Hai Assalamualaikum..salam Ramadan semua.
Ketibaan bulan berkah yang dinantikan. Marhaban Ya Ramadan.
Sedih rasanya tahun lepas tak dapat jejak langsung terawih di masjid ..so sementara kita masih boleh ke masjid berjemaah terawih ni, ambillah peluang sebanyak mungkin.
Jom tengok menu Ramadan tahun ni. Bazar pun letih nak pi, dengan jem dan juadah mencekik darah. Sesekali boleh lah merasa.
|
alhamdulillah masih berkesempatan untuk meraikan ramadan tahun ini |
|
Masih IF ke bulan ramadan ni Mak?/ tanya mereka yang curious. Ya bulan posa mak IF jugak sehari dapat la 19 jam/21 jam. Mak masih istiqamah IF. Berat maintain dan taklah turun sangat yang penting masih selim melim dan cantik jelita gitu. kah. Tengok gambo tu dah 290 hari Mak ber IF ya..setiap hari tanpa miss walaupun 12 jam minimum. |
-Macamana nak IF bulan posa ni Mak?
Caranya begini, buka posa makan nasi, ikan bakar, sayur semua tu. Minum air kosong.
Lepas tu pergi terawih. Balik terawih boleh la nak makan kuih/murtabak/buah ke roti john semua.
Bulan puasa ni senaman brisk walk pun selang hari buat 30 minit, jadi terawih pun dikira exercise jugak ya. Last makan pukul 12 malam ke atau 1 pagi. Lepas tu rehat kejap dan tido.
Esok bangun sahur minum air kosong je ye. Mak memang tak suka makan sangat time sahur ni. Sebab lepas makan perut rasa berat dan nak pergi kerja pulak.
Jadi bila set puasa start pukul 11/12 malam camtu ko akan IF 21 jam lebih kurang sehari bila tiba waktu berbuka jam 7.30 ptg.
Maknanya kau makan time berbuka hingga ke malam tu je. Sahur air kosong. Jika nak sahur jugak amik yang light je macam sekeping roti/biskut/buah atau secamca mee goreng okey.
Perut rasa ringan nak pergi kerja. So last makan meal sebelum tidur puan-puan ye. Esok masih cargas dan elok je puasa wajibnya.
Berbuka puasa makan sedap dengan pelbagai juadah, dapat beribadah elok serta sihat tubuh badan diusia hujung-hujung ni.. maka nikmat Tuhan manakah yang engkau dustakan??
|
pajeri terung, daging hitam manis, murtabak,kuih ayam goreng dan air milo |
|
mee goreng tu sedap..baru rm3 |
|
air milo beli dari bazar rm4 |
|
masak lemak udang campur rebung, ikan air-fryer, roti john, kangkung belacan dan terung sambal. Buah oreng dan kurma |
|
ni memang feberet, tiap kali posa kena masak |
|
roti john buat sendiri lagi puas hati, letak daging bebanyak |
|
bawal sweet sour, kangkung, puding roti dan tembikai |
|
sedapnya makan tembikai berbuka ni |
|
puding roti dgn kuah kastard ni buat sendiri. Guna roti putih dgn roti coklat gardenia |
|
pi rumah akak dan berbuka sesekali serta terawih. |
|
rajin dia masak tauhu bergedil, buah melaka, nasi ayam. sedap semua pulak tu. |
|
bawal sweet sour yg mudah tanpa aksesori dan nenas. |
|
ikan kembung sambal, peria telur, udang goreng kunyit dan jus tembikai memang nikmat sgt time berbuka. kuih semua beli je. Mango shake anak dara beli. |
|
peria telur ni sedap |
|
jus tembikai beli je |
|
puding roti |
|
ni kaswi pandan |
|
tom yam campur, kuih muih, sambal sotong kering dan pucuk ubi masak lemak |
|
tom yam campur, anak dara suka ni |
|
udang goreng kunyit dan sambal ikan. Yg lain semua beli- otak-otak, ayam percik dan kuih. |
|
udang goreng kuniyt dan kacang buncis |
|
ikan cencaru bakar |
|
ayam percik |
|
imej google |
|
jadi jangan lupa ke masjid terawih berjemaah malam ni ok |