Sunday, April 15, 2012

Langkah demi langkah dan cara nak naik kapal terbang-proses dan prosedur


Oleh kerana aku ni sangat jakun pasal naik flight ni,jadi aku post satu entry berkenaan cara-cara nak naik kapalterbang di LCCT KLIA. Buleh?
Maksud cara-cara tu bukan camne nak berjalan atau langkah untuk naik tangga flight tu..tapi prosedur dan proses di airport.
Dengan harapan korang tak jadi jakun macam aku yang gambar mat bangla tengah cuci lantai di airport check in kaunter baggage pun aku gigih ambil.

***Yang ni post lama semasa LCCT masih beroperasi..jika nak nek flight di klia2 rujuk entry ni:
SINI 

LCCT KLIA
1. Ok, pekara pertama perlu dibuat adalah tempah tiket flight, gunala kad kredit yer.
Nak kena cerita tak kekdah nak buat pasport?

2. Kedua, print pape document seperti booking confirmation dan lain-lain. Yang ni syarikat airlines akan hantar booking flight,confirm flight,insurans melalui email kita. Kalau boleh buat web check in (boarding pass) supaya senang nanti terus check in baggage je. Print boarding pass dan attach dgn passport nanti. Jadi boarding pass tu adalah ganti kepada tiket flight tu. Nanti bila nak timbang beg,tunjuk boarding pass. Pastu nak keluar gate ke kapal terbang pun, guna boarding pass.Jadi pastikan boarding pass dan passport ni disimpan dgn selamat. Self check-in ni hanya boleh dibuat dalam masa 2 minggu lagi tarikh flight. Sblm 2 minggu dia tak lyn ok.

boarding pas- self web check in
Masa tempah tiket,kalau amik baggage 15kg ke,kena bayar sebab baggage tu akan di angkut ke kapal terbang dan perlu timbang ikut berat ygkita bayar. Kalo lebih bayo sendiri di situ-kaunter check in luggage (lebih mahal dari buat kat website). Kalau yg jenis bawa duit dan passport serta baju 2,3 helai tak perlu check in baggage sebab barang yg kita bawa naik flight dgn kita tak perlu bayar. (hand luggage).
Maksudnya..beg yg kita nak simpan dibawah kapalterbang kena amik baggage dan kena caj.
Tapi yg kita nak bawa dgn kita yg mengandungi wallet, passport,rucksack tak perlu bayar (rasa tak lebih 7kg yg boleh ikut tuannya atas flight). Mudah cerita,masa naik bas balik sekolah asrama dulu,ko ada 2 beg. Satu beg beso yg simpan kat bawah bas dan yg tu kena bayar ikut berat dan kilo ko amik. Dan lagi satu beg yg dibawa naik bas yg ada duit tu takyah bayo sebab kira dah dgn tuannya.

Cekodok, sambal bilis, air milo kalo boleh jgn bawa atas flight sebab takleh bawa outside food dalam flight. Jadi benda camtu simpan kat baggage yg kena timbang tu.

Selalu liquid takleh bawa,sb ia dikhuatiri boleh dimanipulasi dan takut menyebabkan letupan yg didalangi oleh pihak pengganas. Yang boleh bw adalah 100ml ke bwh je jumlahnya..pack kecik2 tu.
Jadi jgn la bawa perfume mahal-mahal yer letak dlm handbag. Kawan aku dah kena rampas perfume Victoria Secret,baru sangat dibeli. Kastam tu nak bagi kat girlfriend dia gamaknya. Lotion pun sama.
Bawa perfume cap ayam takpe. Tak ralat kena rampas. Suka hati abang kastam tu la,nak mandi dgn perfume tu ke atau nak minum ye tak.


3. Ketiga, masa tiba di lapangan terbang tu, kata kan aada dua jam lagi terus pi check in baggage dulu. Ia akan melalui kastam dahulu (custom luggage check) utk check ko ada bawa dadah ke, bahan terlarang ke. Kastam check ni hanya scan beg sahaja.

Ni kaunter kastam- tempat luggage check in,kena scan beg kat sini dulu-semua beg yer
4. Keempat, lepas kastam check-in, amik balik beg dan terus pi check in (drop baggage) baggage di kaunter Air Asia, ni adalah kaunter untuk timbang berat bag.

