Posts

Showing posts from December, 2016

Tahun baru 2017

Image
Tahun Baru 2017 dah menjelma..dan selamat menambah satu lagi angka dalam usia ya. Baiklah macam-macam benda yang berlalu pada tahun 2016- manis, pahit, masam, kelat, teruja, gembira dan mungkin ada yang kurang semangat. No recap needed for 2016..I didn't travel much anyway. Nothing lasts forever kecuali Allah, jadi kadangkala bila satu detik dalam hidup yang buat ko sedih dan rasa sangat down, hanya satu shj perlu kita ingat-  hidup ini hanya sementara . Ada yang mungkin sedih kerana kehilangan orang tersayang, stress kerana masih belum berteman dan orang seliling suka menyibuk, ada yang patah hati dan tersungkur hingga rasa begitu perit untuk bangun semula, ada yang masih tak boleh move on dan banyak pekara lagi.  Some people, unfortunately, are not right for each other, or anybody else.  You and I  may be one of th ose people. Dalam lingkungan aku sudah ada kes yang aku lihat depan mata, terlalu stress hingga pendam segala masalah, otak membengkak, darah beku dan ter

Baan Talay Homestay Tanjung Bunga dan pasembur Padang Kota

Image
Kali ni cuti sekolah pergi Penang je. Sebab nak try kelainan, aku book banglo kat Tanjung Bunga ni. Book kat  Booking.Com  dan kena bayar deposit..peak season sama waktu ni. Baan Talay homestay ni rate boleh tahan mahal. Banglo ni tepi pantai dan jika dari Gurney drive terus sampai nampak Flamingo hotel, then u-turn dan amik kat Lorong Abbas sebelah kiri tu, kat kawasan perumahan. Sebelum sampai Sheraton Four Point tu. Kadar bilik bermula dari Rm80 (takde ekon) sehingga Rm 350. Ia ada semua jenis bilik, share bathroom, private bathroom, bilik family (Rm240), bilik berdua dan banglo ni ada 12 bilik. Free wi-fi setiap bilik.  Tujuan utama nak pergi Penang sebab nak mandi pantai. Baan Talay homestay ni memang tepi pantai..dan pantainya lebih cantik dan bersih dari yang dekat Batu Feringgi tu. Bilik dia ada yang baru, ada yang worn out. Aku amik byk bilik so boleh compare. ''  Hartanah ini terletak 1 minit berjalan kaki dari pantai. Hanya beberapa langkah dari Pantai T

Backpack Medan- Dari Medan ke Parapat

Image
Bagaimana cara untuk ke Danau Toba atau Samosir island dari bandar Medan? Meh nak kabor. Perjalanan melalui jalan kampung dan pekan selama 4-5 jam map medan ke parapat..peta dari blog jhazkitaro Danau Toba terletak di wilayah Parapat, dan jaraknya lebih kurang 200km yang mengambil masa sehingga 4-5 jam perjalanan dengan kereta atau bas. Jalannya jalan kampung, tiada highway setakat ini (highway sekarang dalam pembinaan). Kalau kita jarak 200km tu kejap je sampai lalu highway..tekan minyak 110/km plak. Tapi ni Indon bang. Oleh itu kalau kita tengok walaupun jaraknya tak jauh mana, tapi perjalanan sangat lama sehingga 4-5 jam kerana melalui kesesakan, lori bersusun atas jalan, orang kampung longok sayur, budak sekolah berlari-lari, anjing melepak atas jalan serupa jalan tu dia punya dan pelbagai ragam lagi. Kematu bontot bahasa mudahnya. Danau Toba  ialah  tasik   terbesar  di  Indonesia , terbentuk selepas letusan gunung berapi dan di tengahnya terletak pulau samosir.