 |
| images google |
Sedang merancang untuk backpack ke Turki-London.Pelannya begini,
Ia adalah overland trip..naik keretapi dari Istanbul-Bulgaria-Romania-Hungary-Austria sampai ke UK.
Konon. Taktaulah berapa kos kan..memang mahal dari travel belah-belah Asia ni.
Menggunakan kereta api yang dihubungi menerusi Interail.
Kalau ikut map tu, begini route yang akan dilalui:
Istanbul-Sofia-Belgrade-Zagreb-Ljubljana-Salzburg-Munich-Saarbruken-Paris-Lille-Brussel-London.
Nak ikut Romania tu rasa agak jauh lagi.iaitu dari Istanbul-Bucharest-Budapest-Vienna-Frankfurt-Cologne-Brussel-Lille-London.
Rasa-rasa aku jika begini routenya, harus akan memakan masa sekurang-kurangnya 2 minggu. Kalo ikut pas Interail tu ada macam-macam kaedah penggunaanya, sama ada setiap hari, 10 ari dari 22 hari dan lain-lain plan. Dan akan berlepas dari London balik ke Malaysia.
Jika ikut perancangan aku, pelannya dalam tahun hadapan, semasa musim luruh yakni dalam bulan Oktober-November. Hehe aku memang suka pergi time musim luruh ni, selain low-season, keadaan suhu jugak masih sejuk dan tak panas. Dan kesyahduan daun kuning yang berguguran memberikan rasa hening yang mendamaikan jiwa.
Taktau berapa ribu lemon yang patut dibawa, agak-agak sajalah.
Ini adalah kembara solo..aku memang nak pergi seorang diri dan memang nak bersendiri.
Semasa mula plan, ya memang aku nak cari travelmate untuk jimatkan kos. Tapi bila fikir sedalamnya..ini adalah berkenaan dengan hidup aku, diri aku dan hanya aku memahaminya.Ia sangat personal dan matlamat peribadi tu hanya aku yang tahu. Oh..
bukan nak mengorat mana-mana backpacker kacak sepanjang jalan.
Jika difikirkan,matlamat kita sedari kecil atau remaja,meluap luap dan berazam untuk menjadikannya realiti. Namun bila dewasa,kadang kala impian itu kita kuburkan..kerana telah ada impian lain yang lebih selamat... sehingga akhirnya bila ada sesuatu berlaku, ia akan hidup semula dan kembali bernyala.
Begitu aku jua,perlu dan harus meneruskan semua ini, dikala usia menghampiri senja dan sekurang-kurangnya ia berbaloi. Dimasa kaki masih kuat melangkah dan badan masih kebal bertenaga.
Untuk backpack ini, aku tak bercadang nak jadi ' itenary junkie' yang terkejar sana sini demi memenuhi matlamat ambil gambar, ke tempat-tempat popular dan landmark tersohor dunia. Pengembaraan ini lebih kepada 'a true traveler has no plans' dan menikmati segala perjalanan seadanya. Jadi aku mungkin tak sempat sampai ke Turki katakan..mungkin aku berhenti di situ sahaja. Mungkin hingga ke Bulgaria, atau tiba-tiba pergi ke Switzerland.
God,-''true traveler has no plans''- is kind of crap..melainkan jika naik train tak perlu bayar, asrama percuma disediakan secara terbuka dan makan percuma ada dimana-mana. So,perlu ada plan jugak untuk bayar semua, melainkan travel dalam hutan amazon, yang boleh berdengkur tido atas pokok dan makan monyet bakar penuh selera. Ataupun memang plan nak kena culik dengan drug cartel di Colombia, saja-saja pergi tengok ladang popi mereka.
Ini adalah ultimate goal aku untuk next year dan matlamat seumur hidup yang agung (heee,ko dah gila?pi Mekah lagi bagusss).
''Sometimes I need to do, not think. This is the beauty of
traveling—I’m forced out of my head and into my body because the
problems I encounter can’t be solved by thinking.''