Nombor kaunter ikut destinasi- sila baca sendiri. Kaunter mula huruf R-untuk indonesia, dll,manakala untuk S- untuk India, Sri Lanka dll.Kaunter S terletak belah kiri kaunter check kastam tu. Masa ni tunjukkan boarding pass/passport atau printed tiket yg Air Asia hantar kat email kita tu.
Beg tu akan ditag dan terus dihantar ke flight nanti. Jadi kita bawa handbag atau rucksack saja naik flight nanti. Staf kaunter tu akn timbang bape kg , print bar code bag tu dan tampal di atas boarding pass sebagai bukti. Simpan boarding pass tu sekali passport elok-elok utk naik flight nanti.



ini le kaunter check in luggage di Air Asia kaunter -ikut no kaunter -flight nak pi indonesia kaunter mana,nak pi London kaunter lain pulak

Yg ini check in luggage AA di airport Jakarta..airport baru dan toilet lebih moden dari LCCT KLIA
Pastu ko boleh pi makan atau buat apa yg perlu seperti amik duit atau tukar duit kat ATM takpun pi la kosongkan tangki perut. Takut terkentut dalam flight nanti, malu lak kat pramugari yg seksi tu.

5. Kelima, lagi sejam flight nak berlepas seeloknya pi cop Imigresen siap-siap...sebab takut sesak dan kena beratur,hah tertinggal flight nanti. Lepas imigrasen, check kastam pulak. Masa kat kastam ni la masuk scan gate - tanggalkan jam,gadget dan kamera siap-siap. Masuk dalam box yg disediakan dan collect balik lepas dah clear. Yg ni pun amik masa jugak,kalo ko last minute pastu kena beratur, hmm tertinggal flight bukan cam tertinggal bas.boleh kejar  dgn prebet sapu to next station senah aiii. Kaunter kastam ni akan scan seluruh tubuh dan beg yg nak bawa nek flight saja.
Makan dulu pape yg patut kalo flight ko tak amik meal/beli makanan. Sebab bila melepasi imigresen ni ada airport yg tak de kafe dan kedai. Macam balai berlepas Airport Soekarno-Hatta Jakarta. Jadi kena la tunggu sambil perut dok mengamuk ganas tunggu flight. Takpun beli roti gardenia utk standby. Selalu imigresen kita tak straight sangat..tapi kt tempat lain ada yg straight gilo cam Australia tu.Jadi kena beringat ye.
Then, ada airport yg setiap pengguna kena bayar cukai per head masa nak keluar dari negara dia. Contoh di Jakarta kena bayar RM50 (dlm 150 ribu rp). Jadi jgn shopping sambil baki duit takde langsung yer..kang tak pasal-pasal kena jadi  amah kat sana.
 pastu kat jakarta excess baggage kena bayar dalam us dollar.So prepare apa yang patut..
nak tengok kat skrin ni status flight pun boleh.sama ada security check,schedule,boarding time,semua ada

6. Keenam, Lepas check imigresen,pi kat balai berlepas..di Lcct balai berlepas dibawah.Jadi naik escalator turun kebawah terus ke tempat duduk depan gate..ada no gate yang dicetak/tulis atas boarding pass masa kita drop luggage tadi tu. Tunggu pengumuman flight mana. Then,kena beratur dan tunjukkan boarding pass dan passport sblm keluar gate ke kapalterbang tu.tengok no flight dan no kapalterbang betul-betul. tunjukkan boarding tu lagi kat petugas semasa nak ke flight.

7. Ketujuh,bila dah naik flight,ambil tempat duduk seperti yang tertera pada boarding pass kita tu. Ikut seat la ye,jangan belasah duduk je. Pastu pakai seatbelt dan pramugari akan buat demo langkah keselamatan.


imigresen Indonesia.Semua air mineral kena rampas yer..

Soekarno-Hatta lounge-balai berlepas
Balai berlepas Indira Ghandi New Delhi Aiport

Departures hall Netaji subhash chandra bose international airport Kolkata
Gimhae Airport Departure Hall, Busan South Korea

Masuk flight pulak bila meal time, bau nasi lemak la,kutiew la dan masa tu ko akn menyumpah diri sendiri apasal tak alas perut tadi. Dan penumpang sebelah ko dengan sopannya makan sambil tengok-tengok awan tepi tingkap. Serupa cam nak bagitau ‘huh sedap rupanya makan nasi lemak  sambil melihat awan-awan yg syahdu ni’. Lepas tu dia buat-buat makan tak habis pulak seolah bagi isyarat ‘aku takle kebulur sangat nak sapu sampai licin tray tu’. Jadi yg flight lama tu,6-7 jam elok amik meal la dari ko pejam mata rapat-rapat buat-buat tido sambil hidung dah jadi hampagas dok sedut bau makanan yg lazat tu.

