Hari ni dah hari yang ke empat di bandar Medan. Hari terakhir, flight petang nanti.
Pukul 6 pagi dah cerah di Medan dan waktu solat pun lebih awal.
Jadi hari ni misi aku hanya nak bersiar-siar sekitar kota Medan dan beli ole-ole untuk di bawa pulang.
Kami berjalan kaki ke Masjid Raya dan Istana Maimon yang dekat je dengan hotel.
|
Masjid Raya..berhadapan mall dan terletak antara jalan tersibuk di Medan |
|
menunggu solat jumaat..aku tengok di masjid ni ramai jemaah perempuan bersolat jumaat sekali dengan lelaki berjemaah dalam masjid..agak rare jugak la |
|
masjid Raya dalam gerimis |
|
sesuai namanya, masjid ini memang besar dan gah |
|
di bina pada tahun 1906 |
|
koridor |
|
jendela kaca berlukis |
|
ada majlis pada pagi itu |
|
majlis pernikahan yang syahdu |
Masa aku masuk ke Masjid Raya, ada majlis pernikahan di adakan. Dan bagus budak-budak lelaki yang jaga masjid ni, siap susun kasut tetamu masjid dalam hujan rintik-rintik tu. Mereka ni seumpama sukarelawan atau murid yang menuntut ilmu kat masjid tu. Kemudian berjalan kaki ke Istana Maimon.
|
mendung |
|
pintu masuk |
|
waktu melawat |
Di Istana Maimoon ni kami tak masuk pun, hanya tengok dari luar je. Bayaran masuk 5,000 ke 10,000 rupiah (dah lupa) dan ada jugak persembahan kat dalam.
Istana ni binaannya berunsurkan Timur tengah, Sepanyol dan Itali. Arkitek pun Itali mari.
Katanya waris Putera keturunan ni masih hidup dan ada gambarnya dalam istana ni (lahir 2005) dan keturunan raja ni tinggal kat kawasan dalam tu jugak. Cuma diorg ni takde elaun macam Sultan kita jadi nak preserve istana tu susah la sikit. Dan diorg ni taklah kaya raya macam keturunan sultan kita yang banyak dapat keistimewaan dari kerajaan. Dah negara republik kan, sapa peduli ko raja ke rakyat? ko rajin, bijak dapat la habuan.
Jadi sapa kata kita je untung jadi rakyat Malaysia? Sultan dan Raja pun untung banyak tau.
Jadi PM Malaysia lagi banyakkkk untung.
Seperti biasa di mana-manakawasan pelancongan, mesti ada orang yang berjualan sobenir-sobenir mendekati kita. Jadi beli jugak dari mereka ni FM, keychain, beg telekung dan lain-lain di kawasan istana ni.
Lepas dah meronda kawasan istana, amik becak (Rp30,000 -rm 10)untuk pergi ke Zulaikha house. Tujuannya nak borong bika ambon, bolu meranti dan benda-benda yang sewaktu dengannya.
|
Ini Zulaikha House di Jalan Mojopahit |
|
takleh amik gambar dalam ni |
Selepas semua dah selesai, barulah dapat makan dengan tenang.
Balik tu pun naik becak jugak, jauh la jugak Zulaikha house ni dengan Masjid Raya.
|
makan kat kedai minang |
|
makan lontong..sedapnyeee.. |
|
memang sedap dari yang ada kat Malaysia |
|
singgah mall dulu beli stoking |
|
suasana semasa solat jumaat di hadapan masjid raya
|