Selepas check-in semua, maka boleh la bersihkan diri,jamak dll di hotel.
Lepas ni bercadang nak tengok sunset di Pantai Kuta dan meronda area situ je.
Esok lusa baru nak mula ke Uluwatu, Tanah Lot dan Ubud.
Kami decided stay kt Kuta di Dayu Beach Resort untuk 3 malam.
Harga kat sini sebilik 200rp (rm60) semalam dan murah dah tu kalau share.
|
ni gate entrance ke bilik |
|
bilik jenis resort |
|
suasana resort |
|
masuk bilik dulu |
|
bilik selesa walau agk uzur..janji bersih |
Lepas dah kemaskan apa yang patut, rehat sekejap maka pukul 3 petang tu kami pun berjalan ke Discovery Mall tu. Lintas jalan dan tembus terus ke pantai. Jika kau ke kiri makan akan ada resort, ada gate tipikal Bali yang boleh la nk posing feeling pario meleret diterbang angin pantai. Dan jika ke kanan, jalan agak jauh terus ke pantai Kuta. Ikut jalan pantai la, jika ikut jalan besar tu akan lalu di deretan kedai souvenir, Hard Rock dan lain-lain resort.
|
enter dan exit Discovery mall ni utk ke akses ke pantai..kena cek bag dulu ye depa takut bom masuk |
|
excited oh nampak gate ni |
|
jalan ke kiri ada resort dan bar melepak..tequila satu!! |
|
cantik terjaga |
|
belah kanan pantai Kuta |
Pantai Kuta adalah kawasan pelancongan yang paling terkenal di pulau Bali di Indonesia yang mengadap Lautan Hindi dan merupakan syurga peluncur ombak.
Pantai sepanjang 5 km ini boleh dikatakan sebagai pantai terbaik di Bali. Pantai ini selamat, sebahagiannya bersih, dijaga dengan baik, walaupun ada rungutan mengenai tukang urut yang mendesak pelancong berurut (mobile masseur).
Pantai yang panjang, dipayungi pokok-pokok membuatkan ia lebih mesra pengunjung dan teduh serta gerai-gerai makanan ringan/minuman di tepi pantai menjadikannya lebih santai dan tempat melepak untuk semua golongan.
Ia telah lama menjadi tumpuan popular di laluan backpacker klasik di Asia Tenggara. Pada 1980-an golongan backpakers ini mempopularkan 3 tempat iaitu: Ks: Katmandu di Nepal, Khao San Road di Bangkok dan Kuta.
Pada hari ini, Kuta masih menarik beberapa pengembara tegar (backpakcers), dan pantai Kuta berkembang dari perkampungan nelayan kepada tempat tumpuan pelancong dengan hotel dan resort bertaraf lima bintang, cafe, pub dan bar-bar serta tumpuan hiburan malam hari.
|
lokasi Kuta..dekat airport |
|
ada orang nak kawin petang ni..romantik kan |
|
wow sape la yang bertuah dapat seal the deal tepian pantai tu |
|
papan notis |
|
Kuta |
|
Add caption |
|
keadaan pantai..ada ramai penjaja |
|
mobile masseur pun adoo |
|
nikmatnya dapat tido tepi surfing board ni..panas lit lit |
|
pengunjung menunggu sunset |
|
jom pekena bakso satu..halal dan kena tengok kedai jugak..Bali ni banyak agama hindu jadi cikbab tu makanan depa.
Lepas makan jalan-jalan lagi tepi pantai then berenti utk minum pulak |
|
lepak sini minum..tetiber ada cowok nak lanje minum..siap minta no hp aku lagi..hadoiii la..mak ni dah kertu..takkan nak test jugak..satgi laki i kek kg nun ligan naya |
|
tu lah kaki mamat tu..dia ni dok di Surabaya..datang bali drive naik feri bagai sebab nak tengok bola..layan je la dia nyembang..dia kata normal kalau kat sana penonton mati masa perlawanan (bkn game international pun, game sesama kelab diorg je nih) sebab sesak, gadoh dan lain-lain. Diorg ni fanatik sungguh, mana team diorg pergi lawan sanggup ikut. Pastu sibuk ajak aku pergi Bromo sebab umah dia dekat sana. boleh dia bawa katanya..iskkkk |
|
sunset..layan perasaan |
|
boleh la dengan camera murah ni |
|
masih ramai yang bermandian |
|
dah turun mataharinya |
Lepas tengok sunset dan pantai moh kita menapak balik hotel ya sambil carik tour untuk esok.
Balik nak dinner dan masak kat hotel. Dah terbayang nasi dan sardin..hari ni saja mau dah exercise jalan 20 km agaknya. Tu yang boleh kurus kalau travel nih.
|
lalu hardrock ni..masuk jap tengok brg.. |
|
ok la rega dia tp takde yang berkenan |
|
ada jgk kereta kuda untuk dinaiki depan ni..bersusun tepi hard rock |
|
lalu tepi kedai ni semua |
|
rambang jugak mata |
|
Add caption |
|
tengok gelagat orang |
Kos bagi seorang backpacker hari ni ialah:
- Taxi airport- Kuta :100k rp/2 = 50k rp (rm15)
- Hotel Dayu Beach Resort 3 mlm (semalam 200k) : 600k rp/2 = 300k rp (rm88)
- Bakso dan air mineral : 40k (rm11)
Jumlah belanja hari kedua : 390k rupiah (Rm114 digenapkan)