Hah,sudah,yg aku merepek ni kenapa?sambung balik...

8. Kelapan, Lagi 15minit nak sampai ke destinasi,pramugari akan buat pengumuman suruh isi visa on arrival atau pape form. Jadi terus isi dgn borang declaration.Kalau takde pape,isi je takde benda terlarang yg kita bawa. Pramugari juga akan buat pengumuman peraturan airport tersebut serta no.belt (tempat bag di keluarkan ) utk kita  ambil luggage kita nanti. So, dah sampai ambil luggage ikut no.belt yang diberitahu tu.


9. Kesembilan, Borang masuk negara tu simpan dgn passport dan bagi semasa check imigresen kat sana. Senyum sikit masa nak suh imigresen tu stamp kat passport kita.
Lepas dah cop kat passport tu,pergi kat tempat baggage utk ambil beg kita.


Okeh untuk tambahkan kejakunan aku,aku dengan gigihnya amik picture awan yg sangat syahdu ni.

Woihh, bukan senang tau aku nak amik picture ni sebab seat aku kat tengah,bukan tepi tingkap tu. Aku tak kira,aku amik jugak pic awan ni biar pun  terpaksa siku orang tepi tingkap.Dan buat-buat muka sweet . Tak lupa jugak buat muka kagum ‘wow,whats a spectacular view,god..don't you think so? ‘ sambil tangan klik kamera. Aku ini blogger (ceh,mcm glamer)jadi aku peduli hapa kalo aku nak sertakan bukti yang aku dah naik kapalterbang dan tengok awan dekat -dekat pastu tepek gambo dalam blog aku? (heh, poyos)
Ala,sesekali buat style Mr Bean apalah dosanya?
(lagi satu tip-buat-buat ramah dgn penumpang tepi tingkap,then cerita kat dia yg ko tak penah flight..dan impian ko hanya utk naik flight seumur hidup..dan ko nak abadikan saat tu selamanya..dgn amik picture banyak-banyak.Biar dia kata ko jakun,buat muka sedih tau..kalo dia manusia yg ada hati,perasaan dia relakan ko amik picture awan tu dan tak kisah ko siku dia secara tak sengaja)
kerana air asia aku boleh terbang kalo tak....naik bas je mampu
dlm flight
Rupa bumi jakarta dari atas


Cantik tak?



Oh awan ni seperti denai-denai batu yg bagaikan memanggilku berjalan diatasnya..seperti dalam filem stormriders tu..atau filem Stardust


time hampir senja

syahdu..sayu dan hati berbisik pilu..................masa ni perasaan jadi bening dan hening..

Dah nampak Pulau Jerejak dan Penang island


Bestnya kalo dapat jalan atas awan cam cerita bidadari dan puteri kayangan yang kita pernah dengar dulu-dulu tu..pandai orang tua dulu-dulukan,cerita dan imagine bab awan-pelangi ni biarpun kapalterbang pun tak wujud lagi masa tu.

Ok, ada lagi ni kekdah bila dah mendarat di tanahair.
Di Malaysia imigresen,yg warganegara tak perlu beratur kat kastam kaunter tu. (autogate).
Terus pi kat scanner machine tu, cuma beratur untuk scan pasport kt mesin je,cam ala-ala tiket LRT tu..hah,canggih tak? ceh,jakun nak mampus pdhal US, Europa dah lama pakai benda tu.
Heh, aku peduli apa sebab aku rasa Malaysia canggih jugak..canggih dari negara Asia Tenggara lain selain Singapore.
Lagi satu jgn panik kalo tengok kat passport kita takde stamp/cop kastam sebab kita guna virtually read electronic. Cam ATM mesin yg baca bankcard tu. Jadi kosong je tapi ditempat lain ada cop cam India,Thai dan Indon.
Bila dah clear boleh terus amik luggage.
Pastu jgn lupa tulis kat blog yer..(peringatan utk diri sendiri)

Update on 2013:
Tak boleh la sebut jakun sangat ok,sebab Malaysia negara pertama dunia yang guna sistem passport biometrik. Canggih kan Malaysia?betapa kerajaan berusaha nak memudahkan rakyatnya.
hey, even Singapore not apply the biometric system passport.
Jadi saya sangat rasa bangga jadi rakyat Malaysia. Ini termasuk kerana KLIA Airport termasuk dalam senarai sebagai Lapangan Terbang Tebaik Dunia (di nombor 8 pada tahun 2012, improved sb tahun 2011 ranking no.9 oleh SKYtrax,Cangi Airport no. 2).
Ya,Malaysia boleh!!! I am proud to be Malaysian.
Yea,I should be proud of Malaysia as qoutes on Malaysia Passport on wikipedia:

