Posts

Showing posts from May, 2015

Antara Travelogue Advantura Pulang ke Malaya dan travel monster inside me

Image
Sixty pack tak menahan Berkelana di bumi asing. Hidup nomad berbulan-bulan.  Semakin usia meningkat..semakin umur bertambah..maka semakin itu niat dalam hati melonjak-lonjak untuk menjadikannya realiti. Berada dalam dunia pejabat, mengadap PC dan menghadiri mesyuarat membuatkan kita semakin letih. Mereput dalam bilik? menyeksakan. Bangun pukul 6 pagi dan balik 6 petang seperti robot? menyedihkan. Sebenarnya panggilan untuk aku berkelana semakin kuat. Panggilan jelajah bumi asing semakin bergema. Bila membaca blog Travelogue ET disini,  http://derubirusiti.blogspot.com/   membuatkan aku cemburu. Berbulan beliau berkelana dan menjejak bumi asing. Bilakah aku akan dapat rasai peluang mengembara selama itu?? Jawapannya entah..mungkin berkurun lagi. Buku comel seperti tuannya..RM25 antara kandungan Dan baru ni aku beli buku Badrul Hisham, buku travelogue Advantura Pulang ke Malaya..malah berpeluang berjumpa dan berkongsi kisah live dengan beliau dalam sebuah pro

Vietnam - Makan apa lagi daaa???

Image
Ini sambungan untuk makan-makan di Ho Chi Minh. Makan macam kat Malaysia jugak lauknya tapi haku peduli apa kalo aku nak post jugak entry nih?? Nak bagi orang teliur tengok kan. Pagi hari ketiga..makan sarapan di Saigon Seri Pinang jugak. dalamannya..ada set menu Ni owner nya..Dato' Helmy  menu makan nasi goreng dan kopi vietnam yang umphhhh dan untuk lunch makan di Kampung Pandan jalan area Kampung Pandan restoren ikan sweet sour..ayam goreng cili..popia dan sayur ikan tom yam macam fish cake peniaga kacang peniaga buah ni utk dinner sayur campur dan udang telur dadar dan sotong bendi bercili sup dan bendi Untuk esok pagi hanya makan mihun goreng dan kopi vietnam. mihun kopi sedap..glamer penjual kopi ni..byk blog tepek gambo dia..RM3 secawan

Vietnam Part 5 - Chu Chi tunnel

Image
Terowong Chu Chi ni (sebutan gu chi) agak jauh dan berada di luar kawasan bandar. Ambil masa sejam dua jugak nak sampai. Terowong yang sepanjang 250km ni sempit dan seolah spider web yang dibina untuk mengelirukan tentera Amerika pada era perang Viet Nam. Dalam ni lah tempat diorg tinggal, tidor, makan dan menjadi rumahku syurgaku gamaknya. Dalam lawatan ni kita akan tengok bunker diorg, perangkap-perangkap samar dan cara hidup Viet Cong semasa era Perang Vietnam. Tiket berharga 90k (Rm15) dong untuk pelancong asing. dan 20k dong untuk local. kaunter tiket ramai orang kampung kat sini Tiketnya peta terowong meriam dan sejata api replika pondok jerangkap samar ada staf yang jaga sekitar nya jerangkap yang ada gambo lama terowong ni nightmare bagi askar US..tak muat nok. pameran senjata api yg digunakan Sape pencinta sejarah dan ketenteraan mungkin akan suka masuk melawat sini. Mungkin sedih  melihat penderitaan y