Escape Park Teluk Bahang Penang - The adventure awaits
Dalam Escape Park ni ada banyak pilihan yang boleh dicuba. Kebanyakannya berkisar tentang menggayut, monkey business dan ini baru gayut yang menguji stamina, bukan gayut henpon je. Semua jenis climb dan gayut, tak jejak tanah dan memang uji keyakinan ko tahap mana. sila tengok timing show yang tertera Gecko tower..sila race untuk tengok masa terpantas Untuk Gecko tower, masa terpantas aku catat adalah 49 saat, ughh lembab kan. aku tanya staf situ pecah rekod berapa saat, dia jawab 4 saat paling cepat. Ayoo sapalah manusia tu? ko spiderman ke cicakman? Bagaimana pun un tuk Gecko Tower ni buat aku berpeluang aku mengenali diri lebih dalam. Dulu masa pergi teambuilding, tak terasa sebab ada trainer yang memang berada disisi kita..tapi ni ko buat semua sendiri. Staf cuma pantau keselamatan je. Dan masa kat atas Gecko tu, aku jadi tak confiden nak lepas kan tangan dan bergantung sepenuhnya pada tali. Itu buat aku terpikir bahawasanya aku ni memang tak yakin dan susah nak