Biometric Passport:
Malaysia was the first country in the world to issue biometric passports in March 1998, after a local company, IRIS Corporation, developed the technology.[3] In December 2002, thumbprint data was added to the biometric data on the passport chip. Similar technology is used in the Malaysian identity card, MyKad.
The biometric data included on the Malaysian passport is a digital photograph of the bearer's face, and images of their two thumbprints. Malaysian immigration checkpoints were the only ones with the technology to read and authenticate the data from the RFID chip using a fingerprint scanner and facial recognition technology, but widespread adoption of ePassport technology around the world has seen the technology installed in international airports in the USA, the UK and other countries.
In addition to biometric data and the personal information stored on the information page, the chip also records the bearer's travel history of the last ten entry and exits at Malaysia border control points.
Concern about possible "cloning" of the data from the passport chip for the purposes of identity theft prompted IRIS to issue a press release in 2006, stating that the chip and data had never been successfully cloned, and that digital keys stored on each chip made such duplication and forgery impossible.[4]
On February 2, 2010, Malaysia started issuing ICAO compliant e-Passport, valid for five years or two years, replacing the current one. It is the 75th nation in the world to adopt the ICAO standard. The implementation of the new passport begins at offices across Klang Valley, Johor and Pahang before expanding nationwide between March and May 2010 and to foreign mission abroad between July and August 2010.

90 comments:

  1. Alahai.. if you had written this entry a few years back, I would be forever grateful you know. First time kena gi Brunei time tu sebab keje, first time pulak naik kapalterbang, and pergi pulak sorang. Rasa macam nak bakor tiket kapalterbang and drive kapalselam je ke sana.

    I know a lot of people out there are now thankful for this entry. Thanks beb!

    ReplyDelete
  2. tq 4 d info...saya nk tnye..saya x la jakun nak kapal tebang ni pasal dr kecik mmg da biasa turun naik masuk kuar luar negara..yg jd masalah saya adalah, beberapa tahun lepas saya tlh jalani major opreation d mana kat tulang saya ada besi n saya pakai pacemaker kerana ada masalah jantung...b4 ni saya penah kene tahan kat siangpore coz masalah ni la...tp ayah saya ada masa tu die explen sgala bagai..tp beberapa mggu depan ni saya kene p sorang lak pasal da beso xde lagi la parent nk folow..hoho...so saya bimbang la kalu tjadi lg pasal saya bimbang d anggap sbgai penyeludup ke apa ke..kes2 skrg kat imegresen banyak yg menakutkan...so apa nasihat n cadngan leh saya jdkan panduan ek?tq.

    ReplyDelete
  3. Aida PatinPasta,
    Hehe..masih jakun lagi nek flight ni,tu yg baru post entry ni...

    Emi nizam,
    Pada saya bawa lah bukti sbg back-up.Esp,surat doktor dan surat menyatakan yg pacemaker tu dipasang dalam badan kita.Rasa kastam boleh scan dan nampak benda tu.kena amik tip kot dari ayah utk explain kat kastam nanti.Dan kastam ni kalo kita declare awal-awal dia ok,jgn bg dia start syak dulu.my opinion saja..taklah pakar dalam bab ni.

    ReplyDelete
  4. tq 4 d info azaleania...nak mta email add azaleania lh x...? nk tanya ckt nh...

    ReplyDelete
  5. ok dah.. cuma tang "hah,canggih tak?ceh,jakun nak mampus padahal kat us,europa tu dah lama pakai benda tu"
    merujuk kepada 'AutoGate'. Fyi, Malaysia negara pertama yg create menatang tu kat airport. sama spt mana malaysia create MyKad semata2 utk kemudahan warganegara. negara lain xde pakai. kalo ade pakai diambil contoh dr Malaysia. So, u patut tambahkan lagi sikit rasa bangga tu.. hehe.. neway, nice posting.

    ReplyDelete
  6. thank you for your detailed post on first time boarding a flight. i am a first timer and i am going to bring my whole family members out to taiwan on next week and i am nervous about the flight, after i had read about your article, my heart and tension released. thanks again very much!

