Posts

Showing posts from October, 2021

Kin Kin Thai Food Changlun Kedah

Image
Restoren Thai ni terletak ditepi highway.  Memang popular lah kat sini dengan daging bakar ala Danok Thai tu. Service cepat pantas dan staf ramai. Cuma meja selalu full dan kena tunggu kalau time peak hour dari jam  8.00 hingga 10 malam tu.  Buka kul 4-5 ptg hingga 10 malam setakat ni. Mungkin lps fasa 4 dia ubah operasi. Ramai bff yang rekomen kedai ni, depa kata sedap sup dia. Jom kita try pulak. So mak pun pergilah try haritu. Order nasi putih 2, nasi pad kra seafood (rm7), tom yam campur (rm12), sup tluang (rm15), daging bakar danok (rm10) , telur dadar dan air. Bagi Mak  ok la makanan kat sini, walau full house food cepat cuma rasanya takdelah wow sangat. Heran ramai sangat orang tapi food macam kat kedai lain jugak cuma daging bakar tu sedaplah, tak liat. alamat kedai..tepi highway..jgn terlepas pulak. ini kedainya Kinkin bermaksud makan-makan dalam bahasa Thai yang di order tom yam campur- agak pekat jadi tak best kalau nak hirup  Daging bakar ni signature dish dia..tak banyak p

Chuu Pun Villa Langkawi

Image
  Chuu Pun Village Resort terletak di Pantai Cenang, 1.7 km dari Pantai Tengah di Kuala Temonyong. Ia menawarkan penginapan dengan kolam renang luaran, parking peribadi percuma serta lounge berkongsi dan taman. Antara kemudahan yang disediakan di tempat penginapan ini adalah perkhidmatan bilik, meja tempahan lawatan dan WiFi percuma di seluruh tempat penginapan. Resort ini menawarkan bilik-bilik family. Setiap bilik di resort ini mempunyai meja, TV skrin rata dan bilik mandi peribadi. Unit-unit di Chuu Pun Village Resort menawarkan penghawa dingin dan almari pakaian. Penginapan ini menawarkan teres. Underwater World Langkawi berada 3.4 km dari Chuu Pun Village Resort, manakala Laman Padi Langkawi terletak 3.5 km jauhnya. Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Langkawi, yang berjarak 6 km dari resort ini. Villa ni sesuai bagi aku nak buat family gathering, ada parking space-rumah luas dan lengkap semua. ini villa nya-rumah 3 bilik tidur, 2 bilik air, ruang tamu, dapur dan ada

Malibest Resort Cenang Langkawi

Image
 Hotel ni terletak ditepi pantai Cenang. Malibest Resort menawarkan penginapan selesa di Pantai Cenang dan akses terus ke pantai. Penginapan di tepi pantai ini mempunyai kolam renang. Dalam gambar nampak luas tapi fizikal je taklah seluas mana. Kawasan ni memang hotspot la bagi yang datang ke Langkawi kerana pantainya yang bersih dan berpasir halus. Malibest Resort berjarak 550 meter dari Cenang Mall dan 900 meter dari Underwater World Langkawi. Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terletak 13 km dari resort ini. Masa mak pi ni rate RM150 sebab promo. Selalu rate dia 250 ke atas dgn sarapan. hotel agak lama dan tengah upgrade so lobi pun masih dalam kawasan pembinaan. Kena jalan kaki dari lobi ke bilik melalui tanah berpasir. ada lif dan banyak bilik di sini. Tepi pantai sangat resort ni dan dekat semua kedai di tepi jalan tu. Malam boleh jalan ke Cenang walk dan duty free Warisan shop. Overall ok stay sini, aku tak amik sarapan so takleh nak review bab makan tu. kolam tepi pantai ni

MeLangkawi musim endemik covid di bulan Oktober 2021

Image
 Salam semua. Dah pergi bercuti mana tu??? Mak baru balik dari Langkawi..yuhuu best setelah lama tak travel. Biarpun trip dalam negeri tapi excited lain maciam. Punya kemaruk. Jom tengok sepintas lalu trip Langkawi yang sebenarnya menghadiri majlis pernikahan/perkahwinan anak sedara. Tak pergi mana sangat, trip 3 hari 2 malam. Masa mak pi hujung Oktober, swab test covid dah tak perlu buat. Naik feri macam biasa, 2 trip je sehari dari Kuala Kedah. Tiket beli online. Perjalanan feri sejam dari Kuala Perlis dan 2 jam jugak dari Kuala Kedah.   Then ramai orang di Langkawi ni..kat soping HIG tu sesak jgk la tapi ok je. Kat pantai pun ramai pengunjung tapi sebab luas ok je cuma kereta penuh la kat parking di jalan Cenang tuh. Kedai makan pun ok taklah beratur mana Mak tengok. Ramai kt Jeti je pastu masing ke destinasi jadi smooth kat situ. haruslah OOTD kat Pantai Cenang setelah lama tak berendam air laut kemain gaya perasan artis tuh Cenang tetap lawa, bersih dan penuh manusia. keindahan pa