Dusun Riffa Menu 2025 dan 2026

 Assalamualaikum..Salam 2025.

Tahun baru, kita gi makan santai kat Dusun Riffa ni. Dekat setahun tak pergi kot. 

Adalah perubahan bila lama tak jenguk ni-tempat lebih besar dan upgrade, makan berbumbung dan berpondok.

Cuma dari segi food tu, dia bijak..dia tak naikkan harga tapi dia kurangkan portion.

 Dulu salad sayur penuh talam sekarang ni salad dah tak banyak, kobis pun berapa helai je.

Vendor corner pun dah tak banyak kuih dan pilihan. 

Banyak kerepek dan kek serta air. Dulu ada vendor takoyaki, tauhu begedil dan bnyk kuih-muih serta roti.

 Kieda crepe ada jual kt sini dgn mille dia tu.

Begitulah. Tak semua akan kekal sama seperti yg kita harapkan.

Dusun Riffa ni dah semakin top- kerabat Diraja datang, menteri singgah dan semua top-top influencer datang. 

Jadi tempat wajib singgah kalo lalu area Kubang Pasu/Changlun/Jitra?UUM ni. Berbaloi la dia upgrade.

penuh orang kalo cuti


banyak dah upgrade


dia tambah banyak makan bersila macam ni


vendor area

byk makanan kering dari yg basah

Kieda product


harga air

harga makanan

makanan kering yg banyak

byk produk mcm ni

kaunter bayaran

beza banyak miang pla dulu dan skrg..portion makan mengecil sama seperti saving kau tu kan kan..

ayam goreng Danok portion  macam ni harga RM8 ya..gituh je salad dia
Sup tulang RM15.

Mak order:

2 xMiang pla talapia

2 x sup tulang Thai

2 x daging bakar Danok

2 x ayam goreng Danok

12 x nasi putih

9 air teh o ais

Jumlah : RM 199++

Boleh la sesekali pi repeat. Jalan masuk dusun ni pun dah elok sikit skrg. Parking luas, tempat makan pn dh banyak.


UPDATE November 2025:

Mak g Dusun Riffa November ni ada menu iaitu daging berapi..dapat daging mentah then masak atas pan..hiris nipis..mkn dgn salad dan sos

daging sepinggan dgn sos/salad RM29.90

udang galah bakar 6 ekor..harga ritu dlm RM39 keatas

miang pla. .daging berapi..sup tulang..pulut ayam..

ni mak pi masa Krismas 2025

boleh call no tu utk booking

keng som dia sedap

House speciality

ni klu cuti memang jem nk bayor kt kaunter

pilihan vendor..roti thai susu milk bun tu ada..pulut ayam, meiji susu, mcm-mcm lg

pi gathering family 24 Disembeer 2026

siakap kerabu pelam RM 39..sedap

kengsom siakap setengah ekor RM19..udang masak asam Rm29 


celeb yg mana terlepas birthday bulan oktober, nov, disember

panas lit lit

anak-anak fruits

bkn sng nk dpt gathering mcm ni

sistah..lop u 

family gathering sisters bonding on 24.12.2025


No comments:

Post a Comment