    ReplyDelete
  7. tq 4 yr info... klu air dlm botol pun xbole bwk jugak ke? cmne ngn termos plak? bole bwk x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam tak boleh.Sebab aritu depan mata tengok makcik yang bw air kena rampas gak airnya di pintu kastam check-in.Termos not sure,try check kt airasia term and conditon dan kastam process.

      Delete
  8. thanks 4 sharing. dah bnyk kali naik flite.tp nak gak baca. sbb takut jadik jakun.. muahahahaha... bln 12 ni p indon.. cuak plak nak naik kapetobang..

    ReplyDelete
  9. first tym dulu naik flight rasa nak terjun lompat2 atas awan macam doraemon ngan nobita buat....haha

    ReplyDelete
  10. hahahhaha... kelakar jer nak lompat2 macam doremon dan nobita.. dunia atas awan!!>. hahhahahaa... next month 1st time nak naik flight nih.. nasib ada entry nih baca2 apa2 yang patut so nanti senang tak tercangak-cangak kat airport.. hihihihi...

    ReplyDelete
  11. Haaa seb bek ade entry mcm ni. Lega aku membaca nye. Hjg mggu ni 1st time nk nek kapal terbang ke Chennai. Sensorang plak tuh. Kompem jakun aku nnt. Hahahadoii~

    ReplyDelete
  12. tq sgt2.entry ni sgt2 membantu.almaklumlah bln 6 ni first time naik flight nkg Bangkok.xde la blur sgt nnti.

    ReplyDelete
  13. tq bgi info ni.wlaupun da bnyk kali naik flight ttp berdebar bila nak lalu dpn abg,akak kastam. Alhamdulillah x penah sangkut (Makah,Jakarta & Vietnam)

    ReplyDelete
  14. thnks bg info nie..sgt2 bguna buat sy yg frst time naik flight... :'D

    ReplyDelete
  15. hai... boleh share x mana nak cari slim bag untuk letak pasport...

    ReplyDelete
  16. hai.. saya nak tanye klu sesiapa tahu boleh kongsi... airport di jakarta klu kita naik MAS atau AA sama x landing nye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi,
      Tengok tempat landing dia,kod IATA sama selalunya.Cuma terminal je lain.
      MAS dan AA landing kt Soekarno-Hatta airport,Jakarta.

      Delete
  17. Hai azaleania,
    Kalau nak bawa perfume 100ml, tak boleh letak dalam handbag kan? Masuk dlm bag besar boleh tak? Kalau skin care product, mcm toner, moisturiser tu less than 100ml camne pulak? Masuk handbag boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi,

      Ye,baik masukkkan dalam check in luggage.Skin care product semua selalu boleh tapi kena letak dlm bag lutsinar.Agak leceh jgk sbnrnya.

      Delete
  18. hi..,

    nk tanye..,kte just perlu bwk boarding pass je ey...?

    xyah print n bwk Travel Itinerary ke....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye,

      boarding pass je.Travel itenary tu utk rujukan kita shj

      Delete
  19. Klo kita bya luggage mse blk je..n nk bwk deodorant dgn hand luggage xleh gk eh..adoi.prosedur tuk simpn dlm bag transparent cane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beg transparent ada dijual kat watson dan guardian.Boleh guna yg tu.Tak lebih 20x20cm besar dan lebar.maksimum .Nak senang beli solid deodorant.Perfume bw yg comel je klu boleh

      Delete
  20. salam azaleania..next week sy and adik pertama kali akan ke tokyo...gementar sgt2 nie...i buat online booking je dgn china eastern. so nanti tiket camna i nak ambik yea kat klia ke atau just bawa comfirmation tiket yang i print dari online? u tahu x

    ReplyDelete
  21. dari klia kul 1.55am smpai shanghai 7.10am pastu dari shanghai 9.10am brleps ke tokyo lak.so soalan i,masa sampai shanghai tu ixpyh turun flight ka atau kna turun jga tggu kat airport shanghai? sbb kat cmfirmation tiket ni tulis nonstop, so i takut klu i turun nanti baggage i pula mcmna? mmg tetap ada dlm flight tu ka atau depa bawa turun jugak kat airport shanghai? tolong jap i confiuse dan gementer sgt ni:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zuin,

      Sy tak penah naik China Eastern so tak boleh la terangkan secara tepat.
      Print online tiket dan bawa ke Klia kaunter china Eastern,nanti dia akan beri tiket rasmi.
      Kemudian,nonstop flight tu tak perlu ambil baggage kerana nonstop flight terus ke airport destinasi. (kecuali beg tgn yg ada passport,duit dll) dan boleh lepak di airport lounge kejap.Depa akan bawa turun baggage tu nanti di Tokyo.

      Delete
  22. Salam, hai azaleania. Saya nak tanya prosedur untuk transit macam mana eh. flight saya dari kl to dublin. transit di cdg, france.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm,

      Masa transit beg akan dihantar ke final destination. Kita perlu tukar kapal terbang dan check in diri masuk ke aircraft sekali lagi. Meaning turun dari flight dari kl di CDG,France tu kemudian check-in ke kapal terbang lain untuk Dublin.
      Thats my experiences.

      Delete
  23. Tak paham masa part check in. Sy ni masih jakun. First time nak naik flight ni.

    ReplyDelete
  24. Dork,

    Hey dude (nice name). Part mana yang tak faham?part check-in orang ke masa chek-in barang?

    ReplyDelete
  25. Hi miss azaleania,

    I first time naik flight so memang tk faham sgt procedure yang check in baggage tu. Yg tu kena timbang and bayar la kan? So baggage y kite da check in boleh bawa hair driyer, deodarant spray, perfume 100ml and air mineral tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Athirah,
      Ya..check-in baggage kena bayar dan boleh je nak bawa semua tu. Yg strict adalah beg yang nak bawa nek bersama penumpang

      Delete
  26. salam,boleh tak saya nak email @ facebook cik :) sebab blog ni menarik sgt ..mcm2 saya nak tanya ^.^

    ReplyDelete
  27. Salam, kalau international flight kena bayar ke boarding pass? sbb dah book online cuma tak ada boarding pass je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kena..boarding pass tu macam tiket kekdahnya..bila dh book kira dah bayar. Cuma bila check-in fligt dia akan bagi boarding pass tu sebagai tiket.

      Delete
  28. salam sis. sy nak tanya kalau mcm supplement or ubt-2 biji tu boleh ke bawak naik flight? or anythings skincare product? kalau macam kita study kat oversea boleh ke nak bawak banyak, yela bkn boleh balik selalukan, lgpon skincre or supplement kt sini xsama mcm kat oversea. so macam mana? or ada benda lain kena buat untuk membolehkan kita bawak semua tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh ,,saya dah try. skincare product boleh asalkan bukan liquid. Nak selamat masukkan dalam luggage yang timbang tu..bukan hand luggage.

      Delete
  29. tqs azalea. good info. sgt2 membantu. thumbs up!

    ReplyDelete
  30. salam awk..nak tnye,lau x de bwk luggage yg timbang tu kn,just bawak beg baju yg pegang kt tgn je,cmner nk letakkn skincare yer?kne ltk dlm plastik then ltk dlm beg tu ke cmner yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk dalam beg lutsinar..boleh beli di watson

      Delete
  31. Salam Azalenia.
    Info yang bagus cuma ada sedikit pembetulan.
    "Masa check imigresen tu,tanggalkan jam,gadget dan kamera siap-siap.Masuk dalam box yg disediakan dan collect balik lepas dah clear.Yg ni pun amik masa jugak,kalo ko last minute pastu kena beratur,hmm tertinggal flight bukan cam tertinggal bas.boleh kejar dgn prebet sapu to next station senah aiii.Kaunter imigresen ni akan scan seluruh tubuh dan beg yg nak bawa nek flight saja."

    Pegawai di kaunter Imigresen cuma bertanggungjawab periksa pasport dan boarding pass penumpang sahaja.Selepas pemeriksaan imigresen barulah pemeriksaan sekuriti dan kastam.Pegawai sekuriti dan pegawai Kastam ini yang membuat pemeriksaan badan dan apa yang kita bawa masa naik kapal terbang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul...sekarang dah tak perlu check kastam utk cop passport sebab dah ada autogate di klia2. Check kastam security dan scan passport di autogate dan terus ke balai berlepas.

      Delete
  32. perlu ke buat passport kalau naik flight ke langkawi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Domestic flight kn? Kali dlm negara x perlu

      Delete
  33. Terima kasih utk tips ni..next week nk ke bali atas urusan kerja utk seminggu..jd bawak luggage laa..x pnh lg check in luggage..risau jugak sbb flight transit pen-kul-denpasar..bole bg tips tak bape jam perlu utk semua proses ni ye? Flight sy mas jam 10pg..agak2 klu kol 8 sampai epot terlalu lewat ke or just nice..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pukul 8 just nice..check in kul 8.30-9.00 pagi recomended

      Delete
  34. salam sis,nak tnye.. if kite pi luggage kosong shj dr mas→jogja..then,dr jogja→mas luggage tu fulled brg..mcm mne ye?kne byr apa² tak b4 pi jogja tu?

    ReplyDelete
  35. buat check-in baggage Jogja-Mas masa balik tu.

    ReplyDelete
  36. salam sis , saya suda booking flight AA utk 2 org ke kl pada awal tahun depan 2016 melalui agen . saya terima no booking tidak sama .. sekiranya saya check in melalui kaunter airport .. adakah seat saya berlainan dengan ibu saya ?? dan adakah no booking itu menentukan tempat seat kita ? saya risau berlainan tempat duduk ngan ibu saya sebab ibu saya first time naik flight . Harap sis dapat membantu .. tq .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau booking sekali, nombor booking flight memang sama. mungkin agen booking asing-asing..takut agen tu tak tak ambil seat dan kita duduk tempat yang free seat. jadi kena clarify dgn agen tu.

      Delete
  37. Hai sis
    Tq for info..tp neves sy xhilang lg ni...tkut JD huru hara kt airport...hurmm

    ReplyDelete
  38. Hi, saya ingin bertanya sesuatu tentang flight. Saya masih lagi jakun oiiii...ini pertama kali saya naik flight ke luar negara. Dah la seorang diri. Semuanya macam blur..Selalunya ada orng tolong uruskan..hehe..Maaf selalu kurang cerdik di sini..

    Saya akan berlepas ke korea selatan pada 1.00 am (Malaysia)..Manakala waktu saya pulang pula pada 4.25 pm. Persoalannya , waktu 4.25 pm itu ikut waktu Malaysia atau waktu korea selatan? Terima kasih. *Blur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..
      4.25pm tu ikut waktu Korea. Flight time ikut waktu dimana airport itu berada..local time.
      Selamat terbang..hehe

      Delete
  39. Salam. Saya nak tanya, saya ada book online Rayani Air, dn tlh dpt Travel Itinerary tp belum dpt boarding pass. Ke biasanya boarding pass tu dy bg dlm tempoh trdekat sblum prjlnan. Sy book utk bulan 2 tahun 2016 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak, ikot ape sy tgk2 kt website airasia tu.. bila dah check in, bru dapat boarding pas. n check in tu mesti dlm masa 14hari sebelum tarikh departure, tu kalu airasia la. betulkan saya kalau salah, sbb sy pn bru first time berurusan ngan flight2 ni :)

      Delete
    2. Boarding pass hanya boleh buat dlm masa 14 ari sblm flight tu..sblm tu dia x lyn

      Delete
  40. thanks for your sharing.. lagi 2 hari nak naik flight for the first time. dari kb ke kl, sejam je maybe n mujur airport kat kb xbeso cam klia. cuak, debar, takot sume ada.. hahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni cara untuk epot LCCt yang lama ni..kb lg senang kot, gi scan, check in bag dan boarding

      Delete
  41. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  42. Salam saya nak tanya...kalau saya beli 3 tickets with baggage utk berat 20kg setiap 1, tapi saya hanya bawak 2 bag so berat utk 3 baggage tu boleh combine tak? maksudnya 60kg untuk 2 bag.confuse pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm, sblm ni mcm boleh combine..cuma baru ni mcm ketat sikit. Better letak 3 bag sebab takut dia nak tag bag tu. Awk beli under satu nama ke

      Delete
    2. yup saya beli under 1 nama..tulah confuse pulak..

      Delete
  43. Hye saya nk tanya sye dekat bandung skrg ni ...sye beli byk perfume 15 botol (30ml) rasa-rasa lps tak kalau saya ltk dlm lugggage...bukan hand carry...sbb tkt kne tahan pula nnt dkt kastam...thanks in advance

    ReplyDelete
  44. Hye saya nk tanya sye dekat bandung skrg ni ...sye beli byk perfume 15 botol (30ml) rasa-rasa lps tak kalau saya ltk dlm lugggage...bukan hand carry...sbb tkt kne tahan pula nnt dkt kastam...thanks in advance

    ReplyDelete
  45. 4D3N MEDAN LAKE TOBA TOUR
    (1Nite Parapat, 1 Nite Berastagi, 1 Nite Medan
    --------------------------------------------------------------------
    DAY 01 : ARRIVAL MEDAN – TEBING TINGGI – PARAPAT (L,D)
    Arrival at Kuala Namu International Airport. After customs clearance, meet our representative and Tour Guide who will take you to start the tours by using tourist Coach or Van. Transfer to the local restaurant for lunch. Then, depart to Parapat-drive along the road which offers the endless view of Rubber and Oil Palms Plantations through the journey. Stop should be made at Pematang Siantar for shopping of local product such as Kacang Tumbuk “Ting Ting, Teng Teng”, Other snacks Etc. Arrived in Parapat then check in to hotel for overnight stay, the rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the local restaurant.

    DAY 02 : PARAPAT – SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI (B,L,D)
    After breakfast at hotel, ready for Samosir island excursion by Boat to visits
    Tomok village, to see the Tombs of The King Ompu Sidabutar & Shopping place. Ambarita village, to see the Traditional Batak village with ancient megalithic Furnitures. Return to Parapat for lunch at local restaurant. Afterwards proceed to Berastagi–a mountains resort with it’s refreshing weather and magnificent mountains scenery which has an abundance of Flowers, Vegetables and Fruits. En-route stops at Panorama Simarjarunjung hill (Sanitary stop),Sipiso-Piso waterfall. Arrived in Brastagi then to visit the Central Fruits Market (Shopping Place). Afternoon check in to hotel. The rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the hotel or local restaurant.

    DAY 03 : BERASTAGI – MEDAN (B,L,D)
    After breakfast, proceed on two hours down the hill to Medan. Visit Lumbini Park. Arrival in Medan then city sight seeing to visit a several points of interest such as the Maimoon Palace, Al-Matshun Grand mosque. After lunch at the local restaurant, and then proceed to the shopping areas as follow Danar Hadi Batik emperium and others whole Batik sellers in Medan, including to Pasar Ikan market and Malls. Afternoon check in to hotel for overnight stay. Dinner served at the local restaurant.

    DAY 04 : HOTEL – AIRPORT (B)
    After breakfast, free program before transfer to the airport for your flight home..END OF SERVICE





    Thanks /Regards

    HAMZAH SARAGIH Tour Guide Medan Sumatra Utara - IndonesiaTelp // WhatsApp : +6282160211106 Email : hamzahsaragih@ymail.com
    Web : http://hamzahsaragih.blogspot.com facebook : Hamzah Saragih Ym : Hamzah Saragih

    ReplyDelete
  46. Hahaha.. gelak sakan aku baca .. hengat aku je jakun xpena nek kapal terbanG. Ni pon tgh review cemana nk mllui proses kt airport tu.. haish. Cam payah je.. oh ye nk ty.. ktakan lah kita nye buggage terlebih berat sekilo-dua.. nk elakkan dr kena bayo tu bleh dak kita pikul je wat naik kt tmpt dduk..??

    ReplyDelete
  47. Hahaha.. gelak sakan aku baca .. hengat aku je jakun xpena nek kapal terbanG. Ni pon tgh review cemana nk mllui proses kt airport tu.. haish. Cam payah je.. oh ye nk ty.. ktakan lah kita nye buggage terlebih berat sekilo-dua.. nk elakkan dr kena bayo tu bleh dak kita pikul je wat naik kt tmpt dduk..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bw tempat duduk tp jgn lebih dari 7kg

      Delete
  48. akak nk tnya kalau lepas landed pastu nk ambik luggage tu cmne ek?jakun jgk ni kang trsalah tmpat belt tu plak..ke ade information board kt situ?TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kat info board tu ada no flight dan no belt dia. Kutip beg kat belt yang
      tertera tu

      Delete
  49. Hi sis ���� nak tanye nii , kalau satu nama je yg beli luggage bole ke dia bawa 2 beg ? Means saya tumpang dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu nama boleh 2 beg dgn syarat tak lebih berat yang diambil

      Delete
  50. Hi sis, tumpang tanye, x lama lg sy akan mula bekerja di arab saudi, sy plan nak bwk suppliment tp yg biji2 dlm botol, maybe bwk byk kot dlm 2 dozen gitu (tp botol kecik2), sy akan letak dlm luggage check in tu, boleh x ye?Cuma cuak plk takut2 diorang ingat dadah ke apa..huhu..
    Ada cara nak packing ke camne ye.
    1st time naik kpl terbang lps tu gi jauh plk..adeh..
    Tq sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh letak dlm kuantiti yg sedikit dan declare..try packing lutsinar tu utk botol2 ubat

      Delete
  51. Hi sis nak tanya, flight saya dari kch-kbr akan transit sejam di klia. So kena check in luggage lagi sekali tak kat klia tu? Saya risau tak sempat sebab transit sejam je.
    Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu kalo transit tak perlu dah check in luggage sb mmg berada di balai berlepas

      Delete