletak di kawasan laut Andaman dan mempunyai banyak pulau-pulau tak berpenghuni yang terjaga.

Ini adalah satu lawatan sehari popular dari Ao Nang, dalam kumpulan pulau-pulau yang paling dekat dengan pantai -  Empat pulau iaitu Koh Poda, Koh Gai (Pulau Chicken), Tub Koh dan Koh Mor; dan berhenti turun di pantai yang indah Phra Nang Cave Beach di semenanjung Railay itu. Pantai ini, tidak boleh diakses oleh jalan, dianggap sebagai salah satu sisiran pasir pantai yang paling indah di dunia.




Di Phra nang Beach ..ikon yang terkenal adalah formasi batuan ni

Pranang beach

ada jualan makanan jugak

boleh jalan ke Cave princess





Terkenal sebagai kon dalam poskad dan screen capture seluruh dunia
Pelayaran diteruskan ke destinasi kedua iaitu Pulau Ayam. Bentuk pulau berupa ayam.
Chicken island
berhenti snorkeling kat sini

snorkeling area
banyak ikan


Bawak roti untuk bagi ikan makan
Pulau ketiga adalah Tub Island. Yang terkenal kerana beting pasir bertemu dan pasir halus memutih di pesisirnya.
Tub Island..macam-macam pesen orang nak amik gambar terbaik..bergolek,berguling,semua ada





Last island adalah Koh Poda.
Makan tengahari dan boleh bentang tikar sini..ramai orang melepak dan panjang pantainya.
Koh Poda terkenal dengan pantai yang putih dan air biru; batu besar di hadapannya telah dipaparkan di poskad tidak terkira banyaknya, screeensavers dan risalah pelancongan.



makanan yang diberikan..dan diatas bot diberi buah potong..tembikai dan nenas
Island hoping ni mengambil masa lebih kurang 4-5 jam..bermula jam 9 pagi hingga ke 2-3 petang.
Bawak air mineral dan roti sebab last pulau baru dapat makan tau..lapor tunggu sampai tengahari. (dasar kuat makan). Jauh-jauh jugak nak sampai ke pulau demi pulau.