Showing posts with label Thailand. Show all posts
Showing posts with label Thailand. Show all posts

Ole-ole yang harus di beli di Hatyai dan Songkhla/Danok

kedai sekitar Dannok..buah, pes tom yam segala dan beras pulut susu
Disini aku senaraikan barang-barang yang wajib uolls beli jika datang ke sempadan Thailand ni.
Kalo tak beli, dahhh jangan berangan nak melangkah masuk balik ke Bukit Kayu Hitam nun.
Buang karan sajork.

Khlong Hae floating market

Kali ni impian terlaksana nak membeli dari perahu yang jual segala makanan tu.
Meriah dan penuh dgn orang kampung yang datang..Yang sedap pada aku adalah bubur nasi,ikan bakar,kuih muih..mee sup tu kurengg dan fried thai salad kurang umpp.



peniaga-peniaga

harga makanan sedia terpapar..senang nk bajet

banyak pilihan


sesak






makan yang ni jerr..

Sami kitchen Hat Yai

Restoren halal terletak di Hat Yai.
Tumpuan warga Malaysia. Siap nampak pasangan perngantin macam oramg Malaysia kat sini. Nikah kat Songkla ke bang?
Harga makanan standard..nasi goreng dengan air teh O ais dalam Rm10.
Tom yam dan nasi berhidang mahallah sikit kan.
Suasana selesa..ada toilet, surau dan open air restaurant.

interior

nasi goreng sambal belacan

nasi goreng seafood

mahal jgk tom yam nya



Thailand- Hat Yai plaza/ Hat Yai Market

Ni aku tak nampak macam rupa plaza. Macam rupa bazaar je atau jual lambak.
Yang penting ianya murah. Tepi laluan yang sempit tu jugaklah dia nak jual buah berangan, buah ceri (1kg Rm80) dan sedap ceri dia. Kat dalam macam kedai pasar payang yang biasa rupanya.
Cuma bau kat sini adalah macam pasar biasa..ada macam-macam yang Mak hidu. Kena beli penapis hidung lenkali. (berlagak ko senah yer?)
Dalam ni best jugak jualan dia, boleh tawar. Dapatlah beli baju, kasut dan mainan (tu wajib kalo bawak kanak-kanak).  Mak stress sebab semua mainan depa nak beli.

Macam buruk je bangunannya..bangunan lama lah katakan



jualan yang ada





banyak beg, baju dan kasut

beg lagi

Kasut..kat mana pergi pun tetap nak beli kasut..mentel sungguh

beg kulit

Banyak jugalah mak melabur tanpa pulangan kat sini. Itu dok kata plaza buruk..beli tak mau mau.
Kalau cantik taktaulah..dengan sales girl dia mak angkut.

Thailand - Kem Gajah

Tengok tajuk entry adalah macam bosan kan. Dulu kecik-kecik dah puas pergi zoo, dalam TV dah puas tengok gajah. Tapi Mak peduli hapa kan..janji Mak ada entry baru..boleh gitu??
Actually kem Gajah ni hanya untuk peminat gajah.
Kalau tak minat gajah baik jangan datang.
Sebab rasa macam takdelah menarik sangat pun..plus mak kesian tengok gajah-gajah di siksa sebegitu rupa.
Mak pencinta haiwan dan pemakan haiwan sajork. Bukan penunggang haiwan.
Dalam kem gajah selain ada aktiviti menunggang gajah, ada juga tempat memanah, games tembak untuk budak-budak macam kat funfair tu serta kedai makan yang served buah dan aiskrim. Ada kedai cenderahati jugak.

Bila kita turun je kenderaan,, tetiba ada sorang staf akan mai lekat nombor kat baju..dengan tak bagi salam. Eh dia ni nak meraba akukah? macam terkejut jugak tetiba mai tempek pelekat tu kat dada mak ni haaaa.
Haip..rotan kang. Meraba tak bagi signal. Berani dia ni yer..tau tak dada mak ni ala Pamela Anderson???
Kalau lelaki bestlah lah tetiba awek rela nak meraba.
Rupanya ni untuk monitor berapa orangkah yang melawat ken Gajah ni setiap hari dan untuk senang diorg nak buat bancian la kot.

Ada aksi anak gajah yang nak tergelak jugak tengok, dia pandai buang kulit pisang dengan kaki dia (guna pijakan you) dan angkat dengan belalai dan makan. Bravo dik.(jakunkah aku).
Allright, gajah yang dijadikan tunggangan ni dipakaikan baju cantik-cantik dan umpama Raja Siam gitu.
Agak-agak gajah tu termakan tak umpan tu? kalo uolls mak tau memang dah..bagi baju MNG ke, baju Uniqlo ke.. semua sanggup. Tapi ni gajah, dia tak pakai baju pun, ada aku kesah?
Orang yang menunggang rasa macam Raja Siam jugak..sebab ada payung dan akseksori kilau-kilau tu.
Wah, feeling Raja Ayutthya nak pergi serang kerajaan Gangga Negara. Bayaran untuk feeling Raja ni ialah 500 bath (RM50).

pintu masuk

Bayaran untuk aktiviti

suasana dalam kem ni

Boleh order buah dan minuman dan lepak dalam ni

Ya...semua tempat tourist kat Hat Yai ni memang penuh dengan Malaysian je

Gajah yang dijadikan tunggangan

Anak gajah yang pandai buang kulit pisang dengan kaki..korang mampu??
Kalau nak pergi kem gajah ni tak perlu lama kecuali nak naik gajah tu memang kena tunggu agak lama. Dia pun tak larat nak efisien sangat..asik dok kena bawak manusia yang berat-berat tu setiap hari. Nak bawa badan sendiri pun dah hazab..ni kan pulak nak bawak manusia dua orang sekaligus tu..mau beratus kilo.
Mak tak rela tengok gajah ni dijadikan tunggangan!

Thailand- Songkhla Aquarium

Aquarium ni terletak dekat jugak dengan Pantai Songkhla.
Kat luar ada go-kart, ATV dan banyak lagi games, gerai-gerai dan masa aku pergi tak sesak macam public holiday yang lain.
Pada aku Songkhla Aquarium ni ok la dengan harga dia..Dewasa 300 bath (Rm30) dan kanak-kanak 200 bath (Rm20) dan memang lah Aquaria KLCC lagi best sebab harga lagi mahal.

Bagaimana pun highlight utama bagi aku disini adalah pertunjukan bagi makan ikan dan penyu tu. Aku tau ada kata benda ni menjijikkan bila mamat feeder tu peluk.. menari dengan ikan tu, teasing bagi penyu makan ..dan seolah nak mempermainkan ikan. Up to you lah nak kata apa tapi aku terhibur. Mat saleh adalah ramai yang tak suka bila tengok show ni, sebab macam seksa binatang gitewww.
Bagi mereka ni adalah 'strange feeding time'.Masa untuk feeding time ni lama jugak..dalam 30 minit kot. Ada kerusi dan spotlight dekat situ untuk penonton. Mak adalah kagum sebab memang biasa orang yang tak reti berenang kagum kt scuba divers.
Dan ikan atau penyu tu tak nampak terseksa pun cuma nampak mamat feeder tu adalah sangat affection dengan semua binatang dalam aquarium tu. Dia feeling haiwan dalam tu semua adalah gefren dia. Belai, peluk peluk, cium-cium haihhh memang feeling abis. Bagaimana pun mamat feeder ni adalah comel dengan small figure dan patutlah kan? Kalau hagak badan macam mak ni mau serupa penyu yang nampak perut semata tu.

Dan muzik latar dia errr aku rasa macam lagu Audio Machine Life and Breath tu..tapi maybe aku silap. sedap sangat lagu latar dia.
Untuk tengok show ni. ada waktu tertentu. Show feeding time:
-10.45am
-12.00pm
-1.15pm
-2.30pm
-3.45pm


depan aquarium


Masuk dalam ni boleh dengar taklimat visual pasal Songkhla..sejarah dan asal usul nya dari Kerajaan Singgora. Pada aku tak berapa best taklimat ni sebab hanya memaparkan  Songkhla yang tak menarik adaptasinya. Boleh je nak skip terus ke dalam aquarium. Rasa macam tak update tayangan visual ni. Macam lama punya video. Tayangan dalam 10 minit gitu.
visual penerangan

entrance

kuda laut tengah mengawan

Jerung
Highlight of the Aquarium ni..feeding time show. Mak feeling romantik sebab muzik dia yang best..jiwang la pulak.
mamat ni nampak comel jerr





Ikan garupa yang besaq alam. Masak lomak pun sodap!

Cute sangat mamat nih dalam topi santa

feeding time




Dia peluk macam girlfren dia..kemain lovey dovey
Keluar dari aquarium ni ada jualan aiskrim dan snack.

nk beli souvenir pun ada