Perth- Part 4 Hari Kedua

Hari ni hari kedua di Perth.
Baru nak merasa ukur jalan kat Perth selepas sampai semalam terus ke Fremantle.
Untuk ke Perth ni, aku takdelah study sgt pun, just print Perth wikitravel dan baca sikit-sikit info. Takde gigih nak hafal road segala. Backpack setakat mampu di bandaraya yang paling terpencil dunia ni.
Jom tengok sikit info mengenai Perth ni.

Perth -Part 3 EShed Market Fremantle

EShed Market ni memang terkenal dikalangan rakyat Malaysia yang gigih membeli belah.
Cenderahati dari Aussie yang harganya berpatutan dan boleh dikatakan paling murah.
Kedai dalam ni yang top tentulah Megabes dan Aussin. Dua taukeh dari Singapura dan Indonesia.
Abis peniaga-peniaga Aussie takleh cari makan dalam ni. Kelebihan mereka yang boleh berbahasa Melayu dan staf pun ada yang terdiri dari student Malaysia dan Indonesia.
Dan bila aku survey di bandar Perth, memang aku jumpa souvenir yang paling murah adalah di EShed..sanggup datang 2 kali ke Freo semata-mata nak borong souvenir yang tak cukup-cukup lagi tu.

Terima Kasih Rerupis Jari Manis

As salam semua..semalam Mak dapat kiriman dari RERUPIS blogger si Jari Manis ..suwett sangat  JM ni. Rasa nak peluk Abam pos tu feeling peluk JM, buleh???

Perth- Part 2 Fremantle harbour

Fremantle adalah bandar pelabuhan yang utama di Australia barat. Di gelar Freo oleh local.

Di namakan sempena Kapten Charles Fremantle yang claim pantai barat New Holland untuk British pada tahun 1829. Antara tahun 1850 dan 1868, banduan telah dihantar dari Britain untuk menyediakan tenaga kerja dan membantu  membina beberapa bangunan warisan Fremantle, termasuk Penjara Fremantle dan Fremantle Arts.

Perth di musim bunga

Bandar Perth ni sangat cantik di penghujung musim bunga yakni awal November.
Memang sangat cantik dan cuaca nyaman dalam 15c purata.
Jalan kaki tak terasa dan pukul 5 petang angin sejuk menerpa. Bunga-bunga berkembang pada kemuncaknya dan tak sia-sia aku pergi pada musim bunga ni. Jakun tau tengok bunga cantik tu, bayangkan kelopak bunga ros sebesar pipi kau!
(pipi aku pau tau, memang besaq yakmat..kalo pipi ala Angelina Jolie tu, sah-sah bunga tu tutup seluruh muka).

Perth Australia - Part 1

Setelah sampai di Esplanade busport tu, kami bergerak ke platform B untuk amik bas CAT biru.
CAT Biru ni akan bermula pukul 8.30 pagi (kalo weekdays CAT bermula lebih awal dlm 6.30am) dan hari tu pulak hari ahad, so sangat lengang keadaannya di busport.

Dari Kuala Lumpur ke Perth Australia

Sebelum berlepas ke Perth, tukar duhet RM yang tak bopa nak laku tu di KL Sentral.
Rate adalah Aud 1$ bersamaan dengan Rm 3.12. Adeh...sakit jiwa bila nak tukar duit tu..tukar Rm1,138 dapat Aud$ 365 aje. Untuk trip seminggu di Perth ni aku bawak hanya Rm1138 je kiah..bajet cheapskate abis.
tukar duit RM1k lebih je untuk 6 hari di sana
Perjalanan flight Air Asia dari KL ke Perth mengambil masa selama lebih kurang 5 jam. Penerbangan jam 12.05 tengah malam dan tiba pada jam 5.30 pagi di lapangan terbang antarabangsa Perth.
Sampai je dah cerah benderang di Perth ni macam pukul 7 pagi. Waktu di Perth sama dengan Malaysia..so senang tak perlu adjust jam.
dah sampai Aussie..pukul 5.30 pagi macam kul 8 pagi
Beratur masuk imigresen dan dia check passport,  ETA yang aku print pun dia tak minta. So simpan keratan tu. Bagi passport je kat dia. Dia semak passport dan maybe ETA dah online so senang je aku dah dapat stamp masuk Aussie. Lega..tenkiu Cik Intan agen visa ETA Australia.
Kemudian pergi collect beg dan beratur ke tempat kastam.
Aku isi arrival card declare aku bawak seafood (sardin, sambal bilis) dan grains (beras,maggi) dan tiada drug yang aku bawak sebab ubat apapun aku tak bawak.
Kastam airport pagi tu memang sibuk time tu sebab Air Asia landing sama time dengan Singapore Airline. Ramai yang beratur tunggu nak masuk.
So masa beratur tu staf kastam dia tanya aku bawak apa? Aku jwb bawak seafood dan grain seperti dalam borang arrival card tu. Dia suruh aku gi sebelah kanan, then aku letak semua beg di parking lantai yang disuruh. Datang anjing comel hidu-hidu dan kejap je dah lepas.
antara benda  aku bawak gi Aussie..
Alhamdulillah, takde strict seperti yang selalu dok dengar tu. Aku pun takde gigih nak taip segala jenis ingredients dalam kertas A4 seperti backpackers lain gigih buat tu..spesis tak bopa nak rajin sebegitu rupa. Makanan yang aku bawak masuk ke Perth adalah:

- Sardin tin (2 tin)
- Beras 1kg jenama faiza
- Perencah asam pedas, perencah ikan bakar, serbuk kunyit, perencah tom yam, perencah nasi goreng,
- Biskut cream Munchy's 1 paket besar
-Maggi asam laksa , mee goreng sedap (paket)
- Maggi cup Tom Yam, bubur nasi cup Nature's own
- Sambal ikan bilis, sambal udang, sambal sotong (semua dlm tin jenama Rex 3 tin)

Makanan berasaskan daging/ayam, santan/tenusu dan yang ada bunga cengkih tak dibenarkan. Jadi takyah berangan nak bawak kari daging Yeo's ke, perencah ayam masak merah ke atau rendang yer. Kalo ko bwk dan lepas..nasib baik tu. Aku takmo amik risiko utk benda yg terangan dah memang tak dibenarkan.
Beg aku pun kastam tu tak buka, even scan pun tak. Just anjing comel tu hidu dari luar je.
Mungkin bernasib baik dan tak semua orang akan mengalami keadaan yang sama.

semua lepas kastam..senang baq hang..
keluar dari airport ikut pintu ni

Perth Terminal 1 utk international departure dan arrival

keluar airport  nampak ni

shuttle bas diluar airport terminal 1
Keluar je airport, dingin pagi terus menyapa. Cuaca dalam 13celcius dan wauu..masih sejuk bumi Perth ni walau dah nak dekat penghujung musim bunga.

Sebenarnya bermula 1 november 2015, untuk ke bandar Perth dari airport dah tak perlu transfer dari terminal international ke terminal domestik.
Keluar dari Terminal 1 antarabangsa tu, jalan ke kanan sikit untuk ke Terminal 2, depan tu nanti ada bas bernombor 380 yang akan bawak anda terus ke bandar Perth. Tunggu kat depan hentian Terminal 2 yang ada logo bas tu.
Bayar A$ 4.50 (Rm 13.95) kepada driver bas untuk ke Esplanade Busport (nama baru stesen bas ni dah ditukar kepada Elizabeth Quay Bus Station). Tiket ni valid utk semua pengangkutan Transperth selama 2 jam tak kisah bas ke atau train namun still kena ikut zon. Dari Esplanade Busport boleh amik free bas Central Area Transit (Blue dan Green CAT shj masuk sini..yellow dan Red CAT tak) untuk ke mana-mana destinasi dalam bandar Perth dengan percuma.
Jadi takyah dah nak naik bas shuttle ke domestik airport untuk amik bas nombor 37 ke, nombor 40 ke untuk ke bandar. Dah senangkan. Yang tu maklumat lama. Jadi info yg mak bagi adalah terkini dari Perth.
So skrg ni hanya perlukan satu bas sahaja dari airport untuk ke Perth city.

''To and from T1/T2 precinct
Bus Route 380, fittingly named after the Airbus A380, has dedicated luggage rucks and runs daily between the Elizabeth Quay Bus Station in the Perth city centre and T1 and T2. It is a limited stops service with connections to other services available at: 
  • Elizabeth Quay Bus Station, Victoria Park Transfer Station, Burswood Train Station, Belmont Forum Shopping Centre ''
Platform bas 380 di Esplanade busport ke airport terus..takyah guna Perth connect dah

notis route baru bas dari airport ke bandar..terminal 1 takleh stop amik bas lagi sebab depan terminal 1 tengah upgrade so tunggu di terminal 2 yer..sebelah jer terminal 1 dan 2 ni..satu building la senang. Melainkan terminal 3 dan 4 tu utk domestik flight yg jauh dari airport ni
Bas 380 berhenti di Esplanade Busport..nama baru bus station ni adalah Elizabeth Quay Bus Station
Dalam terminal bas..tingkat atas..bawah untuk bas berhenti.
Bas 380 berhenti di platform D, so naik lif dan turun semula ke platform B untuk amik free CAT.
Jangan lintas kat bawah terus..ikut peraturan walau menyusahkan kerana mereka memang tulis tak boleh melintas antara platform di tempat bas lalu lalang ni.
Perth sangat lengang pada hari Ahad dan tak ku sangka Perth sangat cantik pada penghujung musim bunga (awal Nov). Bunga-bunga sangat cantik berkembang dan cuaca masih dingin dan nyaman di mana paginya cuaca dalam 12celcius, tengahari 20celcius dan malam 17c. Memang best berjalan dalam cuaca camtu walau menjelang pukul 5 ptg angin dingin mengigit kulit.
Matahari terbit di Perth pukul 5 pagi lebih dan senja pukul 6.30 petang. Memang waktu solat pun masuk awal.
Untuk trip ni, macam biasa memang aku main redah takde book hostel bagai, semua secara spontan.
Dok usha http://www.hostelworld.com/ dan tengok banyak backpackers hostel disebelah area Northbridge. Jadi itu memang tujuan kami dari Esplanade Busport menaiki Blue CAT bas ke kawasan sana.
Walau aku mula-mula macam bosan nak datang Perth ni...akhirnya aku akui Perth sangat cantik dan menawan hatiku totally.
Cuaca yang menjadi sebab aku kurang minat nak datang, akhirnya cuaca itulah yang menyamankan aku. Perth masih sejuk dan tak berbau ketiak sendiri ketika berjalan dalam penghujung musim bunga.
Jadi sapa nak datang Perth, datang musim bunga ni. (oktober-november). Hujan pun jarang time ni.

Pokok Jacaranda yang cantik banyak terdapat di bandar Perth
cantik waktu ni..
Mawar gemoks-gemoks

Northbridge area
Jacaranda berbunga ungu
Stirling Garden
saja nak bakar readers dengan gambo bunga lawa-lawa masa spring di Perth ni
cantik di musim bunga