Blog kembara.
Blog backpacker.
Blog flashpacking.
Non profitable blog.
Berapa ramai dari kita yang dulu backpack tegar,setelah couple, kawin dan jumpa chenta hati, terus tinggalkan hobi/blog? ok, ada yg jawab sebab tuntutan lebih penting diutamakan. Tapi bagi wanita, jika hati kau dah terisi, kau hanya nak dia sahaja..tak perlu travel atau benda lain kecuali kau hardcore backpackers.
Kau dah rasa content, dan kau dah lengkap, you complete me katanya. Dan kau akan lebih pentingkan benda utk keluarga seperti rumah, perabot dan benda normal yang masyarakat agungkan yakni kebendaan, so ko akan spend banyak disitu selepas kawin.
Dan aku juga mengaku, aku berblogging untuk luahkan rasa.
Dan blog ni adalah diari aku dan panduan utk sesapa yang perlu.
Adakah kau jenis kaum yang terasa excited tengok cerita Sembilu dulu, Awie naik motor dan membawa lara hati? wah rasa macam best je...tu pengaruh yang besar, Atau gambar orang tengah bersendiri tepi pantai,atas gunung atau jalan yang sunyi? Tu adalah propaganda bahawa kekecewaan tu sesuatu yang cool. Pffff.
Tapi bila dah rasai sendiri, haa masa tu menangis tak berlagu ,Awie pun dah kawin dua kali! takde dia nak bawak Virago/Harley tu sorang-sorang sampai mati.
Orang yang mengembara sendirian adalah orang yang ada kesunyian dalam hatinya. Dan orang yang menulis blog adalah kerana minat, ada yang kerana mengubati hati dan luahan rasa. Blog sebagai tempat mencurah perasaan, walau tak obvious.
Adakah orang yang menulis blog, tiba-tiba menemui seseorang akan rasa content dan merasakan blog tempat melepas perasaan dulunya akan perlahan-lahan mengalihkan perhatiannya?
Ada orang yang bahagia tapi tetap memerlukan blog kerana minat dan something she has to do.
Blog dicipta menerusi banyak alasan dan salah satu guide/rujukan.
Di manakah anda? minat,sunyi, mengisi masa atau curahan perasaan? atau blog adalah satu pertunjukan to all readers knowing where you've been and seen.
Kadangkala kita mula mengembara kerana sesuatu yang memaksa, yang merentap dari hidup jalan kita tiba-tiba.
''
Ku sangkakan hujan tapi taufan datang melanda
Ku mencari tanpa pegangan dan tersungkur di ketepian''
Dalam terpana, dalam sengsara kita mencari-cari harapan agar diri tak bisa terus terseksa. Overcome situation katanya.
Dan travel menjadi antidot, mengubat jiwa lara yang seringnya membuka hati kita agar redha Qada' dan Qadar.
Itulah dia keadaannya.
Tiada satu benda pun didunia ni akan mengisi segala kekosongan dalam diri kita kecuali Tuhan dan manusia.
Be it travel, entertainment or anything. Kepada insan yang menyangka travel akan cure all my loneliness dan filling empty space in my heart, it is a dead wrong.
Kalau kau rasa travel boleh mengisi kekosongan, ya betul..ia boleh membuka hati dan mengubat seketika keresahan jiwa. Ia mungkin memberi makna kepada yang tak punya apa-apa.
Dan selama mana? bolehkah nak travel sepanjang masa? melainkan kau sedara Sultan Brunei. Lama-lama benda rutin akan membosankan kau jugak.
Dan travel tu akan buat kau penat dan mengecewakan kerana kau pergi atas dasar mengharapkan miracle happen. Dan mungkin kau takkan hargai lagi setiap perasaan menjejak satu tempat baru kerana dah selalu sangat mengembara.
Jadi, travel lah dengan sejujurnya..bukan mengharapkan keajaiban, secara tak sedar ia mencantumkan kembali harapan. Ia menggoncang dan meruntuh ego dalam nikmat kesyukuran bahawa apa yang kita hilang sebenarnya hanya sebagai pinjaman.
Betul seperti kata Opick 'tiada duka yang abadi di dunia' .jawapannya ada tapi kita pilih tu sebagai last resort.
Memang kita boleh hidup tanpa perlu bersendirian dan bunga dalam hati boleh kembang kuncup mengikut keadaan namun hati dan sayang tak boleh dipaksa. Ada yg merasakan cukuplah sekali perit dan pedih itu,tiada pengganti yang mampu mengisi. Ada yang boleh je berkali-kali melalui perasaan yang sama seolah hati tu seperti
lycan, sekelip mata boleh berubah dan pulih dari luka sesaat cuma. Heran jugakkan orang macam ni, perasaan tu seolah mudah berubah.
Frankly my dear..untuk survive dalam dunia hari ini set aside your sentimental elements.
Its harsh and rough world to live in..
Shadowland quotes:
~ Why love, if losing hurts so much? I have no
answers anymore: only the life I have lived. Twice in that life I've
been given the choice: as a boy and as a man. The boy chose safety, the
man chooses suffering. The pain now is part of the happiness then.
~
We can't have the happiness of yesterday without the pain of today.
~ That's not why I pray, Harry. I pray because I can't help myself. I pray
because I'm helpless. I pray because the need flows out of me all the
time, waking and sleeping. It doesn't change God, it changes me.
''
Staring at the bottom of your glass
Hoping one day you'll make a dream last
But dreams come slow and they go so fast
You see her when you close your eyes
Maybe one day you'll understand why
Everything you touch surely dies
But you only need the light when it's burning low
Only miss the sun when it starts to snow
Only know you love her when you let her go
Only know you've been high when you're feeling low
Only hate the road when you're missin' home
Only know you love her when you let her go
Staring at the ceiling in the dark
Same old empty feeling in your heart
'Cause love comes slow and it goes so fast
Well you see her when you fall asleep
But never to touch and never to keep
'Cause you loved her too much
And you dived